Friday, September 16, 2011

Segak Bergaya peeeeeewwiitttt


Sambutan hari kemerdekaan peringkat Negeri Melaka
Lokasi : Dataran Pahlawan, Melaka

Seawal jam 5.00 pagi aku dah bangun untuk bersiap-siap. Maklum ler jem kena gerak awal. Kena sampai dilokasi jam 6.30pagi. Jadi Mr Driver pun kena bangun awal untuk hantar aku.


Tengah pin kan mafla oleh Puan Mas


Sibuk menghias dan mencantikkan diri hehehehe



Sampai dataran ramai puji baju kami cantik dah macam meet uncle hussin, ada yang cakap macam mafia, ada jugak yang cakap dah macam jim carry dan paling teruk ada yang cakap macam ahli silap mata huhuhu


Tak kesah apa orang nak cakap yang penting kami dah macam artis sekejap..jadi tumpuan abg cameraman (yeke ngehngeh perasaan jer)


Kedudukan aku disebelah kiri sekali
Sebab kedudukan yang disusun yang tinggi lampai dihadapan dan dibelakang dan yang ketot termasuklah aku ditengah2.


Sian aku sarung tangan tu free saiz, jari aku pulak runcing tidak berisi. Jadi macam itulah gupernya bila pakai berkedut-kedut.


Kumpulan kami di no 11  diantara barisan yang paling awal. Kontigen perbarisan semuanya ada 145 kumpulan. Jadi kami sampai pun awal digarisan penamat. Apa lagi makan lah perut dah lapar. Kaki pulak dah melecet pedih..Tengok aku sampai jer terus bukak kasut..tak kira ramai orang ke tak sakit wooooo


Sambil makan kami menyaksikan perbarisan dari kumpulan lain yang belum habis kami sempatngumpat2 baju seragam orang lain hehehe
( tak ada ler keje lain)


Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi~~lalalala ah sambung nyanyi~~


Pertunjukan kederaan..aku snap dari jauh jer sebab sepanjang jalan tu ramai orang, bagi lah peluang orang awam pulak = )


Ok sampi disini saja cerita tentang sambutan hari kemerdekaan yang berlangsung pagi tadi (16 September 2011). InsyaAllah kalau ada umur yang panjang kita  jumpa lagi tahun depan. 

Salam Kemerdekaan yang ke-54 dan Salam 1 Malaysia

1 Malaysia:Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Salam Kemerdekaan Yang ke -54 dan Salam 1 Malaysia Buat Semua Rakyat Malaysia



Alhamdullilah kita bernafas diatas negara yang aman dan damai tanpa ada persengketaan, penderitaan dan peperangan. Semoga kemakmuran negara yang dikecapi ini akan kekal hingga ke generasi yang seterusnya.
Walaupun kita telah lahir selepas kemerdekaan kita patut rasa bangga dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang-pejuang kemerdekaan untuk memerdekakan tanah air kita tercinta.

Erti Kemerdekaan (Arkib Negara):

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Negara telah lama mencapai kemerdekaan, tapi pernahkah kita terfikir apakah pengorbanan dan tanggungjawab kita selama ini untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Sambutan kemerdekaan tidak semata-mata hanya mengibarkan Bendera Jalur Gemilang ataupun kemeriahan sambutannya, malah ia menuntut pengorbanan yang lebih besar iaitu untuk kita sama-sama  merencanakan hasrat Malaysia dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berintegriti, kukuhkan perpaduan sesama kita dan menjaga maruah negara. Bebaskan diri kita dengan menjauhi anasir-anasir yang tidak baik serta boleh menggugat kehidupan dan kesejahteraan kita. 

Bendera Malayisa adalah maruah negara, Maruah itu turut tercalar apabila ada segelintir pihak yang cuba menjatuhkan maruah negara dengan melakukan sedemikian rupa :



Bendera Malaysia Dibakar


Bendera Malaysia Dipijak dan Diconteng


Berkemban dengan Bendera Malaysia


Platik Minuman dilakar Bendera Malaysia


Tepuk dada tanyalah diri sendiri?

Maruah Negara harus dijaga dan disanjung tinggi. Maruah negara tercalar maka kita sebagai rakyatnya juga akan turut tercalar.

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)