Saturday, September 22, 2012

Resepi::Ayam Masak Black Pepper


Menu our lunch today requested by en suami. Senang dan simple jer resepi aku nak kongsi hari ni..namanya masak campak-campak jer. Bahan-bahan dan cara memasaknya ialah:-


4 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit saja halia - kalau rasa nak buang angin dalam badan boleh jer letak lebih
#Semua bahan tersebut ditumbuk ala kadar jer jangan sampai lumat.
#Kemudian tumiskan dalam kuali sehingga kekuningan dan naik bau


  
Sayuran : Kacang panjang dan kobis bunga (Nak sedap tambah cili bangala hijau)
1 biji tomato di belah enam
1 biji bawang besar dihiris bulat
#Kemudian campakkan  bawang besar dan sayur tadi. Balik-balikkan macam goreng sayur tapi jangan sampai sayur lecur, biar rangup-rangup sedap.
#Tomato letak akhir sekali



Sos Tiram guna jenama maggi
Kicap manis kipas udang
Black pepper souce sarawak - gunalah jenama ini sangat sedap nak lagi uuumph gunalah black pepper yang ditumbuk sendiri.
#Masukkan sos tiram, kicap manis dan black pepper souce


#Masukkan sedikit air dan air asam jawa bagi berkuah sedikit.
#Kalau nak lagi pekat letaklah tepung jagung.
#Sedikit garam sebagai perasa
#Akhir sekali baru masukkan tomato


#Ayam 1/2 ekor digoreng terlebih dahulu. 
#Kemudian masukkan terus kedalam kuah black pepper tadi, balil-balikkan kemudian sedia untuk dihidang..Taaaaaaaaddddddaaaa -----@


Terkeliur tak dengan persembahan masakan aku hari ni..
En suami cakap sedap ok fullstop.

6 comments:

Anonymous said...

lebih membantu sekiranya diberikan sukatan terutamanya kt kuantiti sos2 yg digunakan~

Anonymous said...

tengok macam tak sedap je..mungkin sebab finishing presentation dlm mangkuk tu tak nampak menyelerAkan kot.heheh..tp don't judge the book by its cover kan.... MESTI RASANYE SEDAPKAN.. :)

kak ngah said...

wah..nampak sedap..terima kasih kerana sudi berkongi resepi

http://cahayasyurgaku.blogspot.com/

bennieson morgan said...

Mesti cuba resipi nei..hehe

bennieson morgan said...

Mesti cuba resipi nei..hehe

Anonymous said...

memng sedap saya slalu mkn kat kedai masak sebji mcm ni cuma ayam dia bakar dlu ja...letak plak black paper kisar lg besttttt

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)