Sunday, December 30, 2012

Rezeki Akhir Tahun 2012


Aku dan en suami berdebar-debar untuk tunggu esok..nak tunggu result exam pun tak macam nilah rasanya..tak sangka cepatnya diluluskan. Tak sampai 2 minggu rasanya. Alhamdulillah inilah yang dikatakan rezeki tuhan bagi dalam pelbagai bentuk. Sentiasa bersangka baik dengannya.

Tengah gaduh-gaduh manja ni nak warna apa..HITAM atau PUTIH.. dua-dua warna memang ada stok. Isteri rasa jemu 4 tahun pakai warna hitam . Suami pulak rasa jemu 2 tahun pakai warna putih. Jawapan kena bagi malam ni..2 minggu tak sempat pulak nak fikir.

So tunggu jerlah esok (^_^)

"Finally The Power Of Dream Come True".

p/s: tak selera tekak nak makan malam ni.


Wednesday, December 19, 2012

Jangan Berlagak Sangat Anak Hanya Pinjaman


Dua tahun aku diam, aku senyum, aku jawab yang baik-baik jer..
Sebab aku tak nak jawapan aku buat kamu terguris, terkecil hati dan termakan hati. Sama jer maksud untuk ketiga-tiganya. Hari ni dan semalam aku punya kekuatan untuk semis balik apa yang kamu sibuk-sibuk nak jaga tepi kain orang. Aku bukan bodoh untuk menilai pertanyaan kamu itu berunsur sindiran atau take care.

Banggalah sebab kamu ada segalanya..kau tanya aku bila aku ni nak beranak..asal lambat sangat!! sambil gelak dan ketawa besar bagi kamu hanya gurauan dan hiburan seronok mengenakan orang lain, gembira sangat ker aku ni tak pregnant. Dengan kekuatan yang ada aku jawab ingat dengan apa yang kamu ada sekarang tidak bermakna akan kekal selamanya..bersyukurlah, janganlah riak kerana kamu ada anak..sebab tuhan maha berkuasa bila-bila masa jer dia boleh mengambil apa yang kamu ada sekarang.. anak hanya pinjaman yang diamanahkan oleh Allah untuk kamu menjaganya. 

Aku langsung tidak menangis..aku sendiri tak tahu mana datangnya kekuatan membuatkan aku berani.. Aku cuma sedih melihat kamu terlalu riak, sombong dan bongkak. Aku tidak mendoakan yang tidak baik untuk kamu kerana aku tahu untuk mendapatkan zuriat bukannya mudah seperti bancuh buat air sirap. Aku hanya berserah pada tuhan..dengan segala apa yang kamu katakan biarlah tuhan yang boleh menghitung dan membalasnya.

Dengan apa yang berlaku membuat aku lebih kuat dan terus yakin pada kekuasaannya. Terima kasih sebab kata-kata kamu tidak langsung mematahkan semangat dan membuat aku rasa diri ini terlalu kerdil dan hina disisi kamu. Aku hanya berasa kerdil dan hina hanya disisi Tuhan yang maha Esa.

p/s: Rezeki datang mencurah-curah syukur (^_^) 



WW::The Power Of Dream





Saturday, December 15, 2012

Rumah::Under Construction


Pagi yang nyaman, mood yang baik aku dah mengadap blog. Asik bersedih jerkan hari ni nak bergumbira lalalalalalalala... Semalam lunch hour sempat aku pergi singgah tengok our future. Padahal pergi dan balik kerja hari-hari lalu tapi tak berkesempatan nak tengok. Semalam pergi tak sangka dah nak siap hampir 70%. Kecik jer rumah kami 22(lebar)x80(panjang)..syukur alhamdullilah dengan rezeki yang ada.


 Our future sebelah kanan rumah no 5. Tanah pun belum habis tambak lagi. 


Warna merah dan kelabu nampak moden. Bumbung untuk letak kereta penuh dan boleh masuk untuk 2 buah kereta jadi tak perlu renovate lagi.


Offismate yang eskot aku. En suami sibuk jadi aku ambil gambar updated untuk dia =)


Sebelum beli dulu pemilihan lokasi en suami yang pilih..tapi pemilihan design rumah aku yang tentukan. Semuanya hanya kebetulan design dan lokasi sangat memenuhi citarasa kami berdua. Aku memang tak suka rumah sliding door alasan bodohnya banyak guna kain untuk buat langsir dan susah nak bersihkan glass door. Aku suka pintu kayu macam nie simple.


