Thursday, March 22, 2012

Buah yang sangat berkhasiat (^_~)

Perkara yang kita suka buat dihalang-halang lagilah mengelitis kita nak buat. Samalah jugakan makanan, minuman, pakaian, apa sajalah benda yang korang suka. 


Tak kira waktu pagi, atau malam apatah lagi waktu tengahari tengah panas terik dapat buah tembikai huuuhhhh selesa rasanya.

Jemput tengok semua..sambil menulis sambil makan buah tembikai huiiiii sedap!!!!
Aku pelik sangat en. suami tak suka aku makan buah tembikai banyak-banyak dengan alasan anje kan nak pregnant..kenapa kalau aku makan buah tembikai adakah itu penyebabnya sampai sekarang aku  susah nak pregnant. So dengan tidak kepuasan hati aku godek-godek pakcik google nak tahu kebaikan dan keburukan buah tembikai yang menjadi peberet aku selama nie. Lepas godek-godek terjumpa blog si kucing siam ada n3 kelebihan buah tembikai..lepas mintak kebenaran copy n paste kat blog aku.. tanpa tuan blog izinkan terlebih dahulu.. nak tunggu tuan blog cakap saya izinkan lambat pulak terus jer paste kat sini (^_^).

Ibnu Abbas berkata:"Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW . Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."


Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda:"Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.


Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.


Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


Sumber:blog sikucing siam

Godek lagi pakcik google cari pulak kesan negatif atau kesan buruk makan buah tembikai..
en. suami ku sayang kalau ada-ada terbaca blog isterimu yang jelita ini anje tak jumpa pun n3 yang menulis tentang kesan buruk buah tembikai kalau ada pun satu jer perempuan lepas bersalin tidak boleh makan buah tembikai kerana badan akan berasa sejuk. Selebihnya tak jumpa pun sayang...(^_^) ngehngeh


Bila difikir-fikirkan balik naper abang tak suka mungkin:-
  • Anjer selalu menyusahkan abang bila jam 2, 3 pagi untuk teman ke toilet berkali-kali
  • Anjer akan sejuk dan kena guna toto tebal sebab abang tak suka guna toto tebalkan..
  • Bila sejuk anjer susah nak bernafas lepas tu abang kena sapu vick betul tak??
Selain buah tembikai en suami juga tak suka aku makan buah anggur tak baik kalau nak pregnant. Nasib baik anggur bukan peberet aku sangat..kalau makan pun jarang-jarang. Tapi memang peliklah kenapa 2 jenis buah nie yang en suami tak suka aku makan selain dari buah nenas dan mangga.

p/s:makan curi-curi supaya tidak terasa hati. Itu adalah lebih baik dari menyakitkan hati seseorang..


3 comments:

cinta03 said...

dan ada lagi buah yang dia suka ko tak cakap..wahahahhah..
(gelak gatal lagi!!!!!)

RosDiana said...

buah yang dia suka banyak hehehe pandai lah kau yer..

Anonymous said...

salam pn.ros sy pun ada terdengar dlm 2-3 org bidan kmpg ckp mmg tembikai x elok di makan jika ingin hamil..katanye tajam...termasuk sotong...

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)