Tuesday, July 5, 2011

Sesi Outdoor di Air Terjun Asahan - 3.7.2010



Sesi Outdoor pulak kami pilih tempat lain dari yang lain cikit..Sebab kat taman bunga, tepi pantai, tepi sawah, masjid dah ramai orang buat kan..so kami nak yang berbeza sedikit, tak banyak pun cikit jer.
Kami pilih Air Terjun Asahan Gunung Ledang. Gempak jer bunyi..bukan kami daki naik gunung ledang pun kat kaki gunung jer ngehngeh~~

Akulah Puteri Diana Gunung Ledang Yang Menjadi Idaman Putera Khairul Mahmud Syah (dah berangan lagi)







Penat sangat berapa kali buat dah..nasib jadi kalo tak aku ulang balik gaya yang sama 


~~uuuupppsss huhhu~~


Satu jer adegan yang aku tak buat masuk dalam air..kalo tak basah lencun aku. Ni pun kain dah basah separuh..panjang sangat~~




Kalo ada yang rasa nak cuba panjat2 batu dan adventure cikit boleh buat kat tempat2 mcm nie yer~


Puteri dah jumpa putera idamannya, ni tengah bikin filem untuk 2012 tau apasal korang semua terngedap2 nie..


Sian korang semua tak pasal2 kena lompat 10 kali..abg fotografer nie pun saja nak dengki korang hehehe


Terima Kasih kawan2 semua eskot aku sampai kesini. dalam 10 biji kete jugak la yang follow.. kami redah hutan belantara nie siap hujan renyai2 lagi. sebaik tak lebat kan kalo tak rosak program aku.


Kalo ada yang berminat untuk fotografer boleh klik kat SINI
Boleh tengok gambar2 yang lain juga.

Ok cukup sampai disini saja cerita dan gambar majlis perkahwinan kami. Semoga ia menjadi kenangan yang terindah buat kami berdua~~
Episod cinta kami berakhir dengan sebuah ikatan yang murni.
Tiada lagi episod cinta..tapi hanya cinta dan kasih abadi dunia dan akhirat~amin.

 <Diana & Khairul >


Masa Untuk Tukar2 Baju Pulak - 3.7.2010

Semalam tak sempat  nak abiskan cerita dan upload gambar2 kawin yang lain ..so malam nie sambung balik yer. Hari ini plak aku nak upload la cikit gambar untuk persalinan pakaian. Aku tak lah cerewat sangat..kebanyakkan semua andaman yang suggest..aku iakan jer hehe~~ sekarang nie lagi dah macam2 trend aku tengok, nak2 pelamin huii sanggihnya~~ 

Pelamin aku simple jer tu pun bukan yang aku inginkan. Dah la tak moh ingat2 kan lagi pasal pelamin setahun yang lepas tu dah basi. Yang penting majlis berjalan lancar..barang yang dah lepas jangan dikenang. Tapi sampai hari ini aku terkenang dan terkilan uuuwaaa.

Jom tengok aku jadi model sekejap


Semua rumah jiran aku tumpang untuk fotografi


Sakit kepala aku masa nie.. Paling lama pulak
 tu dandan..dah pakai tanggal balik silap kata  mak andam sabor jerlah~~


Apa motif abg fotografer ambik gambar dgn basikal nie aku baru perasan.. sebab banyak sangat gambarkan dia bg dalam cd tu.. so masukkan yang ini lah yg tak ada dalam album kawin~~bagi die seni kot..ak tak geti menilai seni.



Rumah tinggal pun kami redah~~


Tak ada yang tertinggal la..celah pokok celah lumut semua ada


Cukup la tu muak korang tengok bukan model mcm nasha aziz pun, semua nie sekali dalam seumor hidup aku..sok 20 tahun akan datang bila tengok balik ada jugak kenangan nak cerita pada anak2.

 Seksinya mommy kata anak..mommy jawab nie gambar dulu2 skang dah lain ~~ jawapan standart~~

Majlis Persandingan - 3.7.2010

Korang tahu sambil aku upload balik gambar kawin aku nie..sambil tu aku berangan teringat setahun yang lalu..seronoknya duduk atas pelamin dan tersengeh2.. paling seronok kena posing2 tu aku suka hehehe~

Majlis sanding aku simple je~~


Sentuhan Kreatif dari Donz Wedding~~i like~~












Saja aku nak masukkan gambar anak buah aku yang comel nie..anak abg dan kakak aku. Yang kelakarnya mula2 dua2 x nak sampai menangis..last2 dua2 yang lebih.


"Kenangan bersama gadis DPR 2004-2006"


Member aku yang rapat masa zaman kat poly dulu




Inilah keluarga besar aku, yang tak ada dalam gambar hanya 2 orang anak buah ku yang sulong tak tahu pergi mana semasa gambar diambil dan abag iparku berada di Dubai.


Akhirnya sekali terima kasih pada mak dan abah yang menjagaku selama 24 tahun. Jasamu takkan dapatku balas..hanya doa tulus hatiku agar mak dan abah sentiasa dirahmati tuhan. amin~~
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)