Sunday, August 26, 2012

Raya pertama 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam seluruh dunia. Dikesempatan ini saya, suami dan keluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kami mohon maaf zahir dan batin. 

Tahun ini raya pertama aku beraya dirumah ayahanda dan bonda tercinta setelah 2 tahun berturut-turut raya pertama dirumah mertua. Berjaya juga aku memujuk en suami itu pun dengan linangan air mata..mujur berkesan. Tahun-tahun yang lepas memang tak sempat langsung bergambar, nasib tahun ni ada juga kenangan gambar raya untuk tahun 2012 walaupun tak banyak. Enjoy the picture!!!!


Siap-siap asingkan duit raya


Family Kakak aku yang pertama


Family Kakak aku yang kedua


Family aku masih lagi berdua


Menikmati juadah dipagi raya






Tahun ni aku, kakak aku yang kedua dan adik aku jer yang ada raya pertama . Abg Long dan kakak pertama masing-masing beraya dirumah mentua dulu. Taklah sunyi ada juga anak buah aku 4 orang penghibur.


 Adegan salam bermaafan sesama keluarga






Turn adik lelaki aku yang bongsu


Anak buah aku yang sulong, anak kakak pertama..tirnggal dengan mak dan abah aku. Sebab tu raya pertama pun tak ikut ibu dan ayah dia. Raya dirumah atok dan nenek dulu.


Turn aku  bermulalah adegan air mata


Abah tak balik lagi dari masjid  masa ni. Memang selalu abah balik lewat..Setelkan urusan masjid dan macam2 lagi. Tak adalah gambar bermaaf-maafan dengan abah.


 Turn en suami memohon ampun dari ibu mertua 


Tersenyum ibu mertua bila menantu hulurkan angpau hehehe



Adik lelaki bongsu single mingle lagi






sesi bagi angpau pulak pada anak-anak buah


ok sampai disini saja picture gedik kami dihari raya pertama. Selamat Hari Raya Kawan-Kawan. Kepada mereka yang on diet ingat-ingatlah yer hehe takut-takut bulan puasa dah turun 5 kilo, raya naik 10 kilo (^__^)

Tuesday, August 7, 2012

yeeahh cadar dan langsir raya dah tukar


Assalammualaikum...kami datang nak raya hihihi..

Pantasnya masa berlalu lagi 12 hari insyaALLAH umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sempat atau tidak kita bertemu pada Ramadan yang akan datang. Jadi Ramadan pada tahun ini sama-samalah kita manfaatkan bersama.

Tahun ni persiapan raya kami ala kadar jer..dan persiapan juga dibuat lebih awal tak macam tahun-tahun yang lepas..naik semput mengemas 2 buah rumah pada masa yang singkat. Rumah mentua dah siap pasang langsir, habuk-habuk pun semua aku dan en suami dah bereskan.huuuuuuu lega.

Aku baru jer lepas tukar cadar bilik aku dirumah mentua...ni haah berpeluh2 buat sorang-sorang lepas tu terus ngadap belog..nak tido belum ngantok!!! 


Langsir pun dah siap pasang warna gold seakan sama dengan cadar..tapi macam ada yang kurang..rasanya aku patut pasang tabir belakang tu dengan warna putih corak keemasan sedikit..baru naik seri.. Kena cari plak ni..kalau tak nampak kosong jerkan. Lepas tu riben purple tu pun macam tak kena??hehe komen sendiri~


Tahun ni raya, kebetulan hampir semua persiapan raya berwarna GOLD & BROWN.

p/s : Minggu nie balik rumah mak abah aku pulak..berhempas pulas kat sana..canyok!!

Saturday, August 4, 2012

Simple Jer Baju Raya Kami


Baju raya kami tahun ni dah siap dah beli readymade jerk!! 

Sangat simple dengan tema berwarna coklat.

Harga berpatutan RM250 (dah siap tawar menawar) untuk 2 pasang laki bini

Jenis kain pun baik bolehlah sesuai harga dan kualitinya.

Saiz cantik dan cun kena dengan kami 

Lepas ni malas dah nak beli kain lepas tu tempah harga lebih kurang kadang-kadang lebih mahal seperti tahun-tahun yang lepas.

Beraya juga kami tahun ni.. walaupun pada mulanya kami laki bini memang tak ada mood sangat untuk beraya sebabnyer malas nak jawab soalan-soalan cepu emas,gangsa dan perak dari sedara mara dan kawan-kawan. Rasa macam nak pergi luar negara jerk Paris ke, Jepun atau Dubai uwwaahaha sabah serawak pun belum tentu sampai.

Hidup kena diteruskan demi kegembiraan orang lain!! Itu adalah lebih penting dan bermakna..membahagiakan dan menggembirakan orang disekeliling kita terutamanya ahli keluarga.


p/s: citer baju raya tetibe nak dengar lagu raya pulak dendang perantau..layan kat you tube lah

Ok selamat malam semua (^_^)


Thursday, August 2, 2012

Tak jadi nak downgrade


Cerita semalam pasal kami laki bini nak downgrade streamyx package dengan alasan untuk mengurangkan KOS PERBELANJAAN kami yang semakin hari semakin meningkat.. Sampai TM Point bila  dah tanya customer service tu kalau package yang kami ambil kena downgrade dengan package yang sama. Kami baru plan nak tukar  package RM77/month unlimited 1 Mbps..rupanya tidak boleh dan tak ada lagi pun package tu. 

Rupanya en suami ambil package BlockBuster Deal yang paling murah RM110/month untuk 1 Mbps, kalau nak downgrade kelajuan yang ada 512k RM90/month beza hanyalah RM20 saja tetapi kelajuan separuh daripada 1Mbps. Jadi perbincangan singkat bersama en suami terpaksalah kekalkan package yang ada. kalau downgrade kelajuan jadi  slow pun tak guna. Internet bagaikan nyawa untuk en suami..so teruskanlah menggunakan package yang sama sampai bila-bila selagi perkhidmatan yang diberikan TM sangat-sangat bermutu dan berkualiti. 


Available packages for Streamyx Blockbuster Deals - Broadband and Voice Deals; Voice Deals


Akhirnya tukar juga yang baru


Misi kami semalam menyiapkan segala kerja peribadi is done but shopping raya terpaksa postponed kerana kami laki bini sudah keletihan  yang amat sangat. Sampai berbuka puasa pun didalam kereta sambil perjalanan balik ke rumah dengan 2 ketul ayam KFC  dan milo ais jerk.. hilang sudah selera makan kerana kepenatan.. 

Dalam tak sempat nak shopping raya dan belikan baju melayu en suami sempat lagi aku grab beg tangan baru!!! Kira beg raya jugalah yer.. memang dah plan nak beli sebelum puasa lagi tapi ongkosnya belum cukup-cukup lagi hehe. So ni ganjaran untuk diri sendiri dan dibayar lebih banyak oleh en suami ngehngeh.



Jadilah sudah 2 tahun tak tukar beg tangan..sampai dah mengelupas kulit baru ada niat nak tukar..selagi beg tangan tak rosak selagi tulah aku guna sampai kulitnya bertukar wajah. Beg tangan sebelum ni pun hantaran daripada en suami untuk aku. 

p/s: TQ so much my hubby buchuk2.
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)