Monday, April 30, 2012

Semakin Malas Memasak??



Aku sangat rajin kedapur (puji diri sendiri).. lebih-lebih lagi aku tinggal dengan mentua..jadi memang tak ada alasan untuk mengelak dari memasak. Letih macam mana pun balik dari kerja tanpa menyalin baju dan terus menyenseng lengan  untuk mula memasak. Sedangkan ketika itu hanya tuhan saja yang tahu betapa penat dan malasnya aku..(cuba tunjukkan seorang menantu yang rajin). Bila memikirkan memang sudah tanggungjawab dan kewajipan aku sebagai seorang isteri dan menantu aku harus belajar walaupun aku tak tahu memasak ini kerana aku sangat jarang kedapur diusia sebelum berkawin.


Mungkin sebelum berkahwin aku sudah terbiasa dengan cara hidup aku.. balik sekolah terus angkat tudung saji dan makan. Begitu juga bila aku dah mula bekerja balik kerja mak dah siap-siap hidang lauk atas meja tunggu aku bedal jer.. tanpa bagi peluang pada aku untuk memasak..(bukan salahkan mak) dalam hati aku bersyukur sangat-sangat. Kadang-kadang tak sempat pun tukar baju atau mandi..ambil makanan terus makan depan tv. Bukan aku tak pernah menolong mak didapur tapi setakat potong-potong, balik-balikkan ikan, godak-godak kuah dan mesin apa-apa yang patut.


Aku belajar memasak sejak kawin dan sejak tinggal dengan mentua.. kadang-kadang keadaan terpaksa membuatkan aku tahu memasak walaupun termasin, terpahit atau ter apa sekalipun. Internet sumber utama aku. Dirumah mentua en suami ada pasang 'wifi' jadi senang aku boleh godek untuk cari resipi tanpa pengetahuan  ibu mentuaku. Selalunya aku akan buat kerja-kerja mulia ini dalam bilik 'line clear'. Bila ibu mertua memasak aku akan memerhati apa bahan yang digunakan. Sampai sekarang kalau ibu mentua memasak aku tidak pernah bertanya bahan apa yang digunakan. Macam mana nak masak itu ini. Aku belajar senyap-senyap. Mungkin itu cara aku.. bukan berlagak ok!!



Sejak seminggu kebelakangan nie.. aku agak pemalas untuk kedapur.. seriusly memang malas tahap melampau. Kalau dulu malas atau penat aku tetap kedapur memasak walaupun ibu mertua ada. Tapi dah beberapa hari nie aku balik dari kerja terus masuk bilik baring sampai azan magrib baru bangun. Mungkin terlalu banyak kerja di office atau banyak memikir sehingga badan dan tenaga aku sangat lemah. Kalau mula-mula dulu aku rasa malu kalau tak tolong kedapur..tapi sekarang macam dah tak kesah (dah berubah ker aku??) en suami kadang-kadang faham..tapi kalau malas aku nie dah berlarutan hingga seminggu adakah mak mentua aku akan rasa aku dah semakin berubah!! Waktu-waktu macam nielah kadang-kadang betul cakap kawan-kawan kena duduk rumah sendiri baru rasa nikmatnya. 


Saturday, April 21, 2012

Susu Kambing + Kurma::Nazirah Hamil



Semalam adalah detik paling bahagia buat juara Raja Lawak 2, Nabil apabila isterinya Nazirah Ayub telah disahkan hamil lima minggu dan dijangka melahirkan bayi sulung mereka pada Disember tahun ini.

Gembira dengan perkhabaran itu selepas berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga lebih enam bulan lalu, Nabil bagaimanapun tidak mahu terlalu ghairah sebaliknya berharap agar kandungan itu berada dalam keadaan selamat sehingga dilahirkan kelak.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Nabil berkata dia amat bersyukur apabila permintaannya untuk dikurniakan cahaya mata telah dimakbulkan Tuhan.

"Alhamdulillah, akhirnya usaha kami berbaloi. Banyak juga cara yang telah kami lakukan bersama dan saya juga banyak membaca blog dan mendapatkan nasihat daripada ustaz bagi membolehkan impian kami suami isteri tercapai.