Sebelah kanan bilik utama. Satu perkara yang aku memang tak berkenan langsung sebab pagar tepi tidak dibuat tembok hanya pasang pagar hijau. Bahagian sini memang fail. So nak kena keluar duit buat pagar tembok pulak. Aku dah siap sound big bos pemaju  suruh naikkan semua rumah tembok. Kedekut betul, padahal pemaju dah untung 100%.


Ruang tamu dari pintu masuk


Bilik utama sebelah ruang tamu


Bahagian ruang tamu dari dalam


Bilik utama dan bilik air (tak ada gambar)


 Dari kanan bilik tidur  ke 3, 2 dan 4. Bilik 4 ni sangat kecil mungkin sesuai buat bilik solat atau bilik utiliti ataupun stor. En suami pulak berangan nak buat SOHO (small office home office).


 Bilik air di bahagian dapur


Ruang Dapur 


Belakang rumah ada lebih kurang 5 kaki lebarnya. Ini pun satu kriteria yang aku nak. Alasannya aku tak suka jemur baju dihadapan rumah. Jadi kalau ada rezeki mungkin kena renovate sikit untuk buat dapur basah dan ampaian baju.

Rumah kami dijangka siap sepenuhnya dengan CF sebelum hujung tahun 2013. InsyaAllah..

Thursday, December 13, 2012

Tak Tentu Arah Hati Dan Perasaan Nie..


Sekarang menulis ikut mood..
Dah seminggu ni aku sangat sensitif ape kena gak ah..
Buat apa jer semua tak kena..banyak sangat memikir agaknya sampai file yang disusun cantik dalam otak ni semua jem dan berterabur.
Jadi mangsa amukkan aku en suami..kesian tambah pulak en suami minggu ni memang tak sehat batuk dan selsema yang tak henti-henti.
Aku pulak stress dengan kerja kat opis..balik rumah malas nak memasak, nak mengemas, nak lipat baju pendek kata semuanya malas. Waktu keadaan macam ni rasa nak pindah jer dari rumah mentua sebab rasa nak menjerit jer kuat-kuat, nak terlentang tergolek depan tv, nak terkangkang atas sofa dan buat apa saja dengan bebas!!!!

Perasaan aku jiwa, mental dah stabil dan kuat..
Tapi bila member satu opis tanya pasal anak..tak pasal-pasal aku nangis dan air mata keluar berjurai-jurai. What happend to me?? kan dah janji aku tak nak nangis lagi. Tetibe tak boleh tahan air mata ni dan termalu sendiri. Terus member cakap sorry tak ada niat apa-apa pun tak payahlah cerita. Sebenarnya aku tak kesah pun sapa-sapa tanya bila lagi nak bertiga..sebab aku jawab insyaAllah ada. Lagi satu aku seorang yang happy go lucky senang nak bergurau senda..walaupun gurauan tentang zuriat. Tak ada masalah langsung bagi aku dan aku boleh terima gurauan yang bodoh-bodoh tu dengan senang lenang.

Aku tersedar sendiri..yes aku perlukan rehat!!!! Hubungan dengan en suami minggu nie sangat renggang..tak ada masa nak bermesra dan bergurau senda. Tambah en suami tersangatlah sibuk dengan kerjanya. Rasanya aku dan en suami kena take a rest atau kena pergi cari budget holiday. Aku ok, aku tak perlukan simpati saper-saper, aku nak mereka semua tahu aku juga sangat2 bahagia pada perkara yang lain. Aku percaya kesabaran aku kalau tidak dibalas didunia, pasti tuhan akan balasnya ditempat yang kekal abadi.

p/s: mood kacau bilau sampai harimau vs gajah pun tak nak tengok =(




Tuesday, November 27, 2012

Anak Angkat


Anak Angkat?

Bersediakah aku pada usia perkawinan 2 tahun 4 bulan?

Perlukah aku tunggu lagi pada usia perkawinan 6 tahun lagi?

Apa jawapan yang paling baik untuk aku jawab supaya semua orang faham?

