Tuesday, February 28, 2012

Hakikat Pernikahan

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka
pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka
pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN,
pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka
keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka
pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan
tidak dapat memberi anak.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati
manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada
hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang
dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada
ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada
alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.



Rumitnya Memahami Hati Seorang Wanita

Ada yang tengah stress ker..layan sekejap story nie~~~

Laki talipon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....
Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?


***********************************************************
Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?


**********************************************************
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


*********************************************************
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?


*********************************************************
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?


*****************************************************
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...


*****************************************************

Tuesday, February 21, 2012

Cabutan Bertuah!!!!



Sabtu lepas - 18.2.2012 office aku ada buat family day..kali nie buat di Melaka jerk..kalau nak dibandingkan dengan family day tahun lepas lagi meriah buat kat Gambang City Resort jauh cikit dari Melaka. Mungkin nak save budget agaknya.. tapi kalau ia pun save budget baru awal tahun huhuhu..positif..positif!!


Tak ada perkara menarik pun nak cerita..biasalah kalau family day mesti ada sukaneka, makan-makan, bbq dan karakoe..sukaneka satu pun aku tak join..aku pergi bersantai jer hikhik.  Ni aku tepek beberapa keping gambar yang sempat  aku ambik buat tontonan kamu semua .. tema baju merah..naik bosan asyik merah jer entah idea sape ngehngeh..







Menu makan tengahari aku ikan bakar jer..nasi langsung aku tak ambik..tapi nak tunggu ikan ni dibakar jenuh menunggu sabar jerlah.


Ini topik yang aku nak cerita..aku dapat CABUTAN BERTUAH!!!!! aku paling susah sangat nak dapat cabutan bertuah pergilah mana-mana majlis sekalipun memang payah nama aku nie nak disebut. Walaupun hanya kebetulan rasa bertuah sangat-sangat pada hari tu..memang masin mulut en suami..anje kalau bawa abang mesti bertuahlah ^__^

Padahal tak seberapa pun hamper tu..lain la dapat barang elektrik ker banggalah jugakkan. Apa pun rasa happy semacam pulak. yer maklum ler aku tak join apa-apa aktiviti pun so bila dapat cabutan bertuah jadilahkan hehehhehe.




Thursday, February 9, 2012

Dah Lama Tak Updated..Rindu!!!

Selamat Malam Semua..


Yer saya malas dan tak ada idea nak menulis..jawapan paling tepat untuk blogger chipsmore macam aku..tapi jangan tak tahu hari-hari aku bukak blog untuk baca apa-apa yang korang updated.


Bukan tak ada cerita atau aktiviti untuk menulis..tapi aku malas yang amat sangat..biasalah kalau dah lama sangat tak updated blog nak mulakan balik tu alahai kena tengok mood.


Dah masuk bulan februari..cepatnya masa berlalu, banyak benda yang aku kena buat dan usaha untuk capai tahun nie. Jadi kena kuatkan semangat dan terus berusaha!!! 


Buangkan segala anasir-anasir yang boleh melemahkan semangat kita dan memperbaikinya dari hari demi hari. Idolaku en suami kagum dengan kesungguhan dan usahamu yang tak pernah berputus asa.


Ok n3 yang pendek untuk malam ni sebagai pembakar semangat untuk aku agar terus..terus dan terus berusaha. Tak kiralah apa-apa usaha yang aku inginkan..


Nite All ^__^
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)