Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012::Jangan Menangis Lagi

Selamat berhijrah ketahun baru yer kawan-kawan..


Seronok tengok kawan-kawan semua bahagia bersama suami, anak dan keluarga tercinta. Yang bakal menimang cahaya mata jaga kesihatan diri dan baby..yang bakal mendirikan rumah tangga semoga bahagia melayari bahtera alam berumah tangga, yang telah mendapat pekerjaan baru kerja rajin-rajin supaya cepat naik pangkat, yang mana gaji dah naik jangan lupa bayar zakat pendapatan dan pada kawan-kawan yang rasa dukacita jangan bersedih sebab apabila tuhan menduga kita bermakna DIA ingat pada kita..maka kita perlu sentiasa ingat pada DIA.


Pada kawan-kawan yang dah tukar kereta baru, dah beli rumah baru alhamdullilah dengan rezeki yang dikurniakan. Ada juga kawan-kawan yang dapat sambung belajar..belajarlah rajin-rajin untuk masa depan. Tidak kira baik atau buruk perkara yang kita lalui yang penting kita kena bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Walaupun adakalanya insan seperti aku merungut menerima dugaan daripadaNYA..adakalanya tidak bersabar, adakalanya tidak mampu mengawal perasaan amarah dan adakalanya tersasar daripada landasannya.


Untuk aku...aku kena kuat dan terus kuat untuk menerima segala dugaan. Yang penting sekali aku kena belajar menyayangi dan mencintai diri sendiri. Kerana mungkin selama ini aku hanya mampu menggembirakan dan memberi kebahagian  kepada orang lain sehingga aku lupa..aku juga berhak untuk melalui kebahagian itu. Perasaan aku bila tengok mereka disisiku gembira..aku juga turut gembira..tapi sebenarnya tidak. Riak hati mengatakan tidak dan riak wajah hanya mampu memberikan senyuman yang terbaik untuk mereka.


Biarkan saja apa mereka kata, biarkan saja apa mereka perli, biarkan saja apa mereka cerca dan terimalah apa saja yang mereka katakan sebagai pembakar semangat dan menerimanya sesuatu yang positif.


Pada en suami sepanjang melalui kehidupan bersamamu aku bahagia walaupun adakalanya aku menangis keranamu dan aku juga gembira keranamu. YaALLAH titipkanlah kebahagian kepada rumah tangga kami sehingga kami bertemu disana nanti. Semoga ditahun yang baru memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha kearah yang lebih baik. InsyaALLAH..

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)