Perlukah aku terangkan kesemuanya atau jawab sahaja jangan dipersoalkan dimana datangnya rezeki itu..

Faham ker mereka dengan apa yang aku lalui sekarang?

Apa reaksi keluarga, sedara-mara dan sahabat andai?

Adakah ini cara terakhir aku? kan banyak lagi kaedah yang boleh aku cuba?

Berputus asakah aku?

Teringat kata doctor ishaireen pada aku "kadang-kadang kita ditakdirkan untuk menjaga anak orang lain".

Kalau inilah perjalanan yang terbaik dalam hidup yang sementara ini maka aku perlu menerimanya dengan redha...asalkan aku tidak lagi derita dan akan hidup bahagia selamanya dengan suami tercinta.

p/s: suamiku aku sayang dan cinta kamu sehingga jannah..tidak ada lelaki lain yang mampu menyayangiku seperti mana kamu memberi kasih sayang terhadap diriku.



Thursday, November 22, 2012

Kenaikan yang mendadak



Berat badan aku naik dengan mendadaknya dari 43 kepada 50. Walaupun naik sehingga 7 kilo tapi perbezaan tidak berapa ketara mungkin kerana tubuh badan aku yang nampak agak kecil dan rendah. Yang pastinya seluar jeans menjadi semakin ketat dan tidak selesa.

Suami pun mengakuinya aku nampak semakin berisi..TENSION atau BAHAGIA menyebabkan kenaikan berat badan aku ni.. ada orang tension menyebabkan kuat makan dan berat badan naik tapi ada juga yang tension dan berat badan semakin melidi kerana kurang selera makan.Aku pulak ada masa tension ada masa bahagia tu yang kejap naik kejap turun.

Pada mulanya aku macam tak percaya sebab berat badan aku 50kg masa zaman aku belajar dipoliteknik dulu..lepas tu tension belajar terus turun dan kurus melidi. Dan baru sekarang naik semula pada berat yang asal..nak kata berat badan naik disebabkan kuat makan tak mungkin juga, sebab aku dari dulu sampai sekarang memang kuat makan. Atau mungkin dah macam2 vitamin dan ubat hormon yang aku telan..salahkan ubat pulak (^_^)

Yang pastinya aku dah kena mantain dengan berat sekarang..sebab ketinggian aku 154cm jadi sekiranya berat badan aku melebihi 56kg takut tak seimbang dengan ketinggian. Jadi suka atau tidak aku dengan kenaikan berat badan ni ?? Bagi aku cukuplah sedap dipandang dimata suami..tak perlulah risau dengan kenaikan berat badan ni. Kadang-kadang bila berisi kita nampak lagi comel tak gitu hehe... ayat sedapkan hati ke aper ni??







Saturday, November 17, 2012

Terlalu banyak yang ingin dikongsi


Rindu nak menulis dan terlalu banyak yang bersarat dan terpedam di hati.. tapi tak tahu nak mulakan dari mana..terlalu banyak yang ingin dikongsi, terlalu banyak yang ingin diluahkan.. sebulan lamanya aku bermuhasabah diri, mencari ketenangan dan semangat yang hilang..

Ya aku pilihan DIA untuk diuji aku bersyukur..DIA masih memandang aku dan amat sayangkan aku.. mengapa tidak aku menerima dugaan ini dengan redha, kenapa sukarnya untuk aku  menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. Mungkin terlalu banyak dosa aku kepada DIA dan tiba masanya untuk aku berhijrah menjadi yang lebih baik InsyaAllah. Alhamdulillah bersangka baik terhadap apa segala ujian dari NYA.

Aku penat, penat sangat menahan jiwa dan memujuk hati ini..agar air mata tidak  menitis lagi , tapi aku tidak mampu untuk menahan air mata ini yang terus membasahi pipi dan aku menangis lagi. Temujanji dengan doctor yang terakhir hari tu bulan september sampai dah lupa tarikhnya..buat aku  rasa malas nak ber TTC lagi. Hospital Putra minta kes kami ditransfer ke Mahkota Medical untuk rawatan selajutnya. Now till today kami belum refer ke hospital baru. Memandang hospital baru memerlukan kos dan belanja yang sangat besar jadi aku dan suami telah berbincang untuk continue rawatan bulan Disember nanti. Itu pun kalau diizinkan tuhan. InsyaAllah. 

