Sunday, March 11, 2012

Hobi Lama Datang Balik::Masa Untuk Bazir Duit

Hobi nie aku boleh jadi separuh gila masa zaman belajar. Kalau zaman belajar dulu tak silap aku masa tu aku form 3 & 4 nak beli DVD korea memang tak ada duit walaupun DVD cetak rompak.. kalau abah bagi RM10 tu dah kira banyak giler bagi aku lepas la pergi balik ke Town Melaka naik bus..


So masih terkenang-kenang lagi masa zaman belajar nak tengok citer korea tengok kat TV3 jam 7.00 hingga 8.00 malam. Masa tu citer tengah pemes Autumn in my heart masa ni aku form 3. Abah memang pantang kalau sesiapa yang ada kat rumah bukak tv waktu magrib nie..termasuklah mak aku. Mula lah dia bising-bising.. yelah orang sibuk nak sembahyang magrib aku pulak sibuk terkejar-kejar nak tengok cite korea.


Bila waktu azan jer aku berlari pergi bilik air solat tunggang terbalik tak sampai 5 minit dah sudah..hehehe geli hati pulak bila aku terkenang semula. Penangan cite korea sanggup bukak volume kecik jer janji dapat tengok. Esok pergi sekolah nak imbas semula dengan kawan-kawan..sebab tulah aku tak nak ketinggalan, takut nanti bila kawan-kawan citer aku dok termenung sebab dah tertinggal satu episod tak tahu dah jalan cerita (^__^).

Sekarang nie aku duk giler balik dengan citer Korea..tapi tak sama macam dulu kena tunggu kat TV kan.. sekarang dah keje dah mampu dah nak beli DVD tapi cetak rompaklah baru RM15 ngeh ngeh, buat apa beli original yang mahal2 bazir duit jerkan. Bulan lepas dan awal bulan nie jer 4 set citer korea aku beli huhuhu nie pun dah kira membazir total---->RM60.00 tunai.


Kebanyakkan cerita tahun lepas - lepas yang tak sempat aku tak tengok.. ramai pelakon - pelakon baru yang hensem dan cantik. satu perangai aku pulak kalau nak tengok cerita korea bukan sebab jalan cerita tapi tengok pelakon dia yang hensem dan cute mute lagi bersemangat aku nak tengok ngeh ngeh ngeh~~ 


Drama Korea::My Girl
~Banyak adegan-adegan yang kelakar dan mencuit hati~

Sipnosis pendek :: Hidup bersama seorang ayah yang pemabuk dan gila judi membuat Joo Yoo-rin menjadi seorang gadis yang cekal. Berharap  mendapat memperbaiki hidupnya, siapa sangka kesempatan itu , dipertemukan dengan pemuda bernama Seol Gong-chan yang hensem.Gong-chan menyedari Yoo-rin mirip dengan salah seorang sepupunya yang telah lama menghilang dan menawarkan sejumlah wang yang banyak asalkan Yoo-rin mahu berpura-pura sebagai sepupunya. 


Drama Korea::My Princess

~Kalau nak felling romantik boleh tengok cerita nie...memang best sangat-sangat~

Sipnosis pendek::Lee Seol, Seorang mahasiswa biasa, dia seorang putri dan cucu besar dari Kaisar terakhir Dinasti Joseon, Kaisar Sunjong. Dia juga merupakan cucu dari Pemilik Grup Daehan, Park Hae-Young dibiayai untuk mendidik Seol tentang etiket yang tepat . Namun, Hae-Young berada dalam situasi genting ketika ia menyadari dirinya tertarik pada Seol, gadis yang akan mengambil warisannya jika monarki dipulihkan.


Drama Korea::Secret Garden
~Lucu/sedih/Gembira/ Tak Logik/Romantik/ semua ada dalam cerita ni~

Sipnosis pendek::Kim Jo Woon memiliki sebuah pusat membeli belah yang besar dan terkenal, berkenalan dengan Gil Ra Im seorang pelakon stund woman dan akhirnya jatuh hati pada wanita tersebut, namun ditolak oleh Gil Ra Im. Pelbagai cara dilakukan Kim Jo Woon untuk mendapatkan wanita itu dengan cara dan egonya tersendiri. Pada satu hari mereka berdua tersesat didalam hutan dan menemui sebuah rumah. Pemilik tersebut memberi minuman sejenis arak yang membuatkan mereka bertukar jiwa. 


Drama Korea::Mary Stayed Out All Nigt

Sekarang tengah layan cerita nie..belum habis lagi..tak tahu lah bila boleh habis selalunya ambil masa 1 hingga 2 minggu jugak untuk 1 set VCD.

So apa lagi kalau nak tengok free tunggulah keluar diTV3, kalau rajin nak download on9 dah banyak sekarang..kalau nak membazir macam aku beli jer VCD cetak rompak kualiti pun ok. kalau sangkut cikit2 tu biasalah nama pun cetak benda yang dirompak hehe.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)