Saturday, November 17, 2012

Terlalu banyak yang ingin dikongsi


Rindu nak menulis dan terlalu banyak yang bersarat dan terpedam di hati.. tapi tak tahu nak mulakan dari mana..terlalu banyak yang ingin dikongsi, terlalu banyak yang ingin diluahkan.. sebulan lamanya aku bermuhasabah diri, mencari ketenangan dan semangat yang hilang..

Ya aku pilihan DIA untuk diuji aku bersyukur..DIA masih memandang aku dan amat sayangkan aku.. mengapa tidak aku menerima dugaan ini dengan redha, kenapa sukarnya untuk aku  menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. Mungkin terlalu banyak dosa aku kepada DIA dan tiba masanya untuk aku berhijrah menjadi yang lebih baik InsyaAllah. Alhamdulillah bersangka baik terhadap apa segala ujian dari NYA.

Aku penat, penat sangat menahan jiwa dan memujuk hati ini..agar air mata tidak  menitis lagi , tapi aku tidak mampu untuk menahan air mata ini yang terus membasahi pipi dan aku menangis lagi. Temujanji dengan doctor yang terakhir hari tu bulan september sampai dah lupa tarikhnya..buat aku  rasa malas nak ber TTC lagi. Hospital Putra minta kes kami ditransfer ke Mahkota Medical untuk rawatan selajutnya. Now till today kami belum refer ke hospital baru. Memandang hospital baru memerlukan kos dan belanja yang sangat besar jadi aku dan suami telah berbincang untuk continue rawatan bulan Disember nanti. Itu pun kalau diizinkan tuhan. InsyaAllah. 

Bila kita rasa ujian belum dikurniakan rezeki anak adalah yang paling berat dalam hidup ini, tetapi percayalah ada lagi ujian yang lebih berat daripada itu yang dihadapi oleh orang lain. Bila kita susah ada lagi yang lebih susah hidupnya daripada kita.  Tipulah kalau tidak ada sedikit perasaan cemburu dan irihati melihat kebahagian sahabat-sahabat yang sudah mempunyai cahaya mata. Namun kita kena akur setiap hambanya ada bahagiannya masing-masing. Aku tahu sahabat-sahabatku yang belum dikurniakan cahaya mata, walaupun diluar fizikal nampak seperti seorang yang tabah dan kuat namun siapa yang tahu dalam jiwanya terlalu lembut, sarat serta rasa sakit dan air matanya berkaca-kaca menahan segala gelora.

Alllah tidak akan menguji dan membebani seseorang hambanya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh hambanya. Allah tidak akan berlaku zalim kepada hambanya setiap yang diuji adalah sesuai dengan kemampuan hambanya. Dan aku bangkit lagi meneruskan perjuangan..Dengan rasa hina dan rendah dirinya aku memohon kepadaMU YAALLAH terimalah dan perkenankanlah doa ku dan sahabat-sahabatku yang lain agar kau berikan keajaiban kepada kami seperti mana keajaiban yang kau berikan kepada mariam melahirkan anak tanpa suami dan keajaiban seperti nabi zakaria walaupun isterinya seorang yang mandul tapi kau anugerahkan mereka dengan seorang anak. Terlalu berat permintaan ini  YAALLAH untuk kau kabulkan kepada insan yang hina ini namun sesungguhnya kau maha mendengar dan menerima sebaik-baik doa. Aminyarabbalalamin.








No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)