Sunday, December 30, 2012

Rezeki Akhir Tahun 2012


Aku dan en suami berdebar-debar untuk tunggu esok..nak tunggu result exam pun tak macam nilah rasanya..tak sangka cepatnya diluluskan. Tak sampai 2 minggu rasanya. Alhamdulillah inilah yang dikatakan rezeki tuhan bagi dalam pelbagai bentuk. Sentiasa bersangka baik dengannya.

Tengah gaduh-gaduh manja ni nak warna apa..HITAM atau PUTIH.. dua-dua warna memang ada stok. Isteri rasa jemu 4 tahun pakai warna hitam . Suami pulak rasa jemu 2 tahun pakai warna putih. Jawapan kena bagi malam ni..2 minggu tak sempat pulak nak fikir.

So tunggu jerlah esok (^_^)

"Finally The Power Of Dream Come True".

p/s: tak selera tekak nak makan malam ni.


Wednesday, December 19, 2012

Jangan Berlagak Sangat Anak Hanya Pinjaman


Dua tahun aku diam, aku senyum, aku jawab yang baik-baik jer..
Sebab aku tak nak jawapan aku buat kamu terguris, terkecil hati dan termakan hati. Sama jer maksud untuk ketiga-tiganya. Hari ni dan semalam aku punya kekuatan untuk semis balik apa yang kamu sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang. Aku bukan bodoh untuk menilai pertanyaan kamu itu berunsur sindiran atau take care.

Banggalah sebab kamu ada segalanya..kau tanya aku bila aku ni nak beranak..asal lambat sangat!! sambil gelak dan ketawa besar bagi kamu hanya gurauan dan hiburan seronok mengenakan orang lain, gembira sangat ker aku ni tak pregnant. Dengan kekuatan yang ada aku jawab ingat dengan apa yang kamu ada sekarang tidak bermakna akan kekal selamanya..bersyukurlah, janganlah riak kerana kamu ada anak..sebab tuhan maha berkuasa bila-bila masa jer dia boleh mengambil apa yang kamu ada sekarang.. anak hanya pinjaman yang diamanahkan oleh Allah untuk kamu menjaganya. 

Aku langsung tidak menangis..aku sendiri tak tahu mana datangnya kekuatan membuatkan aku berani.. Aku cuma sedih melihat kamu terlalu riak, sombong dan bongkak. Aku tidak mendoakan yang tidak baik untuk kamu kerana aku tahu untuk mendapatkan zuriat bukannya mudah seperti bancuh buat air sirap. Aku hanya berserah pada tuhan..dengan segala apa yang kamu katakan biarlah tuhan yang boleh menghitung dan membalasnya.

Dengan apa yang berlaku membuat aku lebih kuat dan terus yakin pada kekuasaannya. Terima kasih sebab kata-kata kamu tidak langsung mematahkan semangat dan membuat aku rasa diri ini terlalu kerdil dan hina disisi kamu. Aku hanya berasa kerdil dan hina hanya disisi Tuhan yang maha Esa.

p/s: Rezeki datang mencurah-curah syukur (^_^) 



WW::The Power Of Dream





Saturday, December 15, 2012

Rumah::Under Construction


Pagi yang nyaman, mood yang baik aku dah mengadap blog. Asik bersedih jerkan hari ni nak bergumbira lalalalalalalala... Semalam lunch hour sempat aku pergi singgah tengok our future. Padahal pergi dan balik kerja hari-hari lalu tapi tak berkesempatan nak tengok. Semalam pergi tak sangka dah nak siap hampir 70%. Kecik jer rumah kami 22(lebar)x80(panjang)..syukur alhamdullilah dengan rezeki yang ada.


 Our future sebelah kanan rumah no 5. Tanah pun belum habis tambak lagi. 


Warna merah dan kelabu nampak moden. Bumbung untuk letak kereta penuh dan boleh masuk untuk 2 buah kereta jadi tak perlu renovate lagi.