Bila kita rasa ujian belum dikurniakan rezeki anak adalah yang paling berat dalam hidup ini, tetapi percayalah ada lagi ujian yang lebih berat daripada itu yang dihadapi oleh orang lain. Bila kita susah ada lagi yang lebih susah hidupnya daripada kita.  Tipulah kalau tidak ada sedikit perasaan cemburu dan irihati melihat kebahagian sahabat-sahabat yang sudah mempunyai cahaya mata. Namun kita kena akur setiap hambanya ada bahagiannya masing-masing. Aku tahu sahabat-sahabatku yang belum dikurniakan cahaya mata, walaupun diluar fizikal nampak seperti seorang yang tabah dan kuat namun siapa yang tahu dalam jiwanya terlalu lembut, sarat serta rasa sakit dan air matanya berkaca-kaca menahan segala gelora.

Alllah tidak akan menguji dan membebani seseorang hambanya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh hambanya. Allah tidak akan berlaku zalim kepada hambanya setiap yang diuji adalah sesuai dengan kemampuan hambanya. Dan aku bangkit lagi meneruskan perjuangan..Dengan rasa hina dan rendah dirinya aku memohon kepadaMU YAALLAH terimalah dan perkenankanlah doa ku dan sahabat-sahabatku yang lain agar kau berikan keajaiban kepada kami seperti mana keajaiban yang kau berikan kepada mariam melahirkan anak tanpa suami dan keajaiban seperti nabi zakaria walaupun isterinya seorang yang mandul tapi kau anugerahkan mereka dengan seorang anak. Terlalu berat permintaan ini  YAALLAH untuk kau kabulkan kepada insan yang hina ini namun sesungguhnya kau maha mendengar dan menerima sebaik-baik doa. Aminyarabbalalamin.








Wednesday, September 26, 2012

JANGAN Jawab BELUM ADA REZEKI


Kakak aku yang tingggal di Puchong Selangor call, 

Kakak : Assalammualaikum
Aku : Waalaikumsalam
Kakak : Buat apa baru lepas mandi ker? (call aku tak jawab jadi dia call tanya laki aku)
Aku : A'ah baru lepas mandi
Kakak : Sehat, dah pregnant belum?
Aku : Belum lagi (nada sedih)..kalau dah mesti awal-awal bagi tahu kau
Kakak : Takper usaha berterusan jangan benti dan lagi satu akak nak pesan kawan paklang (abg ipar) doc perubatan secara islam ada bagi tahu, kalau sesiapa tanya dah ada isi? dah pregnant? ni bila lagi nak bertiga? dah ada lum? JANGAN jawab BELUM ADA REZEKI!!!
Aku : Diam seribu bahasa mendengar ayat seterusnya....
Kakak : Sebab kalau kita jawab BELUM ADA REZEKI jadi memang belum ada atau tak akan ada. Apa yang kita jawab tu DOA kalau berkali-kali kita jawab BELUM ADA REZEKI maka tak adalah rezeki. Lepas ni kalau orang tanya jawab INSYAALLAH ADA NI ATAU ADA ATAU AKAN ADA INSYAALLAH..DOAKAN UNTUK SAYA.
Aku : ermmm k mekasih..(bergenang air mata sekejap, hati aku mcm kapas)

bla bla bla bla pot pet pot pet ........................................................... ...................................................................................................................................................................................................................................................................................

Kakak : ok jangan stress ingat tu..askum
Aku : walaikumsalam

p/s: motivasi dimalam hari

Sunday, September 23, 2012

Belajar Sikit2 Dekorasi English


Kalau kita survey dan tanya apa konsep atau dekorasi rumah yang diminati macam-macamlah jawapan untuk rumah impian mereka, ada yang suka gaya bali, konsep moden, konsep tradisional, jungle, ehh macam-macamlah jawapan. Kalau tanya aku pulak, aku dah jatuh cinta pada konsep english sangat-sangatlah suka. Dah berangan untuk rumah kami nanti. Sejak 2 mejak ni gajin pulak beli majalah laman, dan anjung seri mencari ilham. Suami asik perli jer lambat lagi yang ooii uma kita nak siap. Ehhh walaupun hujung tahun depan baru siap kena ada perancangan dulu bang..(sambung berangan)

