Sunday, May 6, 2012

Deting Berdua Lagi


Melaka jammed malam tadi aku dan suami turut terlibat kesesakan hampir 30 minit untuk keluar dari bandar. Tak sangka pulak wesak day akan disambut bermula dari jalan Kota Laksamana. Kunun-kunun kami laki bini nak dinner di Asam Pedas Kota Laksamana, lepas makan pulak nak pergi ke Taman Rempah suami kate nak naik river cruise.. nama jer orang Melaka tapi suami tak pernah naik.. nak tergelak aku. Otw nak kesana jalan memang sesak..last2 suami pusing pergi ke Pirate Park jer semata-mata elak jammed.


Tak dapat naik river cruise naik la benda alah ni.. baru jer lepas makan rasa nak termuntah balik aku. Walaupun tak setinggi dan selaju kat genting, tapi boleh tahanlah sampai perut rasa sebu. Tiket berharga RM5.00 seorang.




Tak puas beli lagi 2 tiket berharga RM5.00 juga seorang untuk naik buaian pusing ni.




Dua kali dia pusing..cantik sangat Melaka nie rupanya bila tengok pemandangan dari tempat yang tinggi. Patutlah Melaka terkenal negeri pelancongan.


Tak ada sapa nak ambikkan gambar kami sebab deting berdua jerkan.


Menikmati pemandangan ker atau keciwa tak dapat naik river cruise ngehngeh 



Sebenarnya tempat nie pemandangannya sangat cantik. Tapi disebabkan aku terlupa nak bawak camera yang canggih sikit. HP camera aku tak canggih jadi semua gambar nampak gelap. Jadi upload cikit jerlah buat tatapan  (^_^)

2 comments:

cinta03 said...

bukan ker nie baju yang kita beli itu hari..asal tak pakai jeket tue....lagi ngancam...

RosDiana said...

kluar waktu malam tak sesuai nak pakai jacket tu sejuk lah hehehe

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)