"Akhirnya kami telah dipertemukan dengan petua mujarab iaitu dengan mengamalkan minum susu kambing dan buah kurma setiap hari yang telah saya dan isteri amalkan sejak beberapa bulan lalu," katanya berkongsi petua.

Kerana mahu kesan yang mujarab, Nabil telah membeli 100 botol susu kambing asli dari Kedah untuk diminumnya setiap hari bersama-sama buah kurma dengan disusuli bacaan selawat Nabi setiap kali sebelum minum.

Bukan saja lazat, tapi kata Nabil khasiat minuman berkenaan telah membantu dia serta isteri untuk sentiasa bersama dan akhirnya memberi keputusan yang cukup berkesan.

"Buah kurma akan saya genggam dan berselawat Nabi sebanyak tiga kali. Kemudian buah kurma tadi saya kisar dan campurkan ke dalam air susu kambing. Kalau ikutkan, saya perlu minum sekali saja dalam sehari tetapi kerana rasanya lazat, saya minumnya lebih kerap.

"Saya percaya, amalan meminum susu kambing ini telah banyak diamalkan ramai pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan zuriat dan Alhamdulillah ianya berkesan kepada saya," katanya tanpa berselindung.

Sedar bahawa kandungan isterinya itu masih diperingkat awal, jadi kata Nabil dia akan memastikan isterinya tidak melakukan kerja berat supaya bayinya itu nanti berada dalam keadaan sihat terutama dalam tempoh dua bulan pertama.

Malah, perancangan bersama isterinya untuk berbulan madu di luar negara pada Mei ini terpaksa dibatalkan sebaliknya hanya akan bercuti dengan mengunjungi beberapa destinasi hebat di dalam negara sebagai ganti.

"Terus terang, saya tak kisah jika bayi yang akan lahir itu nanti lelaki atau perempuan dan saya tak mahu terlalu ghairah kerana sembilan bulan adalah tempoh yang lama.

"Kita tak tahu apa akan terjadi dalam tempoh itu. Tapi sama-samalah kita doakan agar semuanya ok.

"InsyaAllah saya akan mengadakan majlis doa selamat dalam tempoh terdekat di Klang dan saya juga akan mengurangkan aktiviti seni untuk memberi tumpuan kepada isteri apabila dekat tempoh kelahiran itu nanti.


sumber:murai.com


p/s: susahnya nak cari susu kambing segar di Melaka. Higoat yang dijual dipasaran sangat mahal 15 sachet jer rm30.00 .. "Bersusah-susah dahulu..untuk ganjaran kemudian hari"

New Background!!!

Kawan-kawan masih lagi blog and owner yang sama cuma Blog Kasihku Abadi already change new background.. kenapa dah bosan ker dengan background yang lama?? eehhhh.... tak lah saja nak tukar mood berblogging ngehngeh~~ sekurang-kurangnya bila berwajah baru semangat pun baru.. yeke??//##%&?? (^_^)
  

Ini background lama ..suka sangat cute n simple


Background baru pula nampak lebih segar

Both of background masih lagi menggunakan http://www.miminicolebackgrounds.blogspot.com   Thank you so much mimi i really love it and it is so cute!!!

Thursday, April 12, 2012

Wow!! Suamiku Berimej Baru

Dah plan nak holiday hujung bulan 4 nie.. lain plak jadinya bila en suami dah berkenan pada sesuatu yang baru..kumpul duit baliklah nampaknya (~_~)


Kotak dan isi kamu yang cantik, buat suami terpikat dan jatuh hati terus membelimu. 


Yang lama dah nampak kusam dan old fashion..lagipun kerana warnamu putih dan susah untuk dijaga kata en suami.


Lalu jatuh hati pada yang baru dan nampak lebih segar dengan design yang simple beserta dengan lens yang gelap.


