Sunday, June 24, 2012

Resepi::Chocolate Muffin


First Time buat chocolate muffin sangat-sangat teruja sebab nak bagi suami rasa masakan dari air tangan isteri. Senang rupernya nak buat muffin ni..selama ni aku dok beli atau tempah jer kat member. Lepas ni tak payah beli kat luar boleh buat sendiri dan sangat jimat. Cara-cara membuat Chocolate Muffin yang paling simple dan rasanya macam muffin di Kenny Rogers ngehngeh :-



Bahan A :
Chocolate Muffin Mix - 500gm (ada dipasaran atau dikedai menjual bekalan kek)
3 Biji telur
Air Suam - 113gm



Masukkan semua Bahan A dan putar selama 1 minit dengan kelajuan yang rendah. Kemudian baru putar selama 4 minit atau kita sendiri boleh lihat adunan sudah sebati dengan kesemua campuran tadi.

pic from google

Bahan B :
Minyak Jagung - 140gm

Akhir sekali masukkan Bahan B dan putar dengan kelajuan yang rendah selama 1 minit sehingga adunan sebati.


Adunan yang telah sebati dan siap untuk dimasukkan kedalam bekas.


Masukkan dalam acuan separuh dari bekas kerana muffin tadi akan naik mengembang . Nak nampak lebih menarik bolehlah tabur chocolate rice atau chocolate chips untuk lagi sedap.
Kemudian bakar dalam suhu 200c selama 30 minit.


Chocolate Muffin sedia untuk dimakan .

p/s: disebabkan percubaan yang pertama jadi buat separuh jer. Kalau satu kampit tu boleh dapat dalam 45 biji mengikut saiz bekas. Bahan-bahan pun separuh dibahagiakan 2. Kalau yang dah otai tu tak payah tengok resepi  tutup mata pun boleh buat. Kalau pada yang baru nak belajar macam aku bolehlah mengikut resepi nie. InsyaAllah memang menjadi. 
Selamat Mencuba dan Menjamu selera!!!

Monday, June 18, 2012

Tak Ada Tajuk


Awal bulan 6 hari tu pergi klinik selepas balik dari berkursus selama 3 hari. Gara-gara aku sakit ketika buang air kecil dan urin bercampur sedikit darah. Ingat nak period, kejap-kejap rasa nak ke tandas, selepas tu rasa macam tak puas dan rasa risau sebab first time kena macam nie. Sampai ke klinik aku pun bagilah tahu apa masalah aku..Ayat pertama doctor cakap awak preggy ker?? Aku pun terkedu jugak dalam hati kalaulah betul syukur alhamdullillah..

Bila scan tak ada masalah apa, buah pinggang berfungsi dengan baik. Doctor cakap mungkin awak kena kencing kotor...Banyak punca disebabkan kencing kotor antaranya:-

  1. Suami isteri bersama
  2. Kurang minum air masak
  3. Berkongsi tandas awam yang kotor
  4. Keputihan
Kemudian doctor mulalah membuka kitabnya biasanya orang preggy mudah kena  kencing kotor. bla .. bla.. bla...panjang lebar ceritanya..bagus doctor nie bagi motivasi dan ilmu percuma pada pesakit.  Aku pun dengan tak payah disuruh berceritalah pada doctor apa masalah aku.  Lepas tu terus dia suggest aku ubat pil kesuburan. Aku cakap aku dah makan untuk 3 bulan last bulan 12/2011  hari tu. Doctor cakap ubat yang klinik dia bagi ada satu pil subur tambahan tak ingat plak apa nama ubatnya, selain dari clomid. Lupa plak nak bagi tahu ini bukan klinik yang aku pergi buat rawatan. Kira klinik ni first time masuk sebab ada tulis Klinik Pakar Ehsan & Siti. Lagi pun masa tu dah rasa sakit sangat bila buang air kecil jadi pergi klinik yang dekat jer.

