Wednesday, May 16, 2012

Derita rupernya sakit telinga nie..


Sakit telinga ? jarang rasanya orang mengidapinya..aku rasa last aku kena sakit telinga setahun yang lepas. Ni dah masuk 3 hari telinga aku sakit dan makin berdenyut-denyut.

Sakit telinga disebabkan banyak faktor masuk air,ulat  atau jangkitan kulat yang menyebabkan nanah. Hari isnin hari tu dah tak tahan terus pergi klinik swasta ambik ubat. Siap kena marah dengan doctor sebab telinga aku dah bengkak kemerahan menyebabkan ruang salur telinga menjadi sempit dan sebab tu rasa sebu atau kurang pendengaran.

Habit yang susah aku nak tinggalkan..lepas mandi mesti korek telinga..bila gatal sikit jer mesti nak korek sampailah kadang2 aku guna pin yang khas untuk korek telinga.Huuuhhhh bahayakan tapi bila dah gatal memang kusyuk la aku mengoreknya sampai tak hengat hokey!! bila dah pedih hilang gatal baru stop!!

Aku nak bagi tahu aku tengah derita sangat-sangat nie akibat sakit telinga. Buat keje pun tak kusyuk sebab pendengaran jadi sebu, otak rasa berdengung, rahang gigi rasa sakit dan selsema. En suami cakap kalau tak baik seminggu nie terus bawak pergi pakar sediakan duit jerlah nampaknya. Klinik swasta biasa hanya boleh bagi antibiotik, ubat titis, ubat hilang bengkak dan kurangkan sakit saja. 

Aku tanya doctor serius tak sakit telinga aku nie..tahu apa doctor jawab jangan risau tak bawa maut pun.. (pandai doc bergurau) uuuuuwwaaa memanglah tak bawa maut tapi boleh menyebabkan hilang pendengaran!! takut aku cegah sebelum terlambat!

12 comments:

♥ Cmª shIemª ♥ said...

sakit telinga? sbb ape? kerap garu ye?
rajin2 titik ubat tu bagi luka kering tau..insyaallah..semoga cepat sembuh..

cma pun ade mslh ngan telinga..bukan sakit..tp berdengung je...kurang pendengaran sblh kiri..mak kata mungkin sbb panas..cuaca x menetu kut..

take care tau!

cinta03 said...

aiiii....ko nie..korek ler benda lain..nie telinga tue juga yang ko kusyok sgt...hihihi..kan dah sakit!!!

RosDiana said...

chima : kerap korek sebab tu jadi mcm nie sampai membengkak..

RosDiana said...

cinta03 : sakit woooo dah benda tu yg kusyuk nak korek hehehe

armouris said...

terjumpa info ni, pasal korek telinga… sharing is caring :) - Bahaya Korek Telinga

MizaShoppe said...

huhu..sy ni penakot dgn klinik,doc,spital..google pasal sakit telinga...heee...rasa mcm berani skit nk g jmpa doc..dah xtahn sakit ni..
by da way...salam perkenalan sis..hehe

RosDiana said...

miza : sakit telinga buat kita derita.. banyak kali pergi klinik biasa tak baik2..pergi klinik pakar sekali jer..terus baik sampai skang..

Anonymous said...

Berapa kos nye ek nak gi klinik pakar telinga ni?mesti agak mahal kan..

RosDiana said...

dalam rm180..alhamdulillah sampai sekarang telinga dah tak ada masalah..(^_^)

Anonymous said...

Assalamualaikum. Boleh saya tau puan dapat rawatan pakar utk telinga di mana? Telinga saya dah beberapa hari berdenyut-denyut.

Faedah Jaya said...

After looking over a few of the blog articles on your web page, I truly like your way of blogging. I saved it to my bookmark site list and will be checking back in the near future. Please check out my web situs as well and let me know what you think.

Lalat Hijau said...

Awk ni sakit telinga disebabkan dari sakit gigi ke.?

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)