Thursday, December 15, 2011

Ramainye Yang Sayang Aku


Sedih, terharu sangat bila ramai yang sayang pada aku..boleh ke perasaan macam tu..patut bila dah ramai sayang kenalah happy yer tak? Ini aku terharu dan sedih pulak..

Kadang-kadang aku rimas, tapi sebab niat baik mereka buat aku selalu stress dan sedih. Boleh dikatakan dalam sehari mesti ada sayang aku sangat2 tanya soalan cepu emas dah ada lum tanda-tanda nak pregnant??? kalau dah hari2 ada jer yang ambik berat tak ker kau rasa rimas. Nampak sangatkan orang memerhatikan diri kau..tapi tak baik aku berperasaan macam tu..sebab mana tahu mereka nie benar2 ambik berat tentang aku. contoh semalam jer 2 orang tanya soalan CEPU EMAS TU.. 

" Berapa lama dah kau kawin dik..aku jawab dah 1 tahun 4 bulan kak..akak bagi petua kat kau lepas bersama suami tu jangan bergerak atau bangun baring dalam tempoh 30 minit baru bangun..aku iyerkan..terima kasih kak InsyaAllah saya akan buat..(petua tu aku dah buat selama nie..) kakak yang tegur nie kakak cleanner office aku yang baru sebulan keje. Kenal-kenal macam tu jer..tapi peramah sampai luar dalam dia tanya aku huhu.."

"Seorang lagi driver office aku, Diana kau dah pergi tempat mengurut yang abang cakap tu..kau dah call kak ita (sedara driver). Aku jawab belum lagi bang..lepas tu die meninggikan suara apesal kau tangguh2 dan bebel bla bla bla.... aku rasa nak nangis kena tegur macam tu..tapi muka aku still lagi boleh senyum2. Oleh kerana tidak mahu mengecilkan hatinya aku jawab nanti diana akan  call makcik tu..sambil aku bla cepat2 takut kena marah lagi. sedih wooooo..."

Bila aku fikir semula mengenangkan ramai kawan-kawan, sedara mara dan keluarga yang begitu ambik berat terhadap aku..aku rasa bersyukur, mereka sayang sangat pada aku..walaupun kata-kata mereka buat aku tersinggung atau sedih. Tapi aku redha = ikhlas BUKAN pasrah = menyerah (dalam ombak rindu). Aku tidak dapat membaca hati dan fikiran manusia samada mereka ikhlas atau tidak yang penting 3 perkataan daripada aku :-

T.E.R.I.M.A. K.A.S.I.H. S.E.M.U.A.

6 comments:

Annur said...

siannya kat ko.. aku pun memahami.. walaupun aku xkena macam ko.. family mertua pun tak pernah tanya, sbb aku pun masih study. semua cakap abiskan study dulu.. tapi kalau boleh, skg pun aku nak mengandung jugak..
yang penting, kita kena kuat, berusaha dan teruskan berdoa...Allah tahu masa yang sesuai untuk Dia turunkan rezeki untuk kita~~

RosDiana said...

sian kat aku kan faizin..dugaan mental..kalau tak kuat boleh hanyut..kita doa sama2 ada rezeki untuk kita..insyaAllah

Anonymous said...

ezati @ otai : biasa la adat manusia.. bila belum kawin tanyer bila nak kawin.. dah kawin tanyer plak dah mengandung ke belum.. bila dah ada anak sorang akan ada soalan bila nak tmbh yg kedua.. dan seterusnya.. tak kan penah habis.. jd masuk telinga kiri kuar telinga kanan sudah.. percaya pd apa yg dah tertulis utk kita.. semuanya dah diatur oleh yg Maha Esa.. pasti ada hikmah yg tersembunyi.. by the way jgn berhenti berusaha yer puan yana & en. mirin.. chayok3. :-)

RosDiana said...

otai sedih nak nangis...adatkan manusia ada yang mcm tu..sekarang nie tengah cuba masuk telinga kanan keluar telinga kiri..doakan untuk aku..tq

Anonymous said...

ezati @ otai : nangis je la yana kat bahu mirin tu.. kalo nangis blh bg kekuatan.. nangis la sepuas2 yer.. perempuan kan terkenal dgn kelembutannya.. ahakss.. setiap org lain situasinya kan.. mungkin ko tansion sbb soalan org2 tanyer dah berisi ke belum.. aku plak tension dgn soalan "bila lg tu??" / "bila nak kawin?"... hahaha.. buat derk je.. mls nak layan... ada rezeki ko yana.. setiap org lain bahagiannya.. kalo ko xputus asa InsyaALLAH ada.. ko cuba jadikan Puan Nurol Aleyzan sebagai cth.. berapa lama die tunggu nak anak... sekali ALLAH bg terus dpt dua.. dpt yg 1st tak lama lepas tu dpt yg 2nd.. jgn putus asa erk yana.. kalo ko terlalu tension effect jugak kat kesihatan ko.. nnt lg susah.. aku sentiasa doa kan ko.. peace :-)

RosDiana said...

hari2 aku merengek kat mirin sian die..aku bukan jer dah jadi lembut tapi hati aku dah cair mcm lengkong..untuk kau aku doakan ada jodoh insyaAllah. Kita sama2 pekakkan telinga tau wat ever orang nak cakap..tapi aku tak kuat uwwwwwaaaa

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)