Wednesday, December 19, 2012

Jangan Berlagak Sangat Anak Hanya Pinjaman


Dua tahun aku diam, aku senyum, aku jawab yang baik-baik jer..
Sebab aku tak nak jawapan aku buat kamu terguris, terkecil hati dan termakan hati. Sama jer maksud untuk ketiga-tiganya. Hari ni dan semalam aku punya kekuatan untuk semis balik apa yang kamu sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang. Aku bukan bodoh untuk menilai pertanyaan kamu itu berunsur sindiran atau take care.

Banggalah sebab kamu ada segalanya..kau tanya aku bila aku ni nak beranak..asal lambat sangat!! sambil gelak dan ketawa besar bagi kamu hanya gurauan dan hiburan seronok mengenakan orang lain, gembira sangat ker aku ni tak pregnant. Dengan kekuatan yang ada aku jawab ingat dengan apa yang kamu ada sekarang tidak bermakna akan kekal selamanya..bersyukurlah, janganlah riak kerana kamu ada anak..sebab tuhan maha berkuasa bila-bila masa jer dia boleh mengambil apa yang kamu ada sekarang.. anak hanya pinjaman yang diamanahkan oleh Allah untuk kamu menjaganya. 

Aku langsung tidak menangis..aku sendiri tak tahu mana datangnya kekuatan membuatkan aku berani.. Aku cuma sedih melihat kamu terlalu riak, sombong dan bongkak. Aku tidak mendoakan yang tidak baik untuk kamu kerana aku tahu untuk mendapatkan zuriat bukannya mudah seperti bancuh buat air sirap. Aku hanya berserah pada tuhan..dengan segala apa yang kamu katakan biarlah tuhan yang boleh menghitung dan membalasnya.

Dengan apa yang berlaku membuat aku lebih kuat dan terus yakin pada kekuasaannya. Terima kasih sebab kata-kata kamu tidak langsung mematahkan semangat dan membuat aku rasa diri ini terlalu kerdil dan hina disisi kamu. Aku hanya berasa kerdil dan hina hanya disisi Tuhan yang maha Esa.

p/s: Rezeki datang mencurah-curah syukur (^_^) 



WW::The Power Of Dream





“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)