Sunday, May 6, 2012

Akhirnya kami beralih arah



Minggu ini saat-saat terakhir kami laki bini menggunakan service maxis..kami dah pun sepakat untuk beralih arah kepada celcom.. Sedih sebab sudah terlalu lama setia bersama maxis iaitu sejak 2002 hingga 2009 menggunakan prepaid dan 2010 hingga 2012 menggunakan postpaid aku mahupun suami tidak pernah menggunakan service lain.


Namun kami akur sejak menggunakan postpaid bil kami tak pernah kurang dari RM200 Dan paling mengecewakan maxis cuba menipu kami dengan cara-cara yang tersembunyi. Kerana terlalu percaya kami rasa tertipu dan makin menyampah dengan maxis. Alasan yang diberikan oleh maxis:-


1. Bil kami tinggi kerana en suami menggunakan telefon smartfon
2. Bil kami tinggi kerana penggunaan internet walaupun dah subscript
3. Bil kami tinggi kerana terlalu banyak panggilan yang dibuat dan akhirnya limit kredit kami dinaikkan    
    tanpa kebenaran dari kami. Sepatutnya RM300 dinaikkan RM400. Tidak adil bagi kami tanpa diberitahu 
    terlebih dahulu. 


Kesilapan dan kelalaian kami pula kami hanya guna  telefon tanpa memeriksa bil sehinggalah telefon kami laki bini dikenakan bar, baru kami akan membuat pembayaran dan tidak perasan kredit limit kami dinaikkan RM400 tanpa pengetahuan kami.


Bayaran terakhir kami untukmu MAXIS:-




Bila tanya pendapat rakan-rakan yang lain ramai menggunakan service celcom lebih murah dan jimat. Motif kami bertukar kepada celcom juga untuk menjimatkan perbelanjaan kewangan kami yang semakin lama semakin tinggi. Selepas ini juga kami kena berwaspada dan sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya lebih berjimat cermat. Walaubagaimanapun kami laki bini tetap mengunakan nombor yang sama.. sayang dah 10 tahun guna nombor ini.
Welcome celcom :-



6 comments:

Mooniqueen said...

Welcome to the club..dulu pun saya pakai maxis ni..bil melampau2.. Terus convert to celcom..

RosDiana said...

ramai yang sependapat maxis mahal.. so cuba guna celcom pulak nak tengok beraloi2 tak..

Ez@ti said...

wakakaka... aku pun guna celcom family plan.. 5+1.. better than maxis...

RosDiana said...

otai dulu pun kau guna maxiskan.. sama2lah kita kayakan celcom pulak

Ez@ti said...

iyer la aku dulu setia jugak dgn maxis..dr prepaid ke postpaid tp mmg sakit hati sbb bil slalu melambung.. aku beralih arah ke celcom.. no yg sama convert line je...

RosDiana said...

selepas guna celcom bil ok? tak adalah melambung2 lagi mcm dulu..

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)