Tuesday, August 7, 2012

yeeahh cadar dan langsir raya dah tukar


Assalammualaikum...kami datang nak raya hihihi..

Pantasnya masa berlalu lagi 12 hari insyaALLAH umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sempat atau tidak kita bertemu pada Ramadan yang akan datang. Jadi Ramadan pada tahun ini sama-samalah kita manfaatkan bersama.

Tahun ni persiapan raya kami ala kadar jer..dan persiapan juga dibuat lebih awal tak macam tahun-tahun yang lepas..naik semput mengemas 2 buah rumah pada masa yang singkat. Rumah mentua dah siap pasang langsir, habuk-habuk pun semua aku dan en suami dah bereskan.huuuuuuu lega.

Aku baru jer lepas tukar cadar bilik aku dirumah mentua...ni haah berpeluh2 buat sorang-sorang lepas tu terus ngadap belog..nak tido belum ngantok!!! 


Langsir pun dah siap pasang warna gold seakan sama dengan cadar..tapi macam ada yang kurang..rasanya aku patut pasang tabir belakang tu dengan warna putih corak keemasan sedikit..baru naik seri.. Kena cari plak ni..kalau tak nampak kosong jerkan. Lepas tu riben purple tu pun macam tak kena??hehe komen sendiri~


Tahun ni raya, kebetulan hampir semua persiapan raya berwarna GOLD & BROWN.

p/s : Minggu nie balik rumah mak abah aku pulak..berhempas pulas kat sana..canyok!!

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)