Saturday, December 31, 2011

Sifat Yang Perlu Dibuang Untuk Kebaikan Bersama Suami & Isteri



Bercinta 6 tahun pun kalau tak sebumbung atau sekatil kau tahu perangai laki/bini kau macam mana??? Hampir setahun lebih kawin dan hidup bersama dengan en suami satu persatu perangai buruk aku ditegur dan dibongkar.  Kalau kearah kebaikan bagus sebab diri kita kadang-kadang perasan macam sempurna jerk.. suami atau isteri kena beranilah tegur walaupun rasa tersentap jugak dengan teguran yang mungkin boleh buat hati mendidih. Kenalah terima yer dak untuk kebaikan bersama.

Pejam celik, pejam celik dah 1 tahun 5 bulan aku kawin..macam rasa baru kawin kau..dalam honeymoon lagi hehe..mungkin belum dikurniakan zuriat lagi sebab tu aku rasa macam baru semalam kawin. Mula-mula kawin agaknya en suami hanya perhati jer tingkah laku aku. Mungkin juga en suami sedang membuat analisis dengan perangai aku yang semakin jelek. Dan perlahan-lahan analisis tersebut dirungkaikan antaranya :-
  • Kadang-kadang aku suka bawa makanan atas katil, syok dapat makan atas katil nak-nak makan jajan sambil tengok movie on9.
  • Lepas dah makan tinggalkan sisa makanan atas meja solek atau atas iron board.. bukan selalu pun aku buat..tapi bukan selalu tulah yang kena tegur nyampah =)
  • Aku suka buka SMS yang dihantar oleh sapa-sapa jer pada HP suami walaupun suami  depan mata. Siap kena warning lagi..tak heran esok lusa aku buat lagi hikhik.
  • Baca apa-apa jerlah yang ada dalam hp en suami, dari inbox mesage, sent item,draft, outbox, report dan calendar pun aku check. Bukan meragui atau cemburu apa-apa pun tapi suka buat perangai macam tu. 
  • Buat tanda cinta dilehernya (sorry ek untuk yang belum berkahwin) 
  • Makeup setebal 2 inci dah macam penyanyi opera cina (kalau boleh tak payah pakai apa-apa) mana boleh yer dak dah nama perempuan..tak sah kalau tak tepek bedak kat muka.
  • Tahan kencing nak-nak time nak shopping lepas tu dah tak boleh tahan kena cari toilet..padahal en suami dah suruh pergi buang siap-siap. Saja aku buat hal ngehngeh.
  • Jangan menghabiskan masa didalam bilik..memang dari bujang sampai kawin aku suka terperap dalam bilik kalau tak keluar kemana-mana. Tengok tv pun kalau ada citer best..
  • Waktu cuti saja melambatkan mandi, matahari dah tercangak baru terhegeh-hegeh nak mandi...sat lagi dengarlah suami berleter hahhaha (sebenarnya aku tahu en suami tak suka tengok aku pakai baju kelawar dah macam pontianak terbang) errrkk...
Tak banyak pun sikit jerkan..nie yang aku ingatlah ngehngeh..tapi semua teguran nie bagus untuk aku improve diri sendiri. Niat suami memang baik..bukan untuk menjatuhkan maruah isteri tapi inginkan isterinya menjadi yang terbaik dimatanya..en suami cakap apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. So senangkan yang baik kita kekalkan dan yang buruk kita ubah. Hidup suami isteri kena bertolak ansur dan saling menerima teguran dan pandangan masing-masing.. 

ok bye..selamat malam~~

Friday, December 30, 2011

Tahun Baru 2012::Jangan Menangis Lagi

Selamat berhijrah ketahun baru yer kawan-kawan..


Seronok tengok kawan-kawan semua bahagia bersama suami, anak dan keluarga tercinta. Yang bakal menimang cahaya mata jaga kesihatan diri dan baby..yang bakal mendirikan rumah tangga semoga bahagia melayari bahtera alam berumah tangga, yang telah mendapat pekerjaan baru kerja rajin-rajin supaya cepat naik pangkat, yang mana gaji dah naik jangan lupa bayar zakat pendapatan dan pada kawan-kawan yang rasa dukacita jangan bersedih sebab apabila tuhan menduga kita bermakna DIA ingat pada kita..maka kita perlu sentiasa ingat pada DIA.


Pada kawan-kawan yang dah tukar kereta baru, dah beli rumah baru alhamdullilah dengan rezeki yang dikurniakan. Ada juga kawan-kawan yang dapat sambung belajar..belajarlah rajin-rajin untuk masa depan. Tidak kira baik atau buruk perkara yang kita lalui yang penting kita kena bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Walaupun adakalanya insan seperti aku merungut menerima dugaan daripadaNYA..adakalanya tidak bersabar, adakalanya tidak mampu mengawal perasaan amarah dan adakalanya tersasar daripada landasannya.


