Thursday, August 2, 2012

Tak jadi nak downgrade


Cerita semalam pasal kami laki bini nak downgrade streamyx package dengan alasan untuk mengurangkan KOS PERBELANJAAN kami yang semakin hari semakin meningkat.. Sampai TM Point bila  dah tanya customer service tu kalau package yang kami ambil kena downgrade dengan package yang sama. Kami baru plan nak tukar  package RM77/month unlimited 1 Mbps..rupanya tidak boleh dan tak ada lagi pun package tu. 

Rupanya en suami ambil package BlockBuster Deal yang paling murah RM110/month untuk 1 Mbps, kalau nak downgrade kelajuan yang ada 512k RM90/month beza hanyalah RM20 saja tetapi kelajuan separuh daripada 1Mbps. Jadi perbincangan singkat bersama en suami terpaksalah kekalkan package yang ada. kalau downgrade kelajuan jadi  slow pun tak guna. Internet bagaikan nyawa untuk en suami..so teruskanlah menggunakan package yang sama sampai bila-bila selagi perkhidmatan yang diberikan TM sangat-sangat bermutu dan berkualiti. 


Available packages for Streamyx Blockbuster Deals - Broadband and Voice Deals; Voice Deals


No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)