Mula-mula macam tak nak ambil pil subur tu, sebab macam-macam negatif yang aku dengar kesan ambil pil kesuburan dalam jangka masa yang panjang. Lepas tu doctor tu cakap cubalah ambil ubat dia untuk sebulan dulu. Bila dah period call saya, saya akan bagi tahu masa untuk makan pil tersebut. Klinik pakar sebelum nie yang aku pergi suruh makan pil subur hari ke dua period hingga 5 hari. 2 biji 1 hari makan -50g (clomid sahaja). Doctor yang baru ni pulak hari ke lima sehingga 5 hari. 3 biji 1 hari makan - 50g (clomid) + pil subur warna coklat (1 biji 1 hari). Lain doctor mungkin lain caranya.

Hari ni hari terakhir makan pil kesuburan lega rasanya. Dah 5 hari sejak makan pil subur nie kesannya aku rasa pening sampai migrain.  Badan lemah balik kerja terus nak tidor, rasa mual-mual macam nak muntah tapi tak keluar. Simpton macam orang preggy pulak. Dulu masa makan pil kesuburan tak ada pulak macam nie rasa pening sikit tu adalah. Tetibe bincang dengan suami petang tadi.. meluahkan rasa hati, sepatutnya kita kena teruskan rawatan pada satu doctor.. sebab kadang2 doctor tak tahu apa masalah kita dari awal. Baru tersedar pulak.

Freenya aku malam nie..tulis blog macam tulis karangan sekolah. Patutlah SPM aku bahasa melayu  A1 . Karangan sentiasa dapat terbaik ngehngeh. Saja menulis supaya cepat ngantok dan cepat aku tidor. Cukuplah sampai disini saja coretan dan keluhan hatiku.

Selamat Malam~~Bye..Bye..



Thursday, June 14, 2012

Dulu si isteri teruja, ni dah terbalik pulak??


Dari tahun lepas aku dah teruja nak beli rumah..survey rumah sorang2, telefon pemaju sana, telefon pemaju sini..tak cukup telefon jumpa pemaju yang datang office tanya lagi.. last2 semua rumah yang aku survey tak jadi nak beli. Sebab si suami tak support langsung dalam erti kata lain memang tak berminat langsung nak beli. Aku teruja dan syok sendiri. Last2 aku pun berputus asa nak cari.

Awal tahun hari tu tak ada angin tak ada ribut si suami kata nak beli rumah belakang tesco di Cheng, Melaka. Tak ker tergamam kau dengar.. dari tahun lepas aku dok sibuk survey pergi rumah contoh dah nak hampir 5 buah rumah contoh aku masuk semua tak berkenan..ni rumah yang belum siap si suami berkenan..kau tak heran??

Bulan lepas si suami bagi aku RM500.00 suruh aku pergi bayar deposit rumah.. aku tak bayar pun sebab pemajunya aku kenal hehehe jadi aku joli separuh duit yang si suami bagi bukan beli apa pun belanja suami makan tempat mahal. Pada hal duit dia..aku cakap aku belanja..ya ampun bang (^_^)

Bulan nie jer dah masuk 2 kali pergi tapak pembinaan tengok rumah yang baru nak naik.. heran aku.. Faktor utama si suami nak beli rumah kat situ tak ada sebab lain kerana lokasi betul-betul tengah Bandar Cheng. Tepi lebuh raya, belakang tesco, penuh dengan kedai yang bakal naik, jalan yang sesak, dekat giler dengan mcd, dominos pizza, semua perkhidmatan ada seperti klinik, perabot, dobi, kedai makan banyak, semuanya hanya berapa saat jer dari rumah. Rumah yang dekat dengan semua ni yang si suami nak upernyer!!!!!!! tak ker kau rasa hiruk pikuk.

Hari ni pulak lagi pelik.. balik keje ni kita terus pergi jumpa orang public bank ek. Aku heran nak buat apa? Nak kata buat loan rumah.. loan rumah kan dah proceed nak hampir settle dah. Sampai jer kat old town whitte coffee order 2 cawan white coffee dan garlic bread.  Lepas tu datang sorang amoi manyak cantik dan seksi perkenalkan diri bagi name card. Upernya si suami dah call orang public bank tu tanya pasal housing loan..public bank tengah buat promotion until end of this month. Aku rasa nak jerit jer dgn si suami.. patut sebelum apply gov loan lah pergi survey loan swasta. Ni dah nak settle baru survey..memang betul si suami dah teruja aku rasa.huhhhhhh!!!!!