Untuk aku...aku kena kuat dan terus kuat untuk menerima segala dugaan. Yang penting sekali aku kena belajar menyayangi dan mencintai diri sendiri. Kerana mungkin selama ini aku hanya mampu menggembirakan dan memberi kebahagian  kepada orang lain sehingga aku lupa..aku juga berhak untuk melalui kebahagian itu. Perasaan aku bila tengok mereka disisiku gembira..aku juga turut gembira..tapi sebenarnya tidak. Riak hati mengatakan tidak dan riak wajah hanya mampu memberikan senyuman yang terbaik untuk mereka.


Biarkan saja apa mereka kata, biarkan saja apa mereka perli, biarkan saja apa mereka cerca dan terimalah apa saja yang mereka katakan sebagai pembakar semangat dan menerimanya sesuatu yang positif.


Pada en suami sepanjang melalui kehidupan bersamamu aku bahagia walaupun adakalanya aku menangis keranamu dan aku juga gembira keranamu. YaALLAH titipkanlah kebahagian kepada rumah tangga kami sehingga kami bertemu disana nanti. Semoga ditahun yang baru memberi semangat kepada kami untuk terus berusaha kearah yang lebih baik. InsyaALLAH..

Tuesday, December 20, 2011

Bau Ketiak..eErrrrrr


Boleh ker kita perasan bau ketiak kita sendiri...diri sendiri tak kan tak boleh bau kot. Aku selalu kena marah dengan en suami gara-gara bau ketiak orang lain..masalahnya mulut aku nie sometime celupar tak bertempat. Buat-buat ler cakap kuat dengan harapan orang yang berkenaan terasa....eeee jahatnya aku. 

Tapi itulah hakikatnya aku sangat sensitif dengan bau ketiak. Terutama bila dalam lif. MasyaAllah boleh pengsan atau pitam. En Suami selalu ingatkan aku jangan mengata orang direct, jangan gunakan bahasa kiasan, atau perli-perli. Sebab takut nanti berbalik pada diri kita tanpa kita sedar.

Sapa nak dekat kalau dah badan bau ketiak, kawan-kawan pun akan rasa tidak selesa yer tak. Senang jer kan nak elak dari badan bau ketiak selepas mandi pakailah deodorant kalau boleh gunalah yang boleh tahan 24 hours pun tak per. Asal badan kita tidak berbau itu yang penting. Kalau pakai minyak wangi sembur berbotol-botol pun kalau dah ketiak berpeluh pun hampeh jugak. Hilang selera aku nak makan kalau dah terbau ketiak nie tau!!!! potong selera...

Ada segelintir kita yang memang susah nak hilangkan bau ketiak nie, nak-nak mereka yang aktif dan cepat berpeluh..jadi cubalah guna cara tradisional pulak mana tahu berkesan :-

  • Ambil limau kasturi atau limau nipis pun boleh jugak, belahkan dua kemudian gosok atau sapu kebahagian bawah ketiak sambil salawat. Biarkan beberapa minit, kemudian cuci. Lakukan dengan kerap InsyaAllah hilang bau badan.
  • Petik beberapa helai daun jambu batu dan ambil segenggam beras yang telah digoreng, kemudian sapu bahagian bawah ketiak. Buat dengan kerap.
  • Ambil timun potong nipis dan kisar untuk dapatkan jus, kemudian sapu bawah bahagian ketiak tersebut...biarkan seketika dan cuci.
Senangkan petua-petua yang ada nie. Yang kurang berbau ketiak pun boleh buat supaya sentiasa segar dan wangi. Aku selalu guna petua yang pertama, sebab aku suka mandi air limau kasturi boleh buat rambut aku jadi lembut, sambil tu gosok2 dibahagian mana yang patut. Selamat Mencuba!!!!

Pesanan Penaja : Bau Badan Boleh Menjejaskan imej kita!!Hindari Dan Cegah Segera!!

Thursday, December 15, 2011

Ramainye Yang Sayang Aku


Sedih, terharu sangat bila ramai yang sayang pada aku..boleh ke perasaan macam tu..patut bila dah ramai sayang kenalah happy yer tak? Ini aku terharu dan sedih pulak..

Kadang-kadang aku rimas, tapi sebab niat baik mereka buat aku selalu stress dan sedih. Boleh dikatakan dalam sehari mesti ada sayang aku sangat2 tanya soalan cepu emas dah ada lum tanda-tanda nak pregnant??? kalau dah hari2 ada jer yang ambik berat tak ker kau rasa rimas. Nampak sangatkan orang memerhatikan diri kau..tapi tak baik aku berperasaan macam tu..sebab mana tahu mereka nie benar2 ambik berat tentang aku. contoh semalam jer 2 orang tanya soalan CEPU EMAS TU.. 

" Berapa lama dah kau kawin dik..aku jawab dah 1 tahun 4 bulan kak..akak bagi petua kat kau lepas bersama suami tu jangan bergerak atau bangun baring dalam tempoh 30 minit baru bangun..aku iyerkan..terima kasih kak InsyaAllah saya akan buat..(petua tu aku dah buat selama nie..) kakak yang tegur nie kakak cleanner office aku yang baru sebulan keje. Kenal-kenal macam tu jer..tapi peramah sampai luar dalam dia tanya aku huhu.."

