Saturday, August 4, 2012

Simple Jer Baju Raya Kami


Baju raya kami tahun ni dah siap dah beli readymade jerk!! 

Sangat simple dengan tema berwarna coklat.

Harga berpatutan RM250 (dah siap tawar menawar) untuk 2 pasang laki bini

Jenis kain pun baik bolehlah sesuai harga dan kualitinya.

Saiz cantik dan cun kena dengan kami 

Lepas ni malas dah nak beli kain lepas tu tempah harga lebih kurang kadang-kadang lebih mahal seperti tahun-tahun yang lepas.

Beraya juga kami tahun ni.. walaupun pada mulanya kami laki bini memang tak ada mood sangat untuk beraya sebabnyer malas nak jawab soalan-soalan cepu emas,gangsa dan perak dari sedara mara dan kawan-kawan. Rasa macam nak pergi luar negara jerk Paris ke, Jepun atau Dubai uwwaahaha sabah serawak pun belum tentu sampai.

Hidup kena diteruskan demi kegembiraan orang lain!! Itu adalah lebih penting dan bermakna..membahagiakan dan menggembirakan orang disekeliling kita terutamanya ahli keluarga.


p/s: citer baju raya tetibe nak dengar lagu raya pulak dendang perantau..layan kat you tube lah

Ok selamat malam semua (^_^)


No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)