Sunday, May 6, 2012

Buah Zuriat



Kalau dah nama mak..mak mana yang tak risau, mak mana yang tak sedih bila tengok anak bersedih jer. Walaupun mak mentua tetap berperasaan macam tu terhadap menantu. Sekarang apa sahaja orang disekeliling aku suruh buat, suruh makan, semua aku buat, semua aku makan untuk dapatkan zuriat. Minggu lepas makngah sebelah suami baru pulang dari umrah belikan aku buah zuriat dan air zam-zam. Aku dah macam tak ada perasaan atau aku dah hilang semangat. Aku ambik dan biarkan jer tak buat apa2 seminggu tu. Lepas tu mak dan ayah mentua mintak buah tu pagi tadi  tolong kopek dan rebus untuk aku. Aku sedih sangat tak tahu perasaan apa. Sedih sebab tak menghargai apa yang orang sekeliling cuba bantu aku.

Aku bersyukur yaAllah mak dan ayah mentua tidak pernah mendesak aku.. mereka terlalu baik seperti abah dan mak aku. Semoga kau sentiasa merahmati kedua2 ayah dan ibuku. Berikanlah mereka kesejahteraan didunia dan diakhirat. Jasa mereka tidak mampu aku membalasnya. Tunaikanlah segala permintaan yang mereka hajati yaAllah.

Kalau mereka disekelilingku sangat mengambil berat dan berusaha untuk aku, bermakna mereka sangat menyayangi aku dan sentiasa memberikan harapan kepada aku. Mengapa aku harus cepat mengalah?mengapa aku harus cepat berputus asa? Sedangkan mereka tidak pernah mengeluh, berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk aku. Berikanlah aku kekuatan yaAllah sekurang2nya aku tidak membuatkan mereka risau terhadap aku.

p/s: mak ayah terima kasih..hari ni rasa terharu sangat-sangat.

9 comments:

yana halim said...

Belum rezeki lagi tu. sabarlah.. :)

Mooniqueen said...

Dear, sabar n Doa byk2... Ramai lagi orang yang Dah kahwin tak dpt anak... Honeymoon puas2 dulu k..

RosDiana said...

kak yana:tq(^_^)
moon:rasa dah puas hidup berdua dear..mungkin doa belum cukup untuk diterimaNYA.

Ez@ti said...

Ada tu nnt rezeki korang.. yg penting jgn putus asa.. teruskan usaha...

RosDiana said...

mekasih otai..luv u

Lily@MamaZaraZareef said...

Salam kenal..semoga ada rezeki satu hari nanti ..insyaAllah..jgn berputus asa doa dan usaha k..:-)

RosDiana said...

salam kenal juga..terima kasih lily

mama maman aka yana said...

jika terlalu nak sgt pun susah gak nak dpt.. just slow n steady.. insyaallah ada la tuh...:)

RosDiana said...

mama yana : ramai jugak yg cakap mcm tu..tapi perasaan tu susahnya nak buang sentiasa ada dan sentiasa memikirkan =( akan juba slow n steady =)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)