Tuesday, March 27, 2012

5 Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki

Malam nie nak berkongsi sedikit ilmu yang ditulis oleh Muhamad Jaya, tajuk buku Ajaibnya Wanita. Baru jer beli petang tadi di office dengan harga RM16.00. Kandungannya sangat menarik .. insyaAllah banyak lagi perkara-perkara menarik yang ditulis oleh penulis semuanya tentang wanita. Sebahagiannya akan aku updated untuk tatapan bersama.


Jenis Wanita Yang Tidak Disukai Lelaki Kerana Dianggap Menyusahkan Mereka:-

  • JENIS TUAN PUTERI
Gayanya seperti seorang puteri. Wanita seperti ini sangat manja, suka disanjung dan dilayani. Mahu hidup senang. Jika menghadapi kesusahan, mereka akan terus down. Tidak tahan dengan hidup susah. Jangan ambil sebagai pasangan hidup boleh hancur rumah tangga anda!

  • JENIS PARANOID
Wanita seperti ini sentiasa mencurigai! Telefon bimbit anda akan diperiksa, dompet anda akan dibongkar, selalu cemburu dan akan disoal siasat seperti polis. Wanita ini sangat posesif dan merasa hanya dia saja memilki anda. Berhati-hati kerana mudah menimbulkan peperangan.

  • JENIS PENGELUH
Wanita seperti ini sangat lemah. Apabila ada masalah akan menangis semahu-mahunya. Apa lagi jika anda membentaknya.. dia akan menangis seperti anak kecil. Ditambah pula anda menyelesaikan semua masalahnya.

  • JENIS PENYAMPAI RADIO
Kegemarannya adalah mengumpat dan memfitnah. Ada saja karenahnya membuatkan anda menggelengkan kepala. Hidupnya menjadi sepi dan tidak berwarna jika tidak memburuk-burukkan orang lain. Mahu ker anda hidup sebagai pendengar gosipnya setiap hari?

  • JENIS GUNUNG AIS
Wanita jenis ini susah diajak bicara. Bibirnya jarang tersenyum. Susah untuk mengajaknya bergurau senda apatah lagi menggodanya.



1 comment:

parfum-ori said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Parfum Ori
Parfum Wanita yang disukai Pria.

----------

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)