Wednesday, July 11, 2012

Esok Besday Saya 27 Tahun


Dulu setiap kali tiba hari lahir aku tak pernah terfikir tentang peningkatan umur. Tidak terfikir aku akan jadi tua, muka aku akan berubah, status aku akan berubah, dan segala-galanya akan berubah. Sejak aku sudah berkahwin tiba hari lahir aku, aku risau, aku takut, aku rasa aku tak sempat untuk menikmati apa yang aku inginkan.

Aku berharap masa tidak akan berlalu dengan pantas sebelum hari tuaku. Aku berharap aku dapat menikmati alam perkahwinan dengan kehadiran cahaya mata kami. Aku berharap aku dapat menikmati dan merasai saat kehamilan, melahirkan dan mendidik zuriat aku sendiri. Kalau boleh sekarang aku ingin berhentikan masa atau memperlahankan masa supaya aku dapat menikmati apa yang aku inginkan. Aku rasa takut sangat!!! rasa masa berlalu terlalu pantas jauh meninggalkan aku. Sedangkan harapan aku belum tercapai..aku rasa tercungap-cungap dan penat mengejar masa. Masa yang ada sekarang sangat berharga untuk aku.

Namun aku kena redha..walau macam mana cara aku mengejar masa sebelum hari tuaku..DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Tidak semua perkara yang kita impikan akan kita dapat 100%  dan tidak semua perkara yang kita impikan akan dimakbulkan olehNYA. Janganlah kita tamak sehingga ingin membolot kesemuanya dan menyalahkan takdir sekiranya tidak memilikinya.

Terima kasih YaAllah atas usia yang kau berikan, terima kasih YaAllah atas rezeki yang kau kurniakan, terima kasih YaAllah atas ujian dan dugaan yang kau berikan, terima kasih YaAllah atas segala anugerah yang kau kurniakan dan terima kasih YaAllah atas segala nikmat yang kau berikan didunia ini yang hanya pinjaman untuk kami bagi mencari keberkatan, keredhaan dan bekalan dialam yang kekal.

Selamat Hari Lahir Untuk Diriku Rosdiana Binti Hj Lias


Percutian::Lexis Port Dickson@Legend Water Chalet:: Part 2


Percutian minggu lepas yang aku janji nak sambung cerita baru hari nie berkesempatan. Alahai sibuknya aku kalahkan Dato Ali  hehe.. Cerita dah basi ok, tak per nak cerita jugak pengalaman yang best. Silalah teruja yer ahakk!!



Sampai chalet siap check in dalam jam 3 petang..perut dah lapar nasib baik kami dah pergi bungkus siap-siap nasi ayam gemas yang kami beli di Melaka. First time juga kami rasa nasi ayam gemas tapi rasanya lagi sedap nasi ayam hainan sungai udang melaka (^_^)


Lepas makan kenyang-kenyang terus kami periksa  joran dan crabnet yang kami telah sewa dari pemilik chalet...
 1 joran + umpan = RM30 satu malam
 crabnet+umpan = RM20 satu malam.


Terkejut aku bila bukak umpan untuk crabnet dia  bagi umpan kepala ayam. Aku dan en suami pelik gak ketam makan ayam ker?? Aku dah excited sangat sebab memang aku yang minta untuk sewa crabnet ni..


Suami dah kusyuk dengan jorannya sambil dibuai angin laut.


Hasilnya jeng jeng..dapat jugaklah beb dalam 4 ekor..makin excited dah en suami


Hasilnya jeng jeng uuuuwaaaaa korang tahu tak dari petang aku menangkap ketam hingga ke tengah malam. Sekok ketam pun tak sangkut. Kalau sangkut pun terlepas balik bila aku angkat naikkan keatas. Bila kira-kira mahu ada 8 ekor ketam yang aku hampir berjaya tangkap..hampir jer ok lepas tu terlepas. Memang frust betul!!! waktu air surut lebih senang tangkap ketam.


Sarapan kami waktu pagi. nasib baik ler ada beli maggie segera dan garlic bread cicah mushroom. Dapat juga alas perut.. Malas nak kua cari breakfast. So korang siap-siaplah bawa makanan dari rumah yer kalau nak sewa chalet persendirian. Makanan tidak disediakan.



Bangun seawal jam 7 pagi..padahal mata mengantok 2.45 pagi layan bola euro 2012. Sebab France dah menang jadi semangat berkobar-kobar nak sambung memancing.



 Silalah abaikan kain batik itu.. sebab frust ketam tak sangkut, aku cuba pulak pengalaman baru... macam mana nak guna joran. Sangat seronok walaupun kena menunggu dengan sabar. Seronoknya bila ikan terkena umpan melompat-lompat aku..walaupun bukan joran aku yang terkena umpan ngehngeh



Macam baru lepas berpantang pulak aku pakai macam nie =P 
Bangun tido dengan muka tak cuci lagi terus ambik joran..seronoknya memancing waktu pagi-pagi macam nie..sejuk dengan angin yang kuat.


 sampai disini saja cerita tentang percutian untuk 2nd anniversary kami. Memang tak puas rasanya sebab tak dapat bawak balik ketam huhuhuhu.. 
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)