Hujung minggu jer kalau balik rumah mak aku mulalah cari ilham apa lagi nak ubah, mak aku ok  follow jer asal cantik dimata dia hehe..hah lagi senang keje aku tak ada saper2 membantah. Untuk dekorasi raya hari tu tak sempat nak kongsi sebelum raya..cibuk memanjang. Sepenuhnya idea aku. Kalau ikutkan aku bukan seorang yang berseni lagi-lagi bab menghias dan mencantikkan rumah memang kurenglah cikit. Jom tengok hasil budak baru belajar mendeko english style. Tersangatlah simple ikut budget.


Ruang tamu dibahagian depan rumah, langsir aku beli dekat bunga raya tangkak. Kat sanakan murah-murah satu hari berjalan dengan mak aku cari langsir. Ikut perancangan nak beli warna putih bila dah nampak yang corak-corak bunga ni terus jer beli. 1 meter RM3.50 beli 50 meter untuk satu rumah.


Almari ni aku mintak abah beli warna putih. Kalau boleh semua benda aku nak warna putih. Nampak suci, berseri-seri dan bersih. my peberet colour..but sometime i like pink.


 Langsir pulak kakak aku yang jahit. Tak pernah tempah kat luar..senang jimat sikit. Kalau nak tempah jahit simple dan lurus macam ni pun dah mahal sekarang.


Bunga atas meja tahun lepas punya beli kat romantika. Kalau pergi sana tak nak keluar rasanya tengok bunga cantik-cantik. Budget kain langsir macam ada lebih kunun2 nak suruhlah akak aku jahit sarung bantal alas kerusi tu. Tak cukup sebab buat langsir dapur. Tahun depan jerlah beli warna putih (perancangan)


Semua perabot dari depan hingga dapur warna coklat. Supaya nampak seragam. Ini sebab abah suka nampak tradisonal anak pulak suka english. Ikut jerlah duit abah.


Bila tengok balik tak sesuai pulak bunga warna merah menyala ni failed!! maklum ler budak baru belajar mendeco.


Kat bahagian sini nampak kosong. Minggu lepas balik ada cakap dengan mak nanti kita pergi cari rak warna putih gantung pada dinding nie. Macam Rak kat bawah nie..cute je. Kena survey harga juga ni..

picture pinjam uncle google


Bahagian Tengah Rumah


Keseluruhan bahagian depan rumah. 

ok itu jer.bye..

Saturday, September 22, 2012

TTC Journey


Temujanji dengan doctor kali ke 1

Berkenalan dengan doctor.. sesi meluah perasaan apa masalah kami laki bini . Scan kedudukan rahim. Result baik dan tidak ada masalah. Kos yang dikenakan:-
Daftar - RM1.00
Kos perundingan dan scan  - RM120.00


Temujanji dengan doctor kali ke 2

Ujian x-ray rahim (Hysterosalpingogram - HSG)

Sebelum aku buat ujian ini malamnya aku cari sedikit ilmu cara ujian HSG, nasihat aku pada TTC yang akan membuat ujian HSG, baca atau cari info sebelum buat sesuatu rawatan supaya kita tak rasa blurr dan terkejut. HSG adalah untuk kita mengetahui keadaan rahim dan saluran benih (fallopian tubes) samada tersumbat seperti ada cys, fibroid atau endometriosis itu jerlah yang aku ingat masa doc terangkan.

Daftar jam 9.00 pagi jumpa doc dan tunggu turn untuk buat ujian HSG. Jadi lambat sebab doc tak booking untuk aku. Nasiblah hosp swasta terpaksa juga dia buat ujian HSG pada hari itu juga sebab period aku hari ke10 dan esoknya ahad. Sekiranya period habis hari ke 7 dan HSG dilakukan pada hari ke 9,10 atau 11 sebelum waktu subur.