Offismate yang eskot aku. En suami sibuk jadi aku ambil gambar updated untuk dia =)


Sebelum beli dulu pemilihan lokasi en suami yang pilih..tapi pemilihan design rumah aku yang tentukan. Semuanya hanya kebetulan design dan lokasi sangat memenuhi citarasa kami berdua. Aku memang tak suka rumah sliding door alasan bodohnya banyak guna kain untuk buat langsir dan susah nak bersihkan glass door. Aku suka pintu kayu macam nie simple.


Sebelah kanan bilik utama. Satu perkara yang aku memang tak berkenan langsung sebab pagar tepi tidak dibuat tembok hanya pasang pagar hijau. Bahagian sini memang fail. So nak kena keluar duit buat pagar tembok pulak. Aku dah siap sound big bos pemaju  suruh naikkan semua rumah tembok. Kedekut betul, padahal pemaju dah untung 100%.


Ruang tamu dari pintu masuk


Bilik utama sebelah ruang tamu


Bahagian ruang tamu dari dalam


Bilik utama dan bilik air (tak ada gambar)


 Dari kanan bilik tidur  ke 3, 2 dan 4. Bilik 4 ni sangat kecil mungkin sesuai buat bilik solat atau bilik utiliti ataupun stor. En suami pulak berangan nak buat SOHO (small office home office).


 Bilik air di bahagian dapur


Ruang Dapur 


Belakang rumah ada lebih kurang 5 kaki lebarnya. Ini pun satu kriteria yang aku nak. Alasannya aku tak suka jemur baju dihadapan rumah. Jadi kalau ada rezeki mungkin kena renovate sikit untuk buat dapur basah dan ampaian baju.

Rumah kami dijangka siap sepenuhnya dengan CF sebelum hujung tahun 2013. InsyaAllah..

Thursday, December 13, 2012

Tak Tentu Arah Hati Dan Perasaan Nie..


Sekarang menulis ikut mood..
Dah seminggu ni aku sangat sensitif ape kena gak ah..
Buat apa jer semua tak kena..banyak sangat memikir agaknya sampai file yang disusun cantik dalam otak ni semua jem dan berterabur.
Jadi mangsa amukkan aku en suami..kesian tambah pulak en suami minggu ni memang tak sehat batuk dan selsema yang tak henti-henti.
Aku pulak stress dengan kerja kat opis..balik rumah malas nak memasak, nak mengemas, nak lipat baju pendek kata semuanya malas. Waktu keadaan macam ni rasa nak pindah jer dari rumah mentua sebab rasa nak menjerit jer kuat-kuat, nak terlentang tergolek depan tv, nak terkangkang atas sofa dan buat apa saja dengan bebas!!!!

Perasaan aku jiwa, mental dah stabil dan kuat..
Tapi bila member satu opis tanya pasal anak..tak pasal-pasal aku nangis dan air mata keluar berjurai-jurai. What happend to me?? kan dah janji aku tak nak nangis lagi. Tetibe tak boleh tahan air mata ni dan termalu sendiri. Terus member cakap sorry tak ada niat apa-apa pun tak payahlah cerita. Sebenarnya aku tak kesah pun sapa-sapa tanya bila lagi nak bertiga..sebab aku jawab insyaAllah ada. Lagi satu aku seorang yang happy go lucky senang nak bergurau senda..walaupun gurauan tentang zuriat. Tak ada masalah langsung bagi aku dan aku boleh terima gurauan yang bodoh-bodoh tu dengan senang lenang.

Aku tersedar sendiri..yes aku perlukan rehat!!!! Hubungan dengan en suami minggu nie sangat renggang..tak ada masa nak bermesra dan bergurau senda. Tambah en suami tersangatlah sibuk dengan kerjanya. Rasanya aku dan en suami kena take a rest atau kena pergi cari budget holiday. Aku ok, aku tak perlukan simpati saper-saper, aku nak mereka semua tahu aku juga sangat2 bahagia pada perkara yang lain. Aku percaya kesabaran aku kalau tidak dibalas didunia, pasti tuhan akan balasnya ditempat yang kekal abadi.

p/s: mood kacau bilau sampai harimau vs gajah pun tak nak tengok =(




“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)