Friday, May 24, 2013

Bersawang Sudah!!!


Assalammualaikum kepada teman-teman semua..

Lamanya tuan blog tak updated sebarang cerita..hampir 4 bulan..kalau rumah 4 bulan tak menyapu mahu penuh sarang labah-labah, habuk mungkin setebal 2 inci dan tak berseri langsung rumah tanpa tetamu.. Tak updated sebarang cerita bukan bermakna tuan blog tak jenguk rumah langsungkan.. ada jugak sekali sekala jengah dan blogwalking rumah orang lain yang menjadi peberet..tapi rumah sendiri tak sempat nak updated ngeh ngeh ngeh.

Seriusly 3 bulan ni memang masa terlalu pack, sibuk dengan tugasan kerja, sibuk menguruskan rumah tangga..alahh tak payah berselindung terus terang jer malas dan tak idea nak menulis haaa kan senang banyak pulak bagi alasan.

Nak ceritalah cikit apa yang sibuknya kalahkan PM. Sebelum pilihan raya sibuk dengan kerja di pejabat..almaklumler sebelum PRU13 hari tu semua projek dan pembangunan di Melaka harus diselesaikan dan dibincangkan didalam mesyuarat. Jadi meeting tiap-tiap minggu dan permohonan sangat banyak sampai aku STRESS!!! Ditambah pulak aku dengan sukarela berkerja menjadi petugas pilihanraya PRU13 tempoh hari. First time cari pengalaman..rupanya tak terbayang dengan kata-kata.

Persediaan yang hampir setahun..tapi pengalaman baru yang amat seronok bagaimana pilihanraya 5 tahun sekali ini dijalankan. Barulah aku tahu bagaimana persediaan pilihanraya. Dari A to Z kena belajar dan buat. Menyampah tengok orang lain yang tidak bertugas dan mengatakan PRU tidak telus dan membohong sedangkan mereka yang tidak bertugas tahu ker bagaimana PRU dijalankan. Aku nampaknya dah macam lari topik jer..tajuk bersawang sudah hahaha!! tetiber pulak cerita PRU terlebih..maafkanlah yer (^_^)

Bila dah start menaip ni abislah semua cerita basi nak dimuntahkan hehe. Apepun PRU13 dah selesai.. akupun dah berjaya melaksanakan tugas dengan baik. Kepada yang menang aku ucapkan taniah dan yang kalah semua itu sudah suratan nama pun adat bertanding..Apa yang kita nak kepada pemimpin yang telah kita pangkah jalankan tanggungjawab dengan penuh kejujuran dan berhemah untuk rakyat agar negara terus maju, aman, makmur dan sejahtera.





No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)