Saturday, March 10, 2012

Sunyi!!!!

Bila aku menulis dan meluahkan apa yang terbuku dihati sekurang-kurangnya aku rasa lega..walaupun lega hanya sementara.


Nak jer aku jerit bagi tahu satu dunia jiwa aku terlalu sarat..benar ungkapan penantian satu penyeksaan.. aku rasa kan aku dah putus harapan atau aku dah hilang kesabaran. Mana perginya kekuatan aku yang dulu.. aku terlalu sunyi.. bukan aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada.. alhamdullilah suamiku umpama sejuta dalam satu dan keluarga yang begitu mengambil berat terhadap aku.


Ini juga bukan soal aku sudah bosan hidup berdua..tapi alangkah lebih bahagianya hidup kami disinari dengan permata hati yang comel. Terbit rasa cemburu pada kawan-kawan bila lihat anak kecil mereka dan mula rasa cemburu bila ramai kawan-kawan seusiaku sudah berbadan dua. Aku tahu ini semua rezeki dari Tuhan. Dia dah tentukan bila masa yang sesuai untuk dikurniakan zuriat untuk aku. Saban hari aku mengeluh pada diri sendiri dan rasa tak tertanggung lagi untuk mengeluh.


Mungkin belum cukup lagi usaha, ibadah dan doa yang setiap hari aku panjatkan padaNYA. Aku seharusnya bersangka baik..kerana DIA lebih mengetahui dan tidak akan akan menduga hambanya lebih daripada kemampuan hambanya. Kata-kata ini saja yang buat aku tabah dan bersemangat  untuk terus berjuang hingga keakhirnya..Aku yakin penantian ini akan berhasil setelah melalui pelbagai ujian hidup dariNYA.


Alhamdulillah dengan apa yang telah kau kurniakan selama ini yaALLAH.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)