Wednesday, November 30, 2011

TIPS::5 Cara Pikat Suami


Selamat malam semua..

Malam ni nak kongsi  dengan kawan2 semua tips macam mana nak pikat suami kita..supaya makin bertambah2 sayang dan sampai tak boleh nak lupakan kita..(biar suami rasakan panahan si isteri).

Bukan senang nak pikat hati suami..nak-nak suami yang panas baran, ego tahap maksimum dan kepala angin jer..Jadi kat sini ada beberapa tips yang boleh kita guna untuk tambat hati suami~~


TIP::5 Cara Pikat Suami

  • Si isteri sesekali layankan jer apa aktiviti atau hobi yang suami kita suka.Katakanlah suami suka sangat pergi memancing..tak ramai isteri yang suka memancing..jadi dengan penuh perasaan korang ikut jer.. (jangan lupa bawak note book atau novel untuk layan keboringan hehe)
  • Masak sedap-sedap untuk suami, maklumler kita bukannya handal macam chef ..tapi cukup sekadar menu yang korang masak memang peberet suami. Sekarang dah senang google jer resepi kat internet lepas tu follow jer resepi yang ada. (Sambil memasak sebut nama suami kita - petua dari seorang sahabat). Sure si suami tak nak makan luar.
  • Puji suami dengan penuh seikhlas hati..sapa cakap lelaki tak suka dipuji..semakin dipuji semakin suami akan rasa bangga pada dirinya. Pujilah pada pakaiannya, wajahnya dan sifatnya. (Tapi awas jangan melebih-lebih sampai suami rasa pelik pulak). Suami akan rasa dirinya lebih dihargai.
  • Luahkan dengan kata-kata cinta..bukan masa bercinta jer kita kena guna ayat2 power nie..lepas berkahwin lagi kita kena guna kata-kata sayang dan romantik, supaya si suami rasa tak senang dan teringat kat kita jer. Tengah bekerja lapangkanlah masa nak hantar sms pada suami contoh "manja rindu kat abang tak sabar nak balik keje" , " abang i love u" atau pun sebelum tidur "saya sayang sangat kat awak" so sweeeeeetkan...
  • Pujuk suami apabila kita berselisih faham atau bergaduh, jangan biarkan pergaduhan itu berpanjangan atau melarat menjadi isu besar kerana ia akan memudaratkan hubungan suami isteri..selalu isteri minta dipujuk..so sekali sekala buang ego dan pujuk suami sepenuh hati. Usap rambut suami , belai tangannya dan ucapkan kata maaf. Pasti suami akan cair dengan pujuk rayu si isteri.

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)