Friday, May 24, 2013

Rumah Dah Siap Nak Duduk Atau Nak Disewakan??



Alhamdulillah tidak dijangka rumah telah siap dan boleh diduduki lebih awal. Kunci boleh ambil bila-bila masa dalam tempoh 2 minggu ni. Semalam aku dengan en suami dah pergi tengok yang gelihatinya siap salah rumah sebab masa tengok dalam pelan macam 5 dari depan rupanya 7 dari depan so macam dah ketengah sikit. Bila baca alamat betulah No 29, Jalan Zapin 2, klasik nama jalan ke rumah aku.

Bila rumah baru dah siap patut happy sebab tak sabar-sabar nak pindah..tapi kami suami isteri dalam dilema lagi ni..masa mula-mula beli dulu berangan nak duduk rumah sendiri, macam-macam siap survey kabinet dapurlah, grill , bilik tidur dan yang tak tahan tu siap tertanya-tanya siapalah jiran kita kan bang..Bila dah siap pulak kita nak duduk ker atau nak sewakan ni bang. Hari tu bincang baik kita sewakan dulu dapat jugak duit tepi..siap dah ada orang nak sewa rumah kami dengan RM500 sebulan. Budak office punya family. Lokasi rumah kami strategik jadi potensi untuk disewakan sangat tinggi. 

Pendapat dari kawan-kawan pulak ramai cakap sayang rumah baru nak disewakan. Semalam bila tengok rumah dah siap perasaan pun rasa macam tu jugak.. haiiisshh berbelah bagi. Bincang-bincang lagi dengan en suami kalau kita nak duduk setakat masuk rumah basic tu ada lah budget..tapi tak seperti yang aku idam-idamkan..so kena kumpul barang rumah cikit-cikit. Sebenarnya aku faham apa yang en suami maksudkan barang yang nak dibeli ala kadar mengikut budget. Sebab budget yang kami ada semuanya dah dilaburkan untuk downpayment rumah.

Sebab lain juga en suami berat hati nak tinggalkan keluarganya..aku pun dah nak hampir 3 tahun tingal dengan keluarga mertua. Bukannya jauh pun masih dalam Melaka lagi. Dulu masa baru-baru kawin orang cakap tinggal dengan keluarga mertua banyak masalah. Bagi aku kita sebagai menantu kena pandailah menyesuaikan diri, pucuk pangkal diri sendiri selesa atau tidak untuk tinggal dengan mertua. Setakat sehingga ke hari ini aku sangat selesa dan sudah terbiasa dan kadang kalanya terikut-ikut dengan cara mereka. Ada jugak yang mengata belakang keluarga family mertua aku tak ramai jadi bolehlah selesa. Bagi aku ramai atau tidak dalam sesebuah keluarga itu bukan penyebab atau alasan untuk kita tidak pandai menyesuaikan diri.

p/s: perkara utama yang harus kami buat "basic checklist" untuk rumah baru.


No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)