Saturday, April 21, 2012

Susu Kambing + Kurma::Nazirah Hamil



Semalam adalah detik paling bahagia buat juara Raja Lawak 2, Nabil apabila isterinya Nazirah Ayub telah disahkan hamil lima minggu dan dijangka melahirkan bayi sulung mereka pada Disember tahun ini.

Gembira dengan perkhabaran itu selepas berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga lebih enam bulan lalu, Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu ghairah sebaliknya berharap agar kandungan itu berada dalam keadaan selamat sehingga dilahirkan kelak.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Nabil berkata dia amat bersyukur apabila permintaannya untuk dikurniakan cahaya mata telah dimakbulkan Tuhan.

"Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berbaloi. Banyak juga cara yang telah kami lakukan bersama dan saya juga banyak membaca blog dan mendapatkan nasihat daripada ustaz bagi membolehkan impian kami suami isteri tercapai.

"Akhirnya kami telah dipertemukan dengan petua mujarab iaitu dengan mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma setiap hari yang telah saya dan isteri amalkan sejak beberapa bulan lalu," katanya berkongsi petua.

Kerana mahu kesan yang mujarab, Nabil telah membeli 100 botol susu kambing asli dari Kedah untuk diminumnya setiap hari bersama-sama buah kurma dengan disusuli bacaan selawat Nabi setiap kali sebelum minum.

Bukan saja lazat, tapi kata Nabil khasiat minuman berkenaan telah membantu dia serta isteri untuk sentiasa bersama dan akhirnya memberi keputusan yang cukup berkesan.

"Buah kurma akan saya genggam dan berselawat Nabi sebanyak tiga kali. Kemudian buah kurma tadi saya kisar dan campurkan ke dalam air susu kambing. Kalau ikutkan, saya perlu minum sekali saja dalam sehari tetapi kerana rasanya lazat, saya minumnya lebih kerap.

"Saya percaya, amalan meminum susu kambing ini telah banyak diamalkan ramai pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat dan Alhamdulillah ianya berkesan kepada saya," katanya tanpa berselindung.

Sedar bahawa kandungan isterinya itu masih diperingkat awal, jadi kata Nabil dia akan memastikan isterinya tidak melakukan kerja berat supaya bayinya itu nanti berada dalam keadaan sihat terutama dalam tempoh dua bulan pertama.

Malah, perancangan bersama isterinya untuk berbulan madu di luar negara pada Mei ini terpaksa dibatalkan sebaliknya hanya akan bercuti dengan mengunjungi beberapa destinasi hebat di dalam negara sebagai ganti.

"Terus terang, saya tak kisah jika bayi yang akan lahir itu nanti lelaki atau perempuan dan saya tak mahu terlalu ghairah kerana sembilan bulan adalah tempoh yang lama.

"Kita tak tahu apa akan terjadi dalam tempoh itu. Tapi sama-samalah kita doakan agar semuanya ok.

"InsyaAllah saya akan mengadakan majlis doa selamat dalam tempoh terdekat di Klang dan saya juga akan mengurangkan aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada isteri apabila dekat tempoh kelahiran itu nanti.


sumber:murai.com


p/s: susahnya nak cari susu kambing segar di Melaka. Higoat yang dijual dipasaran sangat mahal 15 sachet jer rm30.00 .. "Bersusah-susah dahulu..untuk ganjaran kemudian hari"

3 comments:

Annur said...

amcam ko amalkan jugak x susu kambing+kurma? aku pun dah amalkan.. aku tak minum tiap2 hari cm nabil.. baru 2x buat..

RosDiana said...

belum pernah minum lagi susu kambing yang original..higoat adalah..susah nak dapat yg ori.. cubalah kita sama2 amalkan..insyaAllah

Suana Zhar said...

promosi harga awal tahun susu kambing ha-goat.
http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/promosi-harga-susu-kambing-hi-goat.html

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)