Waktu menunggu sehingga jam 3.00 petang, aku tak berhenti-henti baca doa "lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin" biasanya doa ni orang nak bersalin baca supaya dipermudahkan dan senang melahirkan anak. Aku baca sampailah turn aku masuk dalam bilik ujian. Nurse minta aku tanggalkan kain dan pakai baju yang disediakan. Waktu tu rasa macam nak bersalin tengok peralatan semua buat aku rasa gerun. Aku mintak suami temankan tapi tak dibenarkan..jadi aku harung seorang diri. Sepanjang hidup aku 25 tahun tak pernah melalui semua ini rasa nak nangis kenapa mesti aku?

x-ray dilakukan dengan memasukan/menyuntik cecair khas ke dalam rahim. Jujur aku katakan ianya sangat sakit mungkin aku tak sekuat TTC yang lain. Aku dapat rasa suntikan dibuat sebanyak 2 kali . Perut akan rasa senak dan bisa seperti nak buang air besar. Cukuplah YaALLAH aku berharap ianya kali pertama dan terakhir dalam hidup ini. Doc akan mengambil gambar x-ray sebanyak 9 keping dan keputusan pada hari itu juga. Tak sampai 10 minit result diperolehi. Apa yang mampu aku ucapkan YaAllah syukur Alhamdulillah, result yang tertulis dalam ujian HSG yang telah aku singkatkan.
  • Preliminary film show no significant abnormality
  • Uterine cavity is normal
  • Both fallopian tubes are patent

Kos yang dikenakan:-
Daftar - RM2.00
Ubat - RM21.98
HSG dan Service Doc - RM245.00
Kos Perundingan & Rawatan - RM60.00

Temujanji dengan doctor kali ke 3

Ambil darah serius aku takut dengan jarum sebab first time. Aku tak pandang pun doctor, suami aku jer yang tengok. Sekejap jer result pulak kena tunggu checkup yang ke 4. Suami kena buat semen analysis..result failed sebab tak cukup mana taknya suruh buat dalam toilet mana nak bersedia. So kena buat test lagi sebelum 29.9.2012. Bulan ni aku dah start clomid 50gm semula dan continue asid folic. Kos yang dikenakan:-
Kos Perundingan dan scan - RM100.00
Semen analysis - RM50.00
Kos ubatan, daftar dan services - RM45.00

Temujanji dengan doctor yang seterusnya pada 29.9.2012 (sabtu) - persiapkan mental, fizikal dan wang. InsyaALLAH selagi kudrat masih ada.

SK AL-KHISHBUN


Alhamdulillah barang yang aku order hari khamis dah sampai dengan selamatnya hari nie..Walaupun macam gini gupernyer hehe yang penting barang ok. Tak sabar nak tunggu malam nie nak start minum susu sk al-khishbun.


Dari tahun lepas nak beli susu ni itu pun diperkenalkan oleh kawan. Tapi disebabkan aku dan en suami tengah amalkan minum susu higoat, maka terbantutlah hasrat nak beli. Hari khamis hari tu godek-godek cari pasal susu kambing dan kehamilan maka terjumpalah blogger milik inahaireina http://inahaireina.blogspot.com lepas baca tentang kisah beliau terus terdetik dihati dan bersemangat nak beli. Time tu juga msg dan transfer duit secara online. Mujurlah sms aku dilayan sebab dah jam 10.30 malamkan.


Harga 1 Botol : RM55.00 + RM5.00 (Wang Pos)
Aku beli terus 2 botol senang untuk 2 bulan. Khasiatnya jangan tanya akulah kan sebab malam nie baru nak start minum. Tak tahulah sesuai ke tidak untuk aku dan en suami. Tanyalah kepada mereka yang ada pengalaman minum susu sk alkhisbun nie. Yang aku tahu susu ni bagus untuk kesihatan suami isteri disamping untuk memperbetulkan masalah hormon dalam badan kita. Yang penting kita kena usaha, ikhtiar dan tawakal.

p/s:dulu tak pernah langsung minum susu kambing, sekarang apa saja orang suruh minum atau makan walaupun bau hamis, pahit, masam, loya aku telan tak pikir apa pun demi untuk dapatkan zuriat. Tengok orang lain senang jer..mungkin ini sudah bahagian aku. Positif Thinking.

