Saturday, September 22, 2012

SK AL-KHISHBUN


Alhamdulillah barang yang aku order hari khamis dah sampai dengan selamatnya hari nie..Walaupun macam gini gupernyer hehe yang penting barang ok. Tak sabar nak tunggu malam nie nak start minum susu sk al-khishbun.


Dari tahun lepas nak beli susu ni itu pun diperkenalkan oleh kawan. Tapi disebabkan aku dan en suami tengah amalkan minum susu higoat, maka terbantutlah hasrat nak beli. Hari khamis hari tu godek-godek cari pasal susu kambing dan kehamilan maka terjumpalah blogger milik inahaireina http://inahaireina.blogspot.com lepas baca tentang kisah beliau terus terdetik dihati dan bersemangat nak beli. Time tu juga msg dan transfer duit secara online. Mujurlah sms aku dilayan sebab dah jam 10.30 malamkan.


Harga 1 Botol : RM55.00 + RM5.00 (Wang Pos)
Aku beli terus 2 botol senang untuk 2 bulan. Khasiatnya jangan tanya akulah kan sebab malam nie baru nak start minum. Tak tahulah sesuai ke tidak untuk aku dan en suami. Tanyalah kepada mereka yang ada pengalaman minum susu sk alkhisbun nie. Yang aku tahu susu ni bagus untuk kesihatan suami isteri disamping untuk memperbetulkan masalah hormon dalam badan kita. Yang penting kita kena usaha, ikhtiar dan tawakal.

p/s:dulu tak pernah langsung minum susu kambing, sekarang apa saja orang suruh minum atau makan walaupun bau hamis, pahit, masam, loya aku telan tak pikir apa pun demi untuk dapatkan zuriat. Tengok orang lain senang jer..mungkin ini sudah bahagian aku. Positif Thinking.

6 comments:

Ann AB said...

Betul tu..
Apa yang org suruh makan, suruh buat...sume buat. Tengok org lain senang je, sorang-sorang dapat. Sy dah 3 kali gugur, baru nk cuma pakai susu alkisbun ni.

RosDiana said...

Ann AB : Cubalah minum susu ni mana tahu ada rezeki untuk kamu..kita hanya sekadar berusaha disamping berdoa kepada Tuhan.

Nurul.Izza.Aminon said...

beli sk al khishbun. .free upt di www.kedaibuzzstyle.blogspot.com

Anonymous said...

ade ape2 perkembangan x minum sk alkhisbun ni? sy pernah minum satu botol setengah, then pregnant... tp ade kemalangan kecil berlaku n i loss my baby... sedih nye Allah swt je yg tahu... now nk strt consume balik susu ni...hope ade la perkabaran yang baikx lama lagi...

Anonymous said...

Macam mana nak beli susu alkisbun ni ye? saya pun sedang berusaha tp x tau kat mana nak beli,,tq

KEDAI BUZZ STYLE said...

Boleh dapatkan Stok Sk Al KHishbun serta Hulba Al khishbun di sini dengan saya.. FREE PREGNANCY TEST DAN OVULATION TEST LAGii

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)