Adakah sesuai dengan imej baru en suami??
Adakah akan nampak en suami lebih tua??
Adakah akan nampak en suami lebih handsome??
Adakah akan nampak en suami lebih berkerjaya??
Jom kita tengok
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


kacaknya heeiiiiiiiii Asraff Muslim lah!!!
Bukan suami saya .. belum ada lagi gambar imej baru en suami (^_^) 

Kalau ke Melaka Jangan Lupa Singgah ke Gerai "35"

Location  : G-22, Jalan PM 5, Mahkota, 75000 Melaka (Bersebelahan dengan Mahkota Parade Melaka)                                                              
Open        : 12.00pm - 5.00pm
Close       : on Friday

Nak cerita ada tempat makan yang best sangat kat Melaka. Pada sesiapa yang tekaknya memang selera kampung macam aku bolehlah singgah ke gerai 35 yang terletak betul-betul di Bandar Melaka. Walaupun aku orang Melaka tapi jarang singgah untuk makan kat sini. Sekali sekala kalau dah terasa sangat nak makan baru datang. Memang berbaloi datang sini makan dengan keluarga harganya berpatutan dengan rasa yang dihidangkan. Memang tak rugipun kawan-kawan..


Semalam en suami bawak aku pergi makan kat sini..tu pun disebabkan dari malam sampai ke tengahari semalam aku tak makan sebab boikot.. diri sendiri yang merana huhhhh!! So apalagi sampai je terus aku order makanan peberet aku yang aku rasa dah 2 bulan lepas aku mintak tolong bawak tapi tak bawak2. Dah macam ibu mengandung ngidam itu ngidam ini ngehngeh.



Ikan jenak masak asam pedas...sedap woooo.. asam pedas melaka yang original, susah nak dapat kat tempat lain.




Ini yang paling peberet aku..nampak simple jer petai + ikan bilis goreng + bawang besar + cili hidup..dah berkali-kali aku try masak kat rumah tak sama rasanya.. pembuka selera!!!




Sambal belacan nie memang terbaik dari Melaka



Malas aku nak snap satu-satu. Asal snap satu lauk jer orang duk pusing pandang aku.. segan kak jah hehehe ambik sekali semua kan senang..ada ulam, sayur campur, ayam goreng untuk en suami (tak sah kalau tak ada) dan ikan masin.




Korang tak payahlah sibuk-sibuk nak order air buah kat gerai nie, sebab hampir semua akan order air sirap bodoh nie memang itulah stylenya.. aku pun pelik naper air sirap kat gerai nie sangat sedap. Selalu kalau kat rumah tak pandang pun.


Harga untuk makan tengahari semalam : RM25.00 (2 orang punya makan) sedap sampai kenyang hingga kemalam (^_^)

Saturday, April 7, 2012

Bila dah pemes dari kad pengenalan sampai kekuku pun orang mengata


Dasyat betul la orang-orang kita nie kan semua benda nak kena jaga. Diri sendiri pun entah betul ke tidak sibuk duk mengata orang lain. Sian abang aaron sampai kena tunjuk kad pengenalan sebab nama sebenar yang digembar-gemburkan sebagai MAT HARON. Tak habis lagi isu nama timbul pulak isu kuku abang aaron yang dikatakan buruk dan tidak dijaga rapi. ermmmm macam-macam.


 Aaron dengan selambanya menjawab isu mengenai kuku itu dalam twitternya.
Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe.
Tangan dan jari memang byk luka luka. Maklumlah kuku KL Gangster 2 yg baru habis ni.


Harga seorang pelakon terkenal sampai kuku pun jadi isu. Tengok betapa pemesnya abang aaronkan. Apapun aku tetap peminat abang aaron. Pedulikan jer apa orang nak kata yang penting duit masyuk. Tak sabar nak tengok filem KL Gangster 2 ni.. huhhhh!!!!


Friday, April 6, 2012

6 Alasan Wanita Menolak Seks

Selamat Malam Semua, 


Jom kita berkongsi lagi info yang terdapat dalam buku "Ajaibnya Wanita. Baru selesai menghabiskannya. Sangat berguna, bermanfaat, boleh dijadikan panduan, iktibar dan pengetahuan yang sangat perlu diketahui oleh kita insan bernama WANITA yang cukup istimewa.




