Tuesday, July 31, 2012

Jadual Esok Sangat Padat



Esok saya cuti!!!

Ambil cuti satu hari jer untuk esok demi menyelesaikan segala kerja-kerja peribadi yang tertangguh. Jadi kena buat jadual malam ni supaya perjalanan esok berjalan dengan lancar dan sempurna. Nasihat daripada en suami untuk aku supaya tidak ada benda yang tertinggal atau lupa. Maklumlah seketeri tidak bergaji kepada en suami ni memang pelupa orangnya (^_^)

Perjalanan singkat untuk esok :-

1) Maybank
  • Dapatkan surat pengesahan untuk mengesahkan acc maybank masih aktif tujuan untuk KWSP
  • Keluarkan duit untuk bayar peguam bagi pinjaman perumahan
2) Telekom Malaysia
  •  Buat permohonan untuk downgrading streamyx package from RM110 to  RM77 (Kurangkan kos perbelanjaan keluarga)
3) KWSP
  • Buat permohonan untuk pengeluaran membeli rumah (acc 2) - tambahan untuk deposit rumah kami
4) Pejabat Peguam Tan & Yeo
  • Tandatangan borang persetujuan dan pembayaran wang peguam
5) Private Hospital
  • Checkup untuk aku 
6) Jusco Melaka atau Sekitar Bandar Melaka
  • Cari baju melayu raya en suami readymade sebab tahun nie sangat sibuk sehingga tidak sempat untuk tempah 
  • Cari kemeja / t-shirt raya untuk en suami
  • Beli barang dan keperluan rumah - siapkan checklist
  • Shopping raya (macam awal lagi jerk)
Sempat ke tidak dari pagi sampai sebelum masuk waktu berbuka puasa selesaikan semua perkara di atas. Hargai cuti yang telah diambil dan penuhi dengan manfaat InsyaAllah. Selamat malam dan jangan lupa niat berpuasa untuk esok (^_^)

Tuesday, July 24, 2012

5 Perkara Menyebabkan Hilang Pahala Puasa


Alhamdulillah sudah hari ke-4 umat islam berpuasa semoga dipermudahkan olehNYA. Aku ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat semua sedikit  ilmu yang aku  dapat ketika mendengar ceramah dari seorang ustaz di office tadi iaitu 5 perkara menyebabkan hilang pahala puasa dan tidak akan diangkat ke langit iaitu:-
  1. Menipu
  2. Mengumpat
  3. Mengadu Domba
  4. Membuat Keterangan Palsu (Fitnah)
  5. Menaikkan Nafsu Syahwat 
"Bulan Ramadhan adalah bulan pesta ibadat, serikan ia dengan amalan-amalan yang mulia"

Sunday, July 22, 2012

Nafsu Ramadan


Alhamdullilah waktu pagi yang nyaman hujan turun dengan lebatnya membasahi muka bumi ini. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan dan semoga sahabat-sahabat semua dipermudahkan untuk menjalani ibadah puasa dan semoga segala amalan dan ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Dalam kita menjalani ibadah berpuasa, menguji nafsu kita supaya berjimat cermat dalam berbelanja, terutamanya dalam membeli juadah untuk berbuka puasa. Kadangkala kita gagal untuk mengawal nafsu terutama apabila sampai  dibazar ramadan. 

Contohnya sudah niat dari rumah  untuk beli murtabak jer, tapi bila dah ternampak laksa penang terus nak beli dengan alasan tekak teringin nak makan, selalu berlaku pada aku nampak kuih badak berendam jalan kedepan sikit nampak kuih lopes terus beli lagi.

Sekiranya kita tinggal bersama keluarga yang besar atau ramai, berbincanglah atau memberitahu kepada ahli keluarga kita supaya tidak membeli makanan untuk berbuka puasa  pada hari itu. Berlaku juga pada aku, bila aku membeli juadah berbuka, suami serta ayah dan mak turut membeli juadah untuk berbuka kerana masing-masing mengikut nafsu sendiri. Maka penuhlah satu meja pada hari itu sehingga berlebihan dan berlakulah pembaziran.

Oleh itu, saya mengingat diri saya dan sahabat-sahabat semua supaya pada bulan ramadan inilah masa kita untuk berjimat cermat dalam berbelanja dan mengawal nafsu.  Janganlah sampai jadi seperti gambar kartun dibawah ini (^_^)

Picture from google

Tuesday, July 17, 2012

Suratan atau Kebetulan


Bulan Julai atau angka 7

Banyak perkara penting yang berlaku dalam hidup aku pada bulan Julai. Secara kebetulan juga aku suka angka 7. Bila aku amati dan kenang semula banyak peristiwa menarik berlaku pada bulan Julai yang tidak dirancang.  Aku anggap ini semua adalah secara kebetulan yang telah ditentukan perjalanan hidup kepada setiap hambanya.  Disini aku ingin berkongsi kepada semua tarikh-tarikh penting yang berlaku dalam hidup aku dalam bulan Julai (7):-

