Saturday, January 14, 2012

7 Ciri Seorang Pemimpin Yang Baik


Pemimpin bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.
Sekadar Gambar Hiasan
Ciri utama seorang pemimpin yang baik ialah:-
1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-  kurangnya tidak bercakap besar.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
sumber rujukan : tun dr mahathir mohamad
p/s : Alangkah bahagianya jika semua pemimpin sebegini..Kerja menjadi lancar, pergaulan menyeronokan, prestasi membanggakan dan yang penting tidak ada hasad dengki dan bangga diri didalam diri.

1 comment:

cinta03 said...

Nak tambah, mesti pendai mentadbir, mendengar bkn hanya satu pihak, dan bkn bertindak melulu tanpa menyiasat!!!!

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)