Saturday, September 22, 2012

TTC Journey


Temujanji dengan doctor kali ke 1

Berkenalan dengan doctor.. sesi meluah perasaan apa masalah kami laki bini . Scan kedudukan rahim. Result baik dan tidak ada masalah. Kos yang dikenakan:-
Daftar - RM1.00
Kos perundingan dan scan  - RM120.00


Temujanji dengan doctor kali ke 2

Ujian x-ray rahim (Hysterosalpingogram - HSG)

Sebelum aku buat ujian ini malamnya aku cari sedikit ilmu cara ujian HSG, nasihat aku pada TTC yang akan membuat ujian HSG, baca atau cari info sebelum buat sesuatu rawatan supaya kita tak rasa blurr dan terkejut. HSG adalah untuk kita mengetahui keadaan rahim dan saluran benih (fallopian tubes) samada tersumbat seperti ada cys, fibroid atau endometriosis itu jerlah yang aku ingat masa doc terangkan.

Daftar jam 9.00 pagi jumpa doc dan tunggu turn untuk buat ujian HSG. Jadi lambat sebab doc tak booking untuk aku. Nasiblah hosp swasta terpaksa juga dia buat ujian HSG pada hari itu juga sebab period aku hari ke10 dan esoknya ahad. Sekiranya period habis hari ke 7 dan HSG dilakukan pada hari ke 9,10 atau 11 sebelum waktu subur.

Waktu menunggu sehingga jam 3.00 petang, aku tak berhenti-henti baca doa "lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin" biasanya doa ni orang nak bersalin baca supaya dipermudahkan dan senang melahirkan anak. Aku baca sampailah turn aku masuk dalam bilik ujian. Nurse minta aku tanggalkan kain dan pakai baju yang disediakan. Waktu tu rasa macam nak bersalin tengok peralatan semua buat aku rasa gerun. Aku mintak suami temankan tapi tak dibenarkan..jadi aku harung seorang diri. Sepanjang hidup aku 25 tahun tak pernah melalui semua ini rasa nak nangis kenapa mesti aku?

x-ray dilakukan dengan memasukan/menyuntik cecair khas ke dalam rahim. Jujur aku katakan ianya sangat sakit mungkin aku tak sekuat TTC yang lain. Aku dapat rasa suntikan dibuat sebanyak 2 kali . Perut akan rasa senak dan bisa seperti nak buang air besar. Cukuplah YaALLAH aku berharap ianya kali pertama dan terakhir dalam hidup ini. Doc akan mengambil gambar x-ray sebanyak 9 keping dan keputusan pada hari itu juga. Tak sampai 10 minit result diperolehi. Apa yang mampu aku ucapkan YaAllah syukur Alhamdulillah, result yang tertulis dalam ujian HSG yang telah aku singkatkan.
  • Preliminary film show no significant abnormality
  • Uterine cavity is normal
  • Both fallopian tubes are patent

Kos yang dikenakan:-
Daftar - RM2.00
Ubat - RM21.98
HSG dan Service Doc - RM245.00
Kos Perundingan & Rawatan - RM60.00

Temujanji dengan doctor kali ke 3

Ambil darah serius aku takut dengan jarum sebab first time. Aku tak pandang pun doctor, suami aku jer yang tengok. Sekejap jer result pulak kena tunggu checkup yang ke 4. Suami kena buat semen analysis..result failed sebab tak cukup mana taknya suruh buat dalam toilet mana nak bersedia. So kena buat test lagi sebelum 29.9.2012. Bulan ni aku dah start clomid 50gm semula dan continue asid folic. Kos yang dikenakan:-
Kos Perundingan dan scan - RM100.00
Semen analysis - RM50.00
Kos ubatan, daftar dan services - RM45.00

Temujanji dengan doctor yang seterusnya pada 29.9.2012 (sabtu) - persiapkan mental, fizikal dan wang. InsyaALLAH selagi kudrat masih ada.

SK AL-KHISHBUN


Alhamdulillah barang yang aku order hari khamis dah sampai dengan selamatnya hari nie..Walaupun macam gini gupernyer hehe yang penting barang ok. Tak sabar nak tunggu malam nie nak start minum susu sk al-khishbun.


Dari tahun lepas nak beli susu ni itu pun diperkenalkan oleh kawan. Tapi disebabkan aku dan en suami tengah amalkan minum susu higoat, maka terbantutlah hasrat nak beli. Hari khamis hari tu godek-godek cari pasal susu kambing dan kehamilan maka terjumpalah blogger milik inahaireina http://inahaireina.blogspot.com lepas baca tentang kisah beliau terus terdetik dihati dan bersemangat nak beli. Time tu juga msg dan transfer duit secara online. Mujurlah sms aku dilayan sebab dah jam 10.30 malamkan.


Harga 1 Botol : RM55.00 + RM5.00 (Wang Pos)
Aku beli terus 2 botol senang untuk 2 bulan. Khasiatnya jangan tanya akulah kan sebab malam nie baru nak start minum. Tak tahulah sesuai ke tidak untuk aku dan en suami. Tanyalah kepada mereka yang ada pengalaman minum susu sk alkhisbun nie. Yang aku tahu susu ni bagus untuk kesihatan suami isteri disamping untuk memperbetulkan masalah hormon dalam badan kita. Yang penting kita kena usaha, ikhtiar dan tawakal.

p/s:dulu tak pernah langsung minum susu kambing, sekarang apa saja orang suruh minum atau makan walaupun bau hamis, pahit, masam, loya aku telan tak pikir apa pun demi untuk dapatkan zuriat. Tengok orang lain senang jer..mungkin ini sudah bahagian aku. Positif Thinking.

Resepi::Ayam Masak Black Pepper


Menu our lunch today requested by en suami. Senang dan simple jer resepi aku nak kongsi hari ni..namanya masak campak-campak jer. Bahan-bahan dan cara memasaknya ialah:-


4 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit saja halia - kalau rasa nak buang angin dalam badan boleh jer letak lebih
#Semua bahan tersebut ditumbuk ala kadar jer jangan sampai lumat.
#Kemudian tumiskan dalam kuali sehingga kekuningan dan naik bau


  
Sayuran : Kacang panjang dan kobis bunga (Nak sedap tambah cili bangala hijau)
1 biji tomato di belah enam
1 biji bawang besar dihiris bulat
#Kemudian campakkan  bawang besar dan sayur tadi. Balik-balikkan macam goreng sayur tapi jangan sampai sayur lecur, biar rangup-rangup sedap.
#Tomato letak akhir sekali



Sos Tiram guna jenama maggi
Kicap manis kipas udang
Black pepper souce sarawak - gunalah jenama ini sangat sedap nak lagi uuumph gunalah black pepper yang ditumbuk sendiri.
#Masukkan sos tiram, kicap manis dan black pepper souce


#Masukkan sedikit air dan air asam jawa bagi berkuah sedikit.
#Kalau nak lagi pekat letaklah tepung jagung.
#Sedikit garam sebagai perasa
#Akhir sekali baru masukkan tomato


#Ayam 1/2 ekor digoreng terlebih dahulu. 
#Kemudian masukkan terus kedalam kuah black pepper tadi, balil-balikkan kemudian sedia untuk dihidang..Taaaaaaaaddddddaaaa -----@


Terkeliur tak dengan persembahan masakan aku hari ni..
En suami cakap sedap ok fullstop.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)