Friday, September 21, 2012

Semangat Dengan Tempat Rawatan Yang Baru


Belum lagi Hujung tahun 2012, semangat harus diteruskan..begitulah harapan aku setiap kali menulis yang kadangkalanya jatuh dan bangkit semula dengan semangat yang baru. huuuhhh gigihnya aku berTTC. Cerita aku untuk diri aku, kenangan aku, dan sekiranya ada rezeki anak biarlah anakku membaca apa yang aku tulis dalam usaha mendapatkanya. Sekiranya memang tidak ada rezeki untuk aku maka segala apa yang aku tulis hanya dapat dikongsi untuk mereka diluar sana dan  penulisan ini hanya tinggal kenangan buat selamanya.

Tahun  2011, Aku memilih klinik Pakar Wanita Liu & Vicent sebagai tempat aku merujuk dan menjalankan rawatan. Tidak ada sebarang ilmu atau persediaan (maksudnya aku tidak bersedia langsung dari segi mental dan fizikal). Datang klinik dan terus menyerah diri. Sebagai seorang yang baru dan gigih untuk berTTC aku tidak tahu apa rawatan yang sepatutnya aku ambil, maka aku serahkan pada doctor yang lebih pakar. Apa rawatan yang aku buat pernah aku ceritakan pada tahun lepas, lepas tu rawatan tidak diteruskan dan berakhir separuh jalan..

Tahun 2012, Aku bertukar angin dengan memilih Putra Specialist Hospital dan berurusan dengan Doktor Ishaireen. Kenapa mesti aku pilih hospital swasta juga, sedangkan hospital kerajaan juga baik. Hospital swasta bayaran lebih mahal dan berganda-ganda harganya, hospital kerajaan pula percuma. Rawatan dan result yang dihasilkan juga sama. Sebenarnya aku rasa dah terlalu banyak buang masa..aku mengejar masa dan yes aku tak boleh menunggu lagi. Jadi aku dan suami memilih hospital swasta supaya rawatan yang kami buat selepas ini berjalan lancar , baik dan cepat. Terburu-buru ker aku sampai jadikan alasan sebegitu. Sebenarnya kalau ada rezeki buat dimana-mana hospital pun sama jer. Buat rawatan di hospital secanggih mana sekalipun sekiranya Tuhan belum izinkan maka terimalah ketentuannya.

Now kami laki bini kena mulakan rawatan dari zirro..aku selesa berurusan dengan doctor perempuan dan beragama islam. Barangkali rasa malu berkurangan bila doctor ingin melihat kemaluan kita dan senang untuk straight to the point. Kami sudah bersedia dari segi mental, fizikal, masa, wang dan kesungguhan. Yang penting usaha, mungkin sebelum ini Tuhan belum lagi memberi kami jalan atau jalan telah Tuhan tunjukkan tapi belum kami nampak. Dan sekarang peluang yang ada tidak akan kami sia-siakan.

p/s: nanti aku akan berkongsi cerita dari mula apa rawatan yang telah aku buat dalam giat berTTC.

Selamat malam .




No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)