Monday, January 16, 2012

Laki Bini Pecah Perut Ketawa Sebab Kena Fitnah

Ada jugak cerita nak tulis malam nie yer..


Orang lain kalau kena fitnah mahu naik darah tinggi, meroyan dan seman agaknya.. ni kami laki bini kena fitnah boleh bantai gelak lagi kau...mahu taknya..fitnah yang tak logik dan tak masuk akal dek non...


Fitnah tentang apa tak perlulah aku nak bagi tahu satu dunia cukuplah ia sekadar dongengan semata-mata. tapi yang kelakarnya fitnah kau tak cukup sentap buat ler cerita lain agaknya ni hah aku bagi idea buatlah fitnah laki aku main kayu 3 ker baru ler sentap cikit...nampak sangat tukang fitnah belajar tinggi bertingkat-tingkat tapi akai tak dak...kesiannya~~


Kami laki bini dok pikir apasal tetibe situkang fitnah nie nak buat cerita pasal aku dan en suami pulak.. en suami cakap mungkin aku ni cantik sangat macam si lisa suriani dan baik tak bertempat ngehngeh dan mungkin en suami pulak hensem macam aroon aziz pasal tu orang dengki kuikui..


Tak pun aku rasa situkang fitnah nie tak cantik kot..mau laki tak berselera agaknya.. ooooooppppss.. tak pun laki dia  tak berapa nak hensem sebab tu tak ada keje lain duk buat fitnah jer kat orang lain. Kain sendiri tak jaga sibuk selak kain orang lain..ada masa pulak orang-orang macam nie nak buat cerita kontroversi. Dalam kepala otak aku pulak tak ada lain..kalau saman malu 1 juta untung-untung aku menang, jutawan aku sekejap..mahu situkang fitnah terus kayap dan jatuh miskin. Kesian pulak kami tak sekejam itu. Iman kami masih lagi berlandaskan agama...alhamdulillah.


Kami laki bini kesian sangat pada situkang fitnah mungkin sebagai sedara islam tidak takutkah mereka pada balasan tuhan...sempit sangat ker iman mereka sehingga mereka lupa akan azab seksaan yang nyata. Tahukah mereka doa insan yang teranaiya itu makbul. Ingatlah kita hidup didunia hanya sementara tidak tahu bila ajal dan maut akan memanggil...sehingga tak sempat untuk meminta maaf dan bertaubat.


Bila laki bini sedang bahagia tidak mustahil ada yang iri hati dan dengki melihat kebahagian ini.  Tapi kebahagian tidak boleh  disorok dan ditipu kerana ia terpancar diwajah kita. Alhamdulillah semakin banyak dugaan yang kami terima semakin banyak pulak rezeki datang mencurah-curah syukur.. Yang penting kami terima masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri..yang bestnya en suami cakap kalau kita berada dipihak yang benar buat apa nak takut  pada api yang membakar kerana kebenaran boleh memadamkan api yang marak...ala sweetnya sayang...


Tak nak cerita banyak takut lagi bertambah dosa..cukuplah sekadar luahan hati yang sedang bergembira disaat ini. situkang fitnah mungkin juga sedang bergembira kerana berjaya memfitnah orang tapi sayang kegembiraan itu hanya didunia semata-mata. Tidak perlu tahu siapa situkang fitnah itu kerana itu adalah kerja tuhan untuk membalasnya.


p/s : Agak-agaknya situkang fitnah baca tak blog aku nie..?????

Saturday, January 14, 2012

5 Ciri Seorang Boss Yang Teruk

Sekadar Gambar Hiasan
Tidak tersusun- Seorang boss yang teruk kerjanya pasti tidak tersusun. Berkemungkinan anda disuruh untuk melakukan sesuatu pada hari ini, tetapi pada hari berikutnya anda akan disuruh membuat perkara yang lain. Perkara yang disuruh itu telah tersasar jauh dari objektif  yang sebelumnya. Arahan mereka juga akan sentiasa berubah-ubah. Dan akhirnya menyebabkan objektif yang diinginkan tidak dapat dicapai.