Resepi::Ayam Masak Black Pepper


Menu our lunch today requested by en suami. Senang dan simple jer resepi aku nak kongsi hari ni..namanya masak campak-campak jer. Bahan-bahan dan cara memasaknya ialah:-


4 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit saja halia - kalau rasa nak buang angin dalam badan boleh jer letak lebih
#Semua bahan tersebut ditumbuk ala kadar jer jangan sampai lumat.
#Kemudian tumiskan dalam kuali sehingga kekuningan dan naik bau


  
Sayuran : Kacang panjang dan kobis bunga (Nak sedap tambah cili bangala hijau)
1 biji tomato di belah enam
1 biji bawang besar dihiris bulat
#Kemudian campakkan  bawang besar dan sayur tadi. Balik-balikkan macam goreng sayur tapi jangan sampai sayur lecur, biar rangup-rangup sedap.
#Tomato letak akhir sekali



Sos Tiram guna jenama maggi
Kicap manis kipas udang
Black pepper souce sarawak - gunalah jenama ini sangat sedap nak lagi uuumph gunalah black pepper yang ditumbuk sendiri.
#Masukkan sos tiram, kicap manis dan black pepper souce


#Masukkan sedikit air dan air asam jawa bagi berkuah sedikit.
#Kalau nak lagi pekat letaklah tepung jagung.
#Sedikit garam sebagai perasa
#Akhir sekali baru masukkan tomato


#Ayam 1/2 ekor digoreng terlebih dahulu. 
#Kemudian masukkan terus kedalam kuah black pepper tadi, balil-balikkan kemudian sedia untuk dihidang..Taaaaaaaaddddddaaaa -----@


Terkeliur tak dengan persembahan masakan aku hari ni..
En suami cakap sedap ok fullstop.

Friday, September 21, 2012

Semangat Dengan Tempat Rawatan Yang Baru


Belum lagi Hujung tahun 2012, semangat harus diteruskan..begitulah harapan aku setiap kali menulis yang kadangkalanya jatuh dan bangkit semula dengan semangat yang baru. huuuhhh gigihnya aku berTTC. Cerita aku untuk diri aku, kenangan aku, dan sekiranya ada rezeki anak biarlah anakku membaca apa yang aku tulis dalam usaha mendapatkanya. Sekiranya memang tidak ada rezeki untuk aku maka segala apa yang aku tulis hanya dapat dikongsi untuk mereka diluar sana dan  penulisan ini hanya tinggal kenangan buat selamanya.

Tahun  2011, Aku memilih klinik Pakar Wanita Liu & Vicent sebagai tempat aku merujuk dan menjalankan rawatan. Tidak ada sebarang ilmu atau persediaan (maksudnya aku tidak bersedia langsung dari segi mental dan fizikal). Datang klinik dan terus menyerah diri. Sebagai seorang yang baru dan gigih untuk berTTC aku tidak tahu apa rawatan yang sepatutnya aku ambil, maka aku serahkan pada doctor yang lebih pakar. Apa rawatan yang aku buat pernah aku ceritakan pada tahun lepas, lepas tu rawatan tidak diteruskan dan berakhir separuh jalan..

Tahun 2012, Aku bertukar angin dengan memilih Putra Specialist Hospital dan berurusan dengan Doktor Ishaireen. Kenapa mesti aku pilih hospital swasta juga, sedangkan hospital kerajaan juga baik. Hospital swasta bayaran lebih mahal dan berganda-ganda harganya, hospital kerajaan pula percuma. Rawatan dan result yang dihasilkan juga sama. Sebenarnya aku rasa dah terlalu banyak buang masa..aku mengejar masa dan yes aku tak boleh menunggu lagi. Jadi aku dan suami memilih hospital swasta supaya rawatan yang kami buat selepas ini berjalan lancar , baik dan cepat. Terburu-buru ker aku sampai jadikan alasan sebegitu. Sebenarnya kalau ada rezeki buat dimana-mana hospital pun sama jer. Buat rawatan di hospital secanggih mana sekalipun sekiranya Tuhan belum izinkan maka terimalah ketentuannya.

Now kami laki bini kena mulakan rawatan dari zirro..aku selesa berurusan dengan doctor perempuan dan beragama islam. Barangkali rasa malu berkurangan bila doctor ingin melihat kemaluan kita dan senang untuk straight to the point. Kami sudah bersedia dari segi mental, fizikal, masa, wang dan kesungguhan. Yang penting usaha, mungkin sebelum ini Tuhan belum lagi memberi kami jalan atau jalan telah Tuhan tunjukkan tapi belum kami nampak. Dan sekarang peluang yang ada tidak akan kami sia-siakan.

p/s: nanti aku akan berkongsi cerita dari mula apa rawatan yang telah aku buat dalam giat berTTC.

