Wednesday, May 16, 2012

Derita rupernya sakit telinga nie..


Sakit telinga ? jarang rasanya orang mengidapinya..aku rasa last aku kena sakit telinga setahun yang lepas. Ni dah masuk 3 hari telinga aku sakit dan makin berdenyut-denyut.

Sakit telinga disebabkan banyak faktor masuk air,ulat  atau jangkitan kulat yang menyebabkan nanah. Hari isnin hari tu dah tak tahan terus pergi klinik swasta ambik ubat. Siap kena marah dengan doctor sebab telinga aku dah bengkak kemerahan menyebabkan ruang salur telinga menjadi sempit dan sebab tu rasa sebu atau kurang pendengaran.

Habit yang susah aku nak tinggalkan..lepas mandi mesti korek telinga..bila gatal sikit jer mesti nak korek sampailah kadang2 aku guna pin yang khas untuk korek telinga.Huuuhhhh bahayakan tapi bila dah gatal memang kusyuk la aku mengoreknya sampai tak hengat hokey!! bila dah pedih hilang gatal baru stop!!

Aku nak bagi tahu aku tengah derita sangat-sangat nie akibat sakit telinga. Buat keje pun tak kusyuk sebab pendengaran jadi sebu, otak rasa berdengung, rahang gigi rasa sakit dan selsema. En suami cakap kalau tak baik seminggu nie terus bawak pergi pakar sediakan duit jerlah nampaknya. Klinik swasta biasa hanya boleh bagi antibiotik, ubat titis, ubat hilang bengkak dan kurangkan sakit saja. 

Aku tanya doctor serius tak sakit telinga aku nie..tahu apa doctor jawab jangan risau tak bawa maut pun.. (pandai doc bergurau) uuuuuwwaaa memanglah tak bawa maut tapi boleh menyebabkan hilang pendengaran!! takut aku cegah sebelum terlambat!
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)