Tuesday, February 21, 2012

Cabutan Bertuah!!!!



Sabtu lepas - 18.2.2012 office aku ada buat family day..kali nie buat di Melaka jerk..kalau nak dibandingkan dengan family day tahun lepas lagi meriah buat kat Gambang City Resort jauh cikit dari Melaka. Mungkin nak save budget agaknya.. tapi kalau ia pun save budget baru awal tahun huhuhu..positif..positif!!


Tak ada perkara menarik pun nak cerita..biasalah kalau family day mesti ada sukaneka, makan-makan, bbq dan karakoe..sukaneka satu pun aku tak join..aku pergi bersantai jer hikhik.  Ni aku tepek beberapa keping gambar yang sempat  aku ambik buat tontonan kamu semua .. tema baju merah..naik bosan asyik merah jer entah idea sape ngehngeh..







Menu makan tengahari aku ikan bakar jer..nasi langsung aku tak ambik..tapi nak tunggu ikan ni dibakar jenuh menunggu sabar jerlah.


Ini topik yang aku nak cerita..aku dapat CABUTAN BERTUAH!!!!! aku paling susah sangat nak dapat cabutan bertuah pergilah mana-mana majlis sekalipun memang payah nama aku nie nak disebut. Walaupun hanya kebetulan rasa bertuah sangat-sangat pada hari tu..memang masin mulut en suami..anje kalau bawa abang mesti bertuahlah ^__^

Padahal tak seberapa pun hamper tu..lain la dapat barang elektrik ker banggalah jugakkan. Apa pun rasa happy semacam pulak. yer maklum ler aku tak join apa-apa aktiviti pun so bila dapat cabutan bertuah jadilahkan hehehhehe.




No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)