Selamat malam .




Tuesday, September 11, 2012

Selamat Hari Lahir Buat Suamiku "27 Tahun"


Doa manja untuk abang,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang..

YaAllah, engkau murahkanlah dan berkatilah rezeki kepada suamiku,
YaAllah, engkau berikanlah suamiku dengan kesihatan yang baik,
YaAllah, engkau panjangkanlah usia agar suamiku lebih lama mentaatimu,
YaAllah, engkau ringankanlah segala ujian terhadap suamiku,
YaAllah, jangan engkau sia-siakan segala usahanya,
YaAllah, engkau tambahkanlah amalan suamiku saat bertambah usianya,
YaAllah, engkau kuatkan imannnya dan beri kenikmatan kepada ibadahnya,
YaAllah, engkau muliakanlah dan sayangi dia dengan bahagiakan keluarganya,
YaAllah, engkau berikanlah kekuatan ketabahan dan kesabaran yang kuat kepadanya,
YaAllah, semoga suamiku menjadi temanku di akhirat yang kekal abadi.

aminyarabalallamin..

Renungan untuk kita bersama,


Suamiku,

Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa nikmat dan rezeki yang telah Tuhan kurniakan datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya rezeki pada anak sahaja. Tetapi rezeki pada harta benda, rezeki pada kewangan, rezeki pada kerjaya, rezeki pada keselamatan, rezeki pada kesihatan dan rezeki pada kebahagian. Sehingga hari ini kita hidup dengan bahagia, sempurna dan selesa, tapi tuhan uji kita tanpa kehadiran cahaya mata..ianya satu ujian yang sangat berat untuk kita, tapi siapa kita untuk menolak segala ujian itu. Semuanya telah diatur dan disusun dengan baik oleh NYA. Dugaan yang kita terima adalah sedikit jika dibandingkan ada lagi insan diluar sana yang lebih hebat dugaan dan durinya. 




Sunday, August 26, 2012

Raya pertama 2012


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam seluruh dunia. Dikesempatan ini saya, suami dan keluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kami mohon maaf zahir dan batin. 

Tahun ini raya pertama aku beraya dirumah ayahanda dan bonda tercinta setelah 2 tahun berturut-turut raya pertama dirumah mertua. Berjaya juga aku memujuk en suami itu pun dengan linangan air mata..mujur berkesan. Tahun-tahun yang lepas memang tak sempat langsung bergambar, nasib tahun ni ada juga kenangan gambar raya untuk tahun 2012 walaupun tak banyak. Enjoy the picture!!!!


Siap-siap asingkan duit raya


Family Kakak aku yang pertama


Family Kakak aku yang kedua


Family aku masih lagi berdua


Menikmati juadah dipagi raya






Tahun ni aku, kakak aku yang kedua dan adik aku jer yang ada raya pertama . Abg Long dan kakak pertama masing-masing beraya dirumah mentua dulu. Taklah sunyi ada juga anak buah aku 4 orang penghibur.


 Adegan salam bermaafan sesama keluarga






Turn adik lelaki aku yang bongsu


Anak buah aku yang sulong, anak kakak pertama..tirnggal dengan mak dan abah aku. Sebab tu raya pertama pun tak ikut ibu dan ayah dia. Raya dirumah atok dan nenek dulu.


Turn aku  bermulalah adegan air mata


Abah tak balik lagi dari masjid  masa ni. Memang selalu abah balik lewat..Setelkan urusan masjid dan macam2 lagi. Tak adalah gambar bermaaf-maafan dengan abah.


 Turn en suami memohon ampun dari ibu mertua 


Tersenyum ibu mertua bila menantu hulurkan angpau hehehe



Adik lelaki bongsu single mingle lagi






sesi bagi angpau pulak pada anak-anak buah


ok sampai disini saja picture gedik kami dihari raya pertama. Selamat Hari Raya Kawan-Kawan. Kepada mereka yang on diet ingat-ingatlah yer hehe takut-takut bulan puasa dah turun 5 kilo, raya naik 10 kilo (^__^)

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)