12.7.1985 - Aku Dilahirkan Kedunia ini

5.7.2003 - Perkenalan Pertama Dengan En Suami

3.7.2009 - Hari Pertama Melapor Diri Dalam Perkhidmatan Awam

2.7.2010 - Hari Pernikahan Aku dan En Suami

3.7.2010 - Majlis Persandingan di Rumah Perempuan

4.7.2010 - Majlis Bertandang ke Rumah Lelaki

3.7.2012 - Selesai Tempoh Percubaan Dalam Perkhidmatan Awam (Tetap Berpencen)

11.7.2012 - Pinjaman Perumahan Kami Lulus

Kenderaan kecil milik aku, Motor skuter Yamaha Ego dan Kereta Produa Viva No plat pada setiap kenderaan itu mesti ada angka tujuh (7). Termasuk juga nombor telefon yang telah aku guna sejak 10 tahun yang lalu dan tidak pernah ditukar juga ada angka tujuh (7). 

Ada juga perkara-perkara yang mendukacita berlaku dalam bulan Julai. Tetapi perkara yang kurang baik dan tidak senang tidak perlulah aku ingat. Hanya yang baik-baik sahaja perlu disemadikan dalam ingatan dan hidup sementara ini.

Semuanya hanyalah kebetulan semata-semata. Wallahua'lam..



Wednesday, July 11, 2012

Esok Besday Saya 27 Tahun


Dulu setiap kali tiba hari lahir aku tak pernah terfikir tentang peningkatan umur. Tidak terfikir aku akan jadi tua, muka aku akan berubah, status aku akan berubah, dan segala-galanya akan berubah. Sejak aku sudah berkahwin tiba hari lahir aku, aku risau, aku takut, aku rasa aku tak sempat untuk menikmati apa yang aku inginkan.

Aku berharap masa tidak akan berlalu dengan pantas sebelum hari tuaku. Aku berharap aku dapat menikmati alam perkahwinan dengan kehadiran cahaya mata kami. Aku berharap aku dapat menikmati dan merasai saat kehamilan, melahirkan dan mendidik zuriat aku sendiri. Kalau boleh sekarang aku ingin berhentikan masa atau memperlahankan masa supaya aku dapat menikmati apa yang aku inginkan. Aku rasa takut sangat!!! rasa masa berlalu terlalu pantas jauh meninggalkan aku. Sedangkan harapan aku belum tercapai..aku rasa tercungap-cungap dan penat mengejar masa. Masa yang ada sekarang sangat berharga untuk aku.

Namun aku kena redha..walau macam mana cara aku mengejar masa sebelum hari tuaku..DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Tidak semua perkara yang kita impikan akan kita dapat 100%  dan tidak semua perkara yang kita impikan akan dimakbulkan olehNYA. Janganlah kita tamak sehingga ingin membolot kesemuanya dan menyalahkan takdir sekiranya tidak memilikinya.

Terima kasih YaAllah atas usia yang kau berikan, terima kasih YaAllah atas rezeki yang kau kurniakan, terima kasih YaAllah atas ujian dan dugaan yang kau berikan, terima kasih YaAllah atas segala anugerah yang kau kurniakan dan terima kasih YaAllah atas segala nikmat yang kau berikan didunia ini yang hanya pinjaman untuk kami bagi mencari keberkatan, keredhaan dan bekalan dialam yang kekal.

Selamat Hari Lahir Untuk Diriku Rosdiana Binti Hj Lias


Percutian::Lexis Port Dickson@Legend Water Chalet:: Part 2


Percutian minggu lepas yang aku janji nak sambung cerita baru hari nie berkesempatan. Alahai sibuknya aku kalahkan Dato Ali  hehe.. Cerita dah basi ok, tak per nak cerita jugak pengalaman yang best. Silalah teruja yer ahakk!!



Sampai chalet siap check in dalam jam 3 petang..perut dah lapar nasib baik kami dah pergi bungkus siap-siap nasi ayam gemas yang kami beli di Melaka. First time juga kami rasa nasi ayam gemas tapi rasanya lagi sedap nasi ayam hainan sungai udang melaka (^_^)


Lepas makan kenyang-kenyang terus kami periksa  joran dan crabnet yang kami telah sewa dari pemilik chalet...
 1 joran + umpan = RM30 satu malam
 crabnet+umpan = RM20 satu malam.


Terkejut aku bila bukak umpan untuk crabnet dia  bagi umpan kepala ayam. Aku dan en suami pelik gak ketam makan ayam ker?? Aku dah excited sangat sebab memang aku yang minta untuk sewa crabnet ni..


Suami dah kusyuk dengan jorannya sambil dibuai angin laut.


Hasilnya jeng jeng..dapat jugaklah beb dalam 4 ekor..makin excited dah en suami


Hasilnya jeng jeng uuuuwaaaaa korang tahu tak dari petang aku menangkap ketam hingga ke tengah malam. Sekok ketam pun tak sangkut. Kalau sangkut pun terlepas balik bila aku angkat naikkan keatas. Bila kira-kira mahu ada 8 ekor ketam yang aku hampir berjaya tangkap..hampir jer ok lepas tu terlepas. Memang frust betul!!! waktu air surut lebih senang tangkap ketam.