Tidak mengambil tahu- Seorang boss yang teruk juga tidak akan mengambil tahu mengenai orang bawahannya. Segala kesalahan yang anda lakukan tidak akan ditegur. Sekiranya anda telah menyumbangkan sesuatu kepada syarikat, boss tidak menunjukkan apa-apa reaksi bahawa anda dihargai. Begitu juga sekiranya anda mempunyai masalah peribadi dan boss langsung tidak mahu mengambil tahu atas alasan itu bukan masalah syarikat.Pasti perkara ini akan melemahkan lagi motivasi anda untuk terus menyumbang jasa kepada syarikat dan merasakan syarikat tidak memerlukan lagi khidmat anda.
Memandang rendah terhadap orang bawahan- Boss yang teruk juga akan memandang rendah terhadap kebolehan anda. Segala cadangan atau pandangan pasti tidak akan diterima. Boss hanya mempertimbangkan cadangan daripada orang yang beliau betul-betul yakin sahaja. Mungkin kadang-kadang pandangan anda memang tidak boleh diterima tetapi boss seharusnya menunjukkan satu reaksi bahawa pandangan anda itu betul-betul dihargai. Bukan menolak cadangan anda itu mentah-mentah.
Pilih kasih- Masalah ini adalah paling utama dalam sesebuah organisasi. Tambah-tambah lgi sekiranya ia melibatkan sektor swata.  Boss yang teruk sudah pasti akan memilih kasih. Orang yang tidak layak untuk sesuatu kedudukan itu akan diberi tanggungjawab untuk menguruskannya. Lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan perniagaan keluarga. Sebaiknya seseorang itu dinilai berdasarkan kemampuan dirinya untuk sesuatu tanggungjawab itu dan bukannya dinilai atas atas talian kekeluargaan. Tetapi masalah ini memang amat sukar diatasi kerana pasti masing-masing akan memikirkan  mengenai kepentingan peribadi.
Tidak dapat mengenal kelemahan atau kelebihan- Seorang boss yang teruk juga tidak akan dapat mengenal kelemahan atau kelebihan walaupun sudah lama anda bekerja untuk syarikat. Ini adalah kerana kurangnya perhatian terhadap anda. Hanya mementingkan perhubungan terhadap orang yang berpengaruh atau pelanggan sahaja. Tetapi seorang boss yang beranggapan sebegini sebenarnya mereka telah salah kerana jatuh bangunnya sesebuah organisasi itu adalah lebih bergantung terhadap kerjasama antara pasukan dan bukannya pelanggan mereka.
Sumber: top5reason

7 Ciri Seorang Pemimpin Yang Baik


Pemimpin bermaksud mempengaruhi manusia bagi mencapai objektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan atau motivasi melalui penyampaian lisan atau penulisan.
Sekadar Gambar Hiasan
Ciri utama seorang pemimpin yang baik ialah:-
1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-  kurangnya tidak bercakap besar.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.
sumber rujukan : tun dr mahathir mohamad
p/s : Alangkah bahagianya jika semua pemimpin sebegini..Kerja menjadi lancar, pergaulan menyeronokan, prestasi membanggakan dan yang penting tidak ada hasad dengki dan bangga diri didalam diri.

Tuesday, January 3, 2012

Azam Tahun Baru 2012::Suami Tinggalkan ROKOK Demiku

Alhamdulillah syukur kepadaMU..

Sehari sebelum tahun baru 2012 en suami ada bagi tahu pada aku abang ada suprise untuk manja.. dalam kotak fikiran aku macam biasalah mungkin hadiah sempena tahun baru kot.. sepanjang aku kenal en suami nak buat kejutan-kejutan nie memang susah..

Tunggu sampai malam untuk sambutan tahun baru, kami tak keluar kemana-mana..hanya menghabiskan masa dirumah, memang malas nak keluar memikirkan jalan di Melaka waktu macam ni mesti jammed teruk tambah pulak hiruk pikuk dengan gelagat manusia, so decided duduk rumah layanlah apa-apa movie.

Aku tertunggu-tunggu jugak apa suprise yang en suami nak bagi, riak wajah aku buat macam tak kesah dan tipu-tipu macam tak ingat, dalam hati tertanya-tanya cepatlah apa suprise yang en suami nak bagi nie ngehngeh. Tunggu punya tunggu dah tengah malam dan terus tertidur cerita pasal nak bagi suprise pun dah terkubur macam tu jer. 

Keesokkanya 1.1.2012 lepas bekfest en suami cakap suprise yang abang nak bagi tu sebenarnya .......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

abang nak bagi tahu abang dah "BERHENTI MEROKOK" bermula pada hari ini...aduhhhhhhh ohhhhhhhhhh tidaaaakkkkkk perccccaaaayyyaaaa!!!! tahu sebab apa pada mulanya aku tak percaya..sepanjang aku mula kenal dengan en suami pada bulan September 2003 sehingga Jun 2010 (zaman bercinta) en suami dah mula merokok..masa zaman belajar mungkinlah slow bukan kategori perokok tegar. Selepas habis belajar en suami merokok tanpa henti..setiap kali jumpa aku tak boleh kira berapa kali dah dia merokok..itu dah kira perokok tegar..berkali-kali aku sound sebab aku benci bau rokok. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri..sehinggalah kami berkawin Julai 2010 masih macam dulu. Adakalanya aku perli sampai tak ingat menyampah betul dengan asap rokok..sampailah aku dah naik jenuh bagi nasihat..sampai ada satu hari aku cakap "agaknya sampai hari ini kita masih lagi tidak dikurniakan zuriat sebab abang merokok" tak ada niat pun untuk salahkan en suami..semua tu kuasa tuhan..tapi sebab geram yang amat sangat aku cakap sesedap mulut jer..

Hari ni 3.1.2012 - aku yakin dan pasti 100% en suami memang dah berhenti merokok. Alhamdulilah tidak sia-sia aku membebel sepanjang 7 tahun nie dan terus berdoa...Tak ada lagi kotak rokok dunhill didalam laci meja solek aku. Yang tinggal hanyalah 7 batang pemetik api yang akan aku buang esok hari. Mudah-mudahan niat baik suami akan terus berkekalan..



“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)