Tuesday, November 27, 2012

Anak Angkat


Anak Angkat?

Bersediakah aku pada usia perkawinan 2 tahun 4 bulan?

Perlukah aku tunggu lagi pada usia perkawinan 6 tahun lagi?

Apa jawapan yang paling baik untuk aku jawab supaya semua orang faham?

Perlukah aku terangkan kesemuanya atau jawab sahaja jangan dipersoalkan dimana datangnya rezeki itu..

Faham ker mereka dengan apa yang aku lalui sekarang?

Apa reaksi keluarga, sedara-mara dan sahabat andai?

Adakah ini cara terakhir aku? kan banyak lagi kaedah yang boleh aku cuba?

Berputus asakah aku?

Teringat kata doctor ishaireen pada aku "kadang-kadang kita ditakdirkan untuk menjaga anak orang lain".

Kalau inilah perjalanan yang terbaik dalam hidup yang sementara ini maka aku perlu menerimanya dengan redha...asalkan aku tidak lagi derita dan akan hidup bahagia selamanya dengan suami tercinta.

p/s: suamiku aku sayang dan cinta kamu sehingga jannah..tidak ada lelaki lain yang mampu menyayangiku seperti mana kamu memberi kasih sayang terhadap diriku.



2 comments:

Nafastari said...

yana...
sy petik kata2 penulis,

Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.Kita tidak tahu apa yang Allah susun pada kita.Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah SWT hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!Bersangka baiklah kepada Allah SWT, dan bersabarlah! (HILAL)

dlam bersabar itu, teruskanlah usaha lagi.. :-)
dlm berdoa, teruskanlah berdoa lagi,
dlm berusaha, teruskanlah usaha lagi...

chaiyok! :-)

-mawar- mls nk sign out nafastari nye account blog... hehe

RosDiana said...

baya terima kasih sudi berkongsi motivasi itu dgn yana..adakah "kata2 penulis" itu arwah suami kamu.. kadang2 kita lalai bahawa Allah sentisa disisi kita.

Saya ambik semangat kamu juga..tabahnya kamu mengharungi dugaan..

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)