Sarapan kami waktu pagi. nasib baik ler ada beli maggie segera dan garlic bread cicah mushroom. Dapat juga alas perut.. Malas nak kua cari breakfast. So korang siap-siaplah bawa makanan dari rumah yer kalau nak sewa chalet persendirian. Makanan tidak disediakan.



Bangun seawal jam 7 pagi..padahal mata mengantok 2.45 pagi layan bola euro 2012. Sebab France dah menang jadi semangat berkobar-kobar nak sambung memancing.



 Silalah abaikan kain batik itu.. sebab frust ketam tak sangkut, aku cuba pulak pengalaman baru... macam mana nak guna joran. Sangat seronok walaupun kena menunggu dengan sabar. Seronoknya bila ikan terkena umpan melompat-lompat aku..walaupun bukan joran aku yang terkena umpan ngehngeh



Macam baru lepas berpantang pulak aku pakai macam nie =P 
Bangun tido dengan muka tak cuci lagi terus ambik joran..seronoknya memancing waktu pagi-pagi macam nie..sejuk dengan angin yang kuat.


 sampai disini saja cerita tentang percutian untuk 2nd anniversary kami. Memang tak puas rasanya sebab tak dapat bawak balik ketam huhuhuhu.. 

Wednesday, July 4, 2012

Amalan Ibadah Di Hari Nisfu Syaaban


Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. 

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amalan ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
  • Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
  • Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib
  • Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
  •  Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
  • Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
sumber : tazkirahs blog

Tuesday, July 3, 2012

Percutian::Lexis Port Dickson@Legend Water Chalet::Part 1


Percutian singkat kami ke  Grand Lexis Port Dickson @ Legend Water Chalet tak tergambar dengan kata-kata. Walaupun masa yang singkat kami laki bini rasa betul-betul release tension dan sangat seronok. Percutian juga hadiah untuk 2nd anniversary kami - 2.7.2012. Jom nikmati keindahan dan kecantikan disekitar kawasan tersebut. Sangat-sangat teruja kerana ini kali pertama kami menjejakkan kaki kesini.


Laluan untuk masuk ke chalet


 Disebelah kanan ialah Legend International Water Homes. Harganya lebih mahal.. dan ada chalet yang menyediakan privacy pool.


Ini pun kolam renang untuk Legend International Water Homes. Pelikkan aku sewa untuk Legend Water Chalet jer asal sampai kesebelah sini pulak. Ini disebabkan aku sesat nak cari bilik. Dah alang2 apalagi snap lah sebab kolam dia sangat cantik dan bersih. Aku rasa nak terjun jer dalam kolam renang tu tau!!


Belum check-in bilik  lagi aku boleh duduk bersantai kat tepi kolam ni dulu. Memandangkan tidak ada orang. Mungkin sebab hari ahad ramai yang dah check-out.


Air pasang jadi nampak betul-betul ditengah lautan

  
kena pakai bikini ok..so jangan nak berangan dapat mandi, tak pasal-pasal kang kena halau pulak. Dah ada tanda tu kat tepi kolam renang.



Laluan masuk kebilik kami sangat bersih. Lupa nak bagi tahu chalet yang kami sewa adalah milik persendirian bukan diselia oleh pihak pengurusan resort..Oleh itu, tiada perkhidmatan luggage trolley atau buggy. So paham2lah kena jalan kaki dan angkutlah beg sendiri yer..


Bilik kami Deluxe Lower Full Seaview..jadi berada dihujunglahkan..mengah jugaklah aku jalan kaki dengan bawak harta karun yang ada.


1st impression huhhhhh sangat cantik, luas, bersih dan warna yang nyaman


Tak sabar nak berendam dalam tab mandi ni..muat untuk kami laki bini yang comel ngehngeh


Boleh nampak bawah laut dari sini. Asal nak ke toilet jer aku tak pijak glasses ni..sebab perasaan macam akan jatuh dalam laut, so lalu kat tepi jer hehe kelakar la pulak ker jakun =p


 Balcony  bilik kami menghadap laut


Posing jap sangat nyaman dan tenang


Luas biliknya


Dari balcony nampak jiran sebelah..lagi privacy sebab jiran dah check-out..yabedabedu, so tak adalah malu sangatkan kami laki bini nak terkinje-kinje kat balcony ni. Memang betul-betul privacy.




Semua ada seperti tv, vcd, mini peti ais, iron, heater, sejadah, penyangkut baju, sabun mandi, syampu, tuala mandi dan ubat nyamuk (ada jugak nyamuk sesat so kena sembur dulu sebelum tidur)


 Ruang menikmati keindahan laut di pantai Port Dickson. Aku tak duduk pun atas katil ni macam mana kemasnya masa kami datang, macam ni jugaklah cantiknya masa nak check-out.

 Nak tahu apa aktiviti kami selanjutnya tunggu part 2..
to be continue
macam drama pulak (^__^)






“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)