"Seorang lagi driver office aku, Diana kau dah pergi tempat mengurut yang abang cakap tu..kau dah call kak ita (sedara driver). Aku jawab belum lagi bang..lepas tu die meninggikan suara apesal kau tangguh2 dan bebel bla bla bla.... aku rasa nak nangis kena tegur macam tu..tapi muka aku still lagi boleh senyum2. Oleh kerana tidak mahu mengecilkan hatinya aku jawab nanti diana akan  call makcik tu..sambil aku bla cepat2 takut kena marah lagi. sedih wooooo..."

Bila aku fikir semula mengenangkan ramai kawan-kawan, sedara mara dan keluarga yang begitu ambik berat terhadap aku..aku rasa bersyukur, mereka sayang sangat pada aku..walaupun kata-kata mereka buat aku tersinggung atau sedih. Tapi aku redha = ikhlas BUKAN pasrah = menyerah (dalam ombak rindu). Aku tidak dapat membaca hati dan fikiran manusia samada mereka ikhlas atau tidak yang penting 3 perkataan daripada aku :-

T.E.R.I.M.A. K.A.S.I.H. S.E.M.U.A.

Monday, December 12, 2011

Ulser Mulut Penutup Tahun 2011

Gambar ehsan daripada google.
Ahhh lebih kurang macam nie la besarnya ulser aku. Tak teruk tapi susah aku nak gosok gigi tau!!!
Penyakit ulser mulut nie memang dah senonim atau sebati agaknya dengan aku..pantang kena mesti nak demam. Hidup pulak sangat derita lebih derita daripada hati disakiti.

Rasanya dah 2 bulan ulser nie tak menyerang..then jumaat hari tu boleh pulak datang menyerang mulut aku..agaknya memang mulut aku nie tempat die membiak agaknya. Penat aku jaga biarlah demam ker, sakit gigi ker..sanggup!!! tapi jangan ulser. Kes sebelum nie aku pernah cite ulser yang paling teruk aku pernah kena kira2 6 bulan yang lepas..kalau korang ada terbacalah n3 aku sebelum nie.

Alhamdulillah tak seteruk sebelum2 nie sampai makan tak selera..kali nie makan tetap makan..pedas pun aku balun jugak dengan harapan cepat sembuh. Tak letak ubat pun, tak ada MC, cakap pun bla bla bla bla macam biasa..makin ligat. 

Semoga tahun 2012 penyakit ulser mulut nie tidak akan menyerang mulut aku lagi menci!!!!!!

p/s: rasanya aku tak boleh makan lada hitam agaknya..

Friday, December 9, 2011

Tekanan Perasaan/Stress!!!



Saper yang tak pernah stress!! tapi mungkin ada juga insan yang bertuah tidak melalui stress!! Stress boleh mengakibatkan mental kalau berlarutan hingga tidak dikawal.. Bahaya jugak.. Tapi kalau dah stress semua keje tak jadi.. kalau badan di office otak dirumah.. Kalau dirumah pulak tengah buat keje otak melayang-layang entah kemana.

Boleh tersenyum dan ketawa depan kawan-kawan nampak macam bahagia..tapi hanya tuhan jer yang tahu betapa hati sedang berombak-ombak kepiluan. Luahkan pada family tidak mungkin kerana tidak mahu family rasa susah hati, pada sahabat baik hanya mampu mendengar, pada suami/isteri pulak takut turut terlibat sama stress!!!! Stress boleh buat hati tidak tenang, fikiran rasa runsing, kerja turut memberi kesan, rumah tangga turut terabai, diri  tidak terurus. Dibawah ini terdapat beberapa tips yang aku telah baca dan ingin kongsikan bersama kawan-kawan bagaimana mengurangkan stress.

Tip Mengurangkan Tekanan/Stress

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
  • Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
  • Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 
  • Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
  • Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
  • Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
  • Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
  • Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 
  • Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
info:Blog 1 Klik

Thursday, December 1, 2011

OMBAK RINDU::Menjanjikan Air Mata



Sudah berada diseluruh pawagam hari ini 1 Disember 2011..aku pun dah lama selesai baca novel nie, walaupun ramai yang cakap jalan cerita dipendekkan dan diubah sedikit, aku tak kesah.Aku tak sabar nak tengok sebab en suami janjikan sabtu nie mid nite..ala tak sabarnya nak tunggu lagi 2 hari nie..

Sana sini semua cerita pasal ombak rindu..belum tengok lagi aku dah rasakan filem ni akan meletup2 macam gunung berapi yang mendidih-didih. Dah tak sabar sangat nak tengokkan jom baca sikit sinopsisnya:-

Sinopsis Ombak Rindu:- 
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
info:mygosip.com
Dah tahu jalan cerita selagi tak tengok depan mata..mana puas hati beb!!! Jom layan pulak gambar pelakon OMBAK RINDU yang retis!!!







Jom kawan-kawan kita serbu panggung wayang ramai-ramai dan jangan lupa sediakan tisu satu kotak supaya korang tak lap hingus dekat tudung atau baju tu hikhik =)
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)