Thursday, October 13, 2011

Nak Hadiah??Jom jadi orang pertama yang komen!!



Selamat Malam semua..

Ulang alik -  ulang alik ke dapur mesti aku terpandang hadiah kawin kami dari kawan2 dan sedara - mara setahun yang lepas. Cantik jer tersusun kat atas almari dapur.  Datang pulak idea nak buat n3 pasal hadiah kawin yang kami tak guna sampai sekarang huhuhu..


Ni aku dah siap susun baeekk jer atas almari. Barang-barang aku biarkan jer dalam kotak supaya tak berabuk. Sebelum aku susun kat atas almari tu, bersepah jer aku letak kat lantai macam nie~~



Aku letak kat tepi pintu bilik aku. Nampak bersepah..lagipun benda nie tak guna jadi baik letak atas tempat yang tinggi cikit dan selamat.


Lupa nak bagi tahu ni hadiah belah en suami..belah aku pun cantik gak aku susun macam nie kat rumah mak aku. Ni sebahagian jer.. selebihnya kami dah sedekah pada sedara mara yang tak bagi hadiah kawin tapi bagi barang dapur. Kang orang cakap buruk siku plak kami bagi balik hadiah orang dah bagi hehe. 


Elektrik  Oven bilalah aku boleh panggang ayam guna oven nie.. Bukan tak nak bagi mak dan mentua aku hadiah barang kawin nie.. Dieorang pun tak nak..sebab kebanyakannya semua mereka dah ada. Dieorang tak heran sebab mungkin lebih canggih dari hadiah yang aku dapat nie. Banyak jugak barang elektrik yang kami dapat. Sayangnya sampai sekarang kami tak guna sebab lepas kawin terus tinggal dengan mentua. Perancangan untuk beli rumah memang dah ada. Tapi kalau beli pun belum tentu en suami nak pindah uuuuuwwwwaaaaa~~


Ni pulak hadiah kawin dirumah aku. Gambar yang aku dah siap susun atas almari tu tak ada pulak aku snap. Lain kali lah aku masukkan.


Hadiah aku pun separuhnya aku bagi pada kakak-kakak aku yang dah bertungkus lumus untuk majlis aku dulu. Paling banyak aku dapat periuk nasi elektrik 5 Biji. 3 Biji aku dah sedekah..ada lagi 2 biji aku simpan. Mana tahu angan2 nak pindah rumah boleh jugak guna hehehe~~

Tak tahulah nak simpan sampai bila hadiah-hadiah nie, mungkin setahun dua lagi errrrrr..harap semuanya boleh guna nanti. Kalau tak aku jual jer 2nd. Tapi sayang semua nie kenangan dari kawan2 dan sedara-mara.

p/s:korang ada idea ker apa nak buat hadiah nie semua. Mesti suruh bagi korang kan..tapi orang pertama yang baca  n3 nie dan komen, aku bagi hadiah  yang aku akan pilih sendiri then courier pada korang. Cepat Komen beb!!!


6 comments:

liyana abu bakar said...

salam yana, aku org pertame ke komen n3 ko ni.hahaha cm mane leh dpt x hadiah tu. ke ko nk aku pilih yg mane 1. dr ko simpan rosak baik hadiah kn kt aku. jgn mara ye... ala nti ade rezeki beli uma pki la kt uma baru.. aku doakn yg terbaik tuk ko. bye...

Ros Diana said...

hehe taniah yana nanti aku courier hadiah..aku cari blogger2 tak komen pulak hahahaha..so ada satu lagi hadiah la untuk bloggers =)

p/s : yana send alamat yer

liyana abu bakar said...

ye ke ni yana ko nk bg aku hadiah cam x caye je ni. pe2 pn TQVM k.... ko pos kn kt alamat ni.

u/p : Norliyana Bte Abu Bakar
Anugerah Kecapaian Sdn. Bhd.
No.23 Jln SJ2,Tmn. Semabok Jaya
75050 Semabok Melaka.

Annur said...

bestnya banyak jugak dapat hadiah.. aku dah dok uma sendiri banyak jugakla yang dah pakai.. oven tu plg best.. aku nk beli pun tak terbeli2...

Ros Diana said...

akhirnya seorang blogger dah komen hehe dah duduk uma sendiri semua barang dah guna..barang kawin aku jer belum guna lagi..faizin nanti bagi alamat nak courier hadiah untuk kau =)

- zuriey - said...

banyak nya hadiah dia..anyway sorang je ke yang dapat hadiah..ala..melepas peluang..hehe..anyway nice to meet u..seronok jumpa org melaka..hehe

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)