Thursday, January 17, 2013

1st n3 2013



Syukur,

Alhamdullillah kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk berlumba-lumba mencari bekalan untuk dibawa kesuatu tempat yang kekal abadi. 

Alhamdulillah atas ujian yang telah kau duga supaya kami lebih dekat kepadamu

Alhamdullillah atas rezeki yang kau kurniakan agar kami tidak rasa disisihkan dan terkurang dari sisimu

Alhamdulillah atas kesihatan yang jauh lebih baik dan sempurna

Alhamdulillah atas kebahagian yang kau kurniakan supaya kami berkasih sayang

YaAllah,

Ampunkan segala dosaku, suamiku, kedua ibu bapaku, guru-guruku dan muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Murahkan dan limpahkan seluas-luasnya rezeki kepada kami, jauhi kami daripada rezeki yang haram dan jauhkan kami dari kemiskinan.

Kurniakan kesihatan yang baik kepada kami, jauhi kami dari segala penyakit yang merbahaya dan kritikal.

Permudahkan ibadah kami dan tingkatkan keimanan kami.

Jauhi kami dari segala umpatan, fitnah dan pengniayaan, Jauhi kami dari sifat cemburu, iri hati, hasad dengki, riak dan takbur.

Titipkan kebahagian didalam rumah tangga dan keluarga kami. 

Kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah.

Aminyarabbalalamin..

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)