6 ALASAN WANITA MENOLAK SEKS


1) Wanita sedang marah

  • Sebahagian besar wanita tidak dapat melakukan hubungan intim jika dalam keadaan marah. Wanita akan mendiamkan diri sehingga lelaki menjadi bosan sendiri.
2) Wanita banyak kerja
  • Seseorang wanita itu dibebani kerja yang banyak contohnya perlu bekerja, ada kelas malam, kerja lebih masa, membuat kerja rumah yang menimbun dan sebagainya telah menghabiskan sepenuhnya tenaga dan waktu.
3) Wanita ingin menakluk anda
  • Tahukah anda wahai kaum lelaki, adakalanya wanita menggunakan seks sebagai kemudahan untuk menakluk kaum lelaki? Jika anda sudah bertekuk lutut maka wanita tidak berminat untuk meneruskan lagi.
4) Wanita merasa dirinya tidak seksi
  • Rasa rendah diri kerana sudah tidak seksi dihadapan pasangan sehingga berasa malas melakukan hubungan seks. Apalagi jika berat badan semakin bertambah. Daripada memperlihatkan tubuh badan yang asal lebih baik kami tutup.
5) Seks itu membosankan
  • Jika anda menjadikan wanita semata-mata objek di tempat tidur, terus terang kami menganggap seks itu sesuatu yang membosankan. Oleh itu, ciptakan variasi atau jika perlu pindah lokasi. Seks tidak semestinya ditempat tidur. Perlu sesekali dialam terbuka pasti asyik dan cukup mencabar.
6) Wanita tidak tertarik lagi
  • Wanita tidak tertarik lagi pada pasangan. Ini disebabkan banyak faktor dari segi "chemistry" tidak lagi sejiwa dengan anda. Maka tinggalkan sahaja wanita itu lebih mudah!!

Tuesday, April 3, 2012

Tak Romantik ker siLELAKI Kalau Tak Bagi Bunga


Thank you so much buah tangan dari cameron untuk aku from my BFF. Tak pernah seumur hidup aku dapat bunga walaupun from my husband. Nampak berseri sikitkan meja solek aku dengan bunga ros hidup nie.. 

Sejak aku bercinta dengan en suami sampai sekarang sudah berkahwin..kira-kira hampir 8 tahun menjalinkan hubungan tapi aku tak pernah terima walaupun sekuntum bunga dari en suami. Adakah sebab aku tak pernah meminta???? tapi aku selalu berkias-kias dengan harapan si dia akan memahami. Tapi sayangnya kiasan aku tak cukup hebat ker untuk en suami sendiri memahami naluri hati seorang perempuan dan sekarang menjadi isterinya yang sah. 

Aku pun macam perempuan lain jugak suka pada benda yang cantik.. aku juga suka kalau sesuatu pemberian itu diberi tanpa pengetahuanku dan sangat-sangat suprises untuk aku.. kadang-kadang teringin dan berangan anniversary atau besday yang akan datang berharap en suami berikan sejambak bunga ros yang segar dan sekeping kad ucapan tertulis " i luv u my wife" romantiknya!!!!

ehsan from google
Tak romantik ker lelaki tu kalau tak beri bunga..mesti ker kalau bagi bunga baru kira romantik.. Bagi aku satu bonus bagi seorang perempuan yang dapat suami atau bf yang sangat romantik daripada yang biasa-biasa jer kan. Tapi setiap lelaki berbeza-beza ada yang romantiknya bukan hanya dengan memberi bunga tapi dengan cara mereka yang tersendiri..

Aku rasa kalau suatu hari tiba-tiba en suami buat suprise untuk aku dengan menghantar sejambak bunga ros.. mahu melaung-laung aku menjerit agaknya (^_~)


Walaupun bunga ros cepat layu dan akan mati, boleh tengok dan bau jer..aku tetap suka!!!!! Rasanya tak sampai seminggu akan berguguran kelopaknya diatas meja solek nie.

ok selamat malam semua..semoga malam nie dapat mimpi berada diladang bunga ros yang segar.

Sunday, April 1, 2012

TIPS::Mencantikan Kuku Menggunakan Bahan Tradisional

Lagi perkara menarik yang terdapat dalam buku "Ajaibnya Wanita" yang aku baca. Tips mencantikkan kuku yang boleh kita kongsi bersama. Hanya menggunakan bahan tradisional, selain mudah untuk didapati, murah dan tiada bahan kimia. 



LIMAU NIPIS
Gosokkan pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan kuku akan kelihatan cantik.


BELIMBING BULUH
Bersihkan kotoran dicelah-celahkku dan kulit luar sekali gus untuk menguatkan kuku.


KUNYIT HIDUP
Membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campur parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas.


BAWANG PUTIH
Sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. 


GETAH BUAH BETIK
Baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering.

~Hasilnya kuku akan cantik dan sihat..Selamat mencuba~
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)