Monday, April 30, 2012

Semakin Malas Memasak??



Aku sangat rajin kedapur (puji diri sendiri).. lebih-lebih lagi aku tinggal dengan mentua..jadi memang tak ada alasan untuk mengelak dari memasak. Letih macam mana pun balik dari kerja tanpa menyalin baju dan terus menyenseng lengan  untuk mula memasak. Sedangkan ketika itu hanya tuhan saja yang tahu betapa penat dan malasnya aku..(cuba tunjukkan seorang menantu yang rajin). Bila memikirkan memang sudah tanggungjawab dan kewajipan aku sebagai seorang isteri dan menantu aku harus belajar walaupun aku tak tahu memasak ini kerana aku sangat jarang kedapur diusia sebelum berkawin.


Mungkin sebelum berkahwin aku sudah terbiasa dengan cara hidup aku.. balik sekolah terus angkat tudung saji dan makan. Begitu juga bila aku dah mula bekerja balik kerja mak dah siap-siap hidang lauk atas meja tunggu aku bedal jer.. tanpa bagi peluang pada aku untuk memasak..(bukan salahkan mak) dalam hati aku bersyukur sangat-sangat. Kadang-kadang tak sempat pun tukar baju atau mandi..ambil makanan terus makan depan tv. Bukan aku tak pernah menolong mak didapur tapi setakat potong-potong, balik-balikkan ikan, godak-godak kuah dan mesin apa-apa yang patut.


Aku belajar memasak sejak kawin dan sejak tinggal dengan mentua.. kadang-kadang keadaan terpaksa membuatkan aku tahu memasak walaupun termasin, terpahit atau ter apa sekalipun. Internet sumber utama aku. Dirumah mentua en suami ada pasang 'wifi' jadi senang aku boleh godek untuk cari resipi tanpa pengetahuan  ibu mentuaku. Selalunya aku akan buat kerja-kerja mulia ini dalam bilik 'line clear'. Bila ibu mertua memasak aku akan memerhati apa bahan yang digunakan. Sampai sekarang kalau ibu mentua memasak aku tidak pernah bertanya bahan apa yang digunakan. Macam mana nak masak itu ini. Aku belajar senyap-senyap. Mungkin itu cara aku.. bukan berlagak ok!!



Sejak seminggu kebelakangan nie.. aku agak pemalas untuk kedapur.. seriusly memang malas tahap melampau. Kalau dulu malas atau penat aku tetap kedapur memasak walaupun ibu mertua ada. Tapi dah beberapa hari nie aku balik dari kerja terus masuk bilik baring sampai azan magrib baru bangun. Mungkin terlalu banyak kerja di office atau banyak memikir sehingga badan dan tenaga aku sangat lemah. Kalau mula-mula dulu aku rasa malu kalau tak tolong kedapur..tapi sekarang macam dah tak kesah (dah berubah ker aku??) en suami kadang-kadang faham..tapi kalau malas aku nie dah berlarutan hingga seminggu adakah mak mentua aku akan rasa aku dah semakin berubah!! Waktu-waktu macam nielah kadang-kadang betul cakap kawan-kawan kena duduk rumah sendiri baru rasa nikmatnya. 


No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)