Tuesday, January 3, 2012

Azam Tahun Baru 2012::Suami Tinggalkan ROKOK Demiku

Alhamdulillah syukur kepadaMU..

Sehari sebelum tahun baru 2012 en suami ada bagi tahu pada aku abang ada suprise untuk manja.. dalam kotak fikiran aku macam biasalah mungkin hadiah sempena tahun baru kot.. sepanjang aku kenal en suami nak buat kejutan-kejutan nie memang susah..

Tunggu sampai malam untuk sambutan tahun baru, kami tak keluar kemana-mana..hanya menghabiskan masa dirumah, memang malas nak keluar memikirkan jalan di Melaka waktu macam ni mesti jammed teruk tambah pulak hiruk pikuk dengan gelagat manusia, so decided duduk rumah layanlah apa-apa movie.

Aku tertunggu-tunggu jugak apa suprise yang en suami nak bagi, riak wajah aku buat macam tak kesah dan tipu-tipu macam tak ingat, dalam hati tertanya-tanya cepatlah apa suprise yang en suami nak bagi nie ngehngeh. Tunggu punya tunggu dah tengah malam dan terus tertidur cerita pasal nak bagi suprise pun dah terkubur macam tu jer. 

Keesokkanya 1.1.2012 lepas bekfest en suami cakap suprise yang abang nak bagi tu sebenarnya .......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

abang nak bagi tahu abang dah "BERHENTI MEROKOK" bermula pada hari ini...aduhhhhhhh ohhhhhhhhhh tidaaaakkkkkk perccccaaaayyyaaaa!!!! tahu sebab apa pada mulanya aku tak percaya..sepanjang aku mula kenal dengan en suami pada bulan September 2003 sehingga Jun 2010 (zaman bercinta) en suami dah mula merokok..masa zaman belajar mungkinlah slow bukan kategori perokok tegar. Selepas habis belajar en suami merokok tanpa henti..setiap kali jumpa aku tak boleh kira berapa kali dah dia merokok..itu dah kira perokok tegar..berkali-kali aku sound sebab aku benci bau rokok. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri..sehinggalah kami berkawin Julai 2010 masih macam dulu. Adakalanya aku perli sampai tak ingat menyampah betul dengan asap rokok..sampailah aku dah naik jenuh bagi nasihat..sampai ada satu hari aku cakap "agaknya sampai hari ini kita masih lagi tidak dikurniakan zuriat sebab abang merokok" tak ada niat pun untuk salahkan en suami..semua tu kuasa tuhan..tapi sebab geram yang amat sangat aku cakap sesedap mulut jer..

Hari ni 3.1.2012 - aku yakin dan pasti 100% en suami memang dah berhenti merokok. Alhamdulilah tidak sia-sia aku membebel sepanjang 7 tahun nie dan terus berdoa...Tak ada lagi kotak rokok dunhill didalam laci meja solek aku. Yang tinggal hanyalah 7 batang pemetik api yang akan aku buang esok hari. Mudah-mudahan niat baik suami akan terus berkekalan..



4 comments:

Annur said...

bgsla.. ko pun kena byk bg support kat die.. nak berhenti ni payah.. tp klu niat betul2 nk bhenti, boleh berhenti..
mcm ayh aku pun dulu merokok, umur 45 bru bhenti.. lps mkn, die makan gula2..

RosDiana said...

aku pun sebenarnya macam tak percaya jer faizin..tapi alhamdulillah dia berubah untuk diri dia..

cinta03 said...

Waaaa....baagguuusss.....support dia k. Ko kena tahan ckit....sbb setahu aku, lelaki klu x merokok, mula2 tu ada panas baran ckit...tapi lelama dah ok...masa mula2 je....

En.suami aku tah bila nak berhenti hisap rokok?????

RosDiana said...

memang aku support die gila-gila kin..walaupun semalam dah kantoi sebatang lepas gian..kesian die lesu jer..permulaan nie kena kuat..

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)