Cerita punya cerita package yang public bank bagi memang murah boleh pinjam sehingga 90% daripada harga rumah..tapi syaratnya pinjaman kena 150 ribu keatas lepas tu boleh ikat sehingga 40 tahun panjangnya sampai aku pencen pun tak abis bayar lagi. Gov loan yang aku buat pulak boleh ikat sampai 30 tahun jer pinjaman pulak terhad mengikut kadar kelayakkan. Downpayment yang aku kena bayar kalau guna gov loan hampir 35 ribu banyak woooooo. Semput kami laki bini nak cari duit. Lepas tu otw nak balik rumah kami laki bini pum pang pum pang dalam kete. Rasa macam tak sempat nak proceed pinjaman swasta, lagipun gov loan dah nak settle, kalau aku cancell gov loan, mesti kena marah dengan pemaju sebab kena siapkan semula dokumen baru untuk apply semula. Anggap jerlah tak ada rezeki dan pilihan yang pertama itu selalunya adalah lebih baik.

p/s: memang bertuah punya suami..makin hari makin susah untuk memahamimu sayang (^_^)

Monday, June 11, 2012

Harapanku Tidak Perlu Lagi Ubat/Suntikan Untuk Senggugut

Assalammualaikum Semua,

Alhamdulillah bertemu kita lagi disini dan bersyukur masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dimuka bumi yang hanya pinjaman untuk kita semua.

N3 baru untuk bulan Jun 2012..sepi blog ni tanpa pengunjung (^_^) mana tak nyer aku malas nak updated!!! Jom baca cikit n3 baru aku.. Ceritanya aku  gembira dan seronok sangat-sangat.. ape kehe pulakkan bunyi macam dapat bonus besar.. Aku pun insan biasa jugak yang patut untuk rasa gembira dan seronok untuk diri sendiri walaupun sedikit. Selalunya kalau bulan mengambang aku akan nangis sepuas2nya sebab misi aku dan suami failed!! Tapi bulan nie, semalam bulan mengambang aku sedih tapi sangat gembira & seronok sebab buat kali pertamanya aku tak perlukan ubat lagi atau apa-apa suntikan untuk diambil. Itu satu petanda yang baik alhamdullillah syukur sangat-sangat.

Ini bermakna senggugut aku dah makin pulih..hampir 13 tahun aku menderita sakit senggugut ni.. kadang2 sampai terbaring, terlentang, tergolek, melalak, melolong-lolong jangan cakaplah, ambil injection, makan pil killer, ambil pil doctor lagi huhhhhhh apa saja aku makan untuk hilangkan senggugut. Tahap mana senggugut aku? aku kategorikan tahap dah teruk sampai pengsan kau!! Orang kata salah satu faktor aku susah nak pregnant sebab aku senggugut yang kuat. Jadi misi aku kena hilangkan senggugut dulu. Aku dah semangat semula teruskan misi dan perjuangan aku hingga berhasil. Jalan dah ada cuma aku kena usaha lebih jer sikit.

Makin banyak perubahan pada diri aku terutamanya dari segi kesihatan.. misi aku seterusnya hindari air batu!!! boleh ker ni..dah la musim panas mana boleh kalau tak minum ais yang sejuk.. Kena lawan jugak doakan untuk aku kawan2 semoga impian aku dan suami untuk mendapat zuriat tahun ini akan tercapai.. Jatuh dan bangun semula memang lumrah dalam kehidupan begitu juga dengan "semangat". Hari ini 11 Jun 2012 Semangat aku bangkit semula 100%. Dan semoga semangat serta usaha aku akan kekal 100% hingga ke akhir misi kami. Kami hanya merancang Tuhan yang menentukan InsyaAllah..

"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, 
melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri." 
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)