Thursday, October 20, 2011

Jus Tembikai & Kentang Goreng diTengah Malam


Asal nak tido jer perut mintak makan,
 jadi mangsa en suami cian kena gak keluar tapau makanan..
Tekak naga nie mintak lak sate..
sebaik pakcik kipas sate dah tutup jam 11.00 malam.
tak dapat sate dapatlah tapau kentang goreng dengan air jus tembikai segar dari ladang~





Mak oii jus tembikai bukan suam panas tapi ais..
Kata sakit tekak, batuk dah seminggu tak henti, macam mana nak henti kalau nie la gaya yer~~~

Ok boleh tidor nyenyak dan selamat malam semua----'zzzzz

Wednesday, October 19, 2011

Anugerah Tuhan


Sebelum tidor jom layan gambar baby yang sweet sangat..







Comel sangat mereka..orang cakap petua nak anak putih gebu: 

Minum Air soya dan banyak makan tauhu
Minum air kelapa tanpa ais setiap hari sampai waktu nak bersalin
Selalulah amalkan baca surah Maryam dan Yusuf
Makan sup burung wak-wak


Sebenarnya ikut genetik mak dan ayah jugak..yang penting bayi sehat sempurna akal dan fizikalnya. Bersyukurlah~~






Geram rasa nak cubit-cubit jer =)




Anak Syed Muzaffar putih gebu mungkin sebab bersalin dalam air hehe 

~Ok sampai sini jer selamat malam~

Pelekap Hidung 'Breathe Right' dah jadi keperluan wajib



Hyee uollsss..moga uollsss semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik~

uollsss ada tak masalah sebelum tidur seperti :
  • Hidung tersumbat 
  • Lelah rasa macam tak puas bernafas
  • Berdengkur
  • Simptom susah sangat nak tidor
  • Resah , gelisah
  • Ketidakselesaan bernafas
Macam mana cara uollsss setelkan masalah nie, mungkin golek2 terus tertidor sebelum tu mungkin kena mengambil masa yang lama jugak kan nak berangan lagi. Tak pun ada yang guna vick jer lumur kat hidung dan dada lepas tu terus tidor. 


Dulu sebelum kawin kalau ada salah satu masalah di atas aku lumurkan minyak yuyi cap limau jer, lepas lama cikit ok dah. Tapi sekarang lepas kawin kalau lumur2 minyak dah tak jalan.. rasa makin sesak nafas dan tak boleh tidor lepas tu aku akan merengek2 macam budak kecik. Bila malam jer aku akan rasa hidung mula tersumbatlah, nafas tak sampai lah, tak selesa jadi aku kena guna benda alah nie. 


Sekarang pelekap hidung nie dah jadi satu barang keperluan wajib yang aku kena beli untuk setiap bulan. Kalau tak ada macam boleh mati rasanyer. Pernah satu malam aku merajuk melalak sampai tak hengat.. lepas tu hidung tersumbat dan rasa sesak sangat nak bernafas. Pelekap hidung nie dah abis sampai tak perasan..pagi tu jugak lebih kurang jam 2 pagi en suami bawak pergi 7eleven cari pelekap hidung nie. Huhh lepas tu lega rasa..tobat aku tak nak melalak macam tu lagi.

Sekarang kalau pergi travel ker aku kena bawak pelekap hidung ni kalau air cond lagi parah la jawabnya. Zaman dah makin canggih ek macam2 ada..dulu benda alah nie tak ada, ok jer aku lumur yuyi cap limau sekarang pulak wahhhh ikut trend guna 'breathe right'. Lepas ni apa lagi ek yang lebih canggih!!!! Kalau murah tak per jugak hukhuk.

p/s:sekarang bukak kipas angin laju tahap 2 jer dulu sampai 4 

Tuesday, October 18, 2011

Jom kita rebus!!



Baru balik nie dari Jusco Melaka terus nak hapdet belog..citernya aku main rebus2 untuk diner tadi~~
Petang tadi en suami ajak keluar..memandangkan aku tak keje ari nie ponteng sebab pagi tadi tak sehat.. petang dah sehat pulak.

Pergi jusco nak tengok wayang cite terbaru real steel..kata en suami best jom pergi layan..maklumlah sementara masih lagi berdua senang2 jer nak kluar tak kira hari dan waktu.Tiket jam 7.30 malam ada 1 jam lagi nak menunggu. En suami ajak pergi makan dulu..tetibe lak tekak rasa nak makan kat sini..


See U Village Steambot, layankan jerlah lagi pun tak pernah kami laki bini makan kat sini..so cuba taste yang baru tengok macam mana.



Aku order value set mihun harga RM15.80, en suami pulak order chicken value yeemee berharga RM18.80. Bos punya mahal cikitlah daripada aku punya sebab bos yang bayar hehe.


Aku ambik yang set sebab first time kan datang so tak tahu nak order macam mana..jadi pilihan selamat pilih set. Kalau pilih satu2 takut terlebih pilih mahal pulak~~


Aku pilih kuah tomyam..nampak macam best..jom rebus!!!


Bersih licin suami makan..kena la tu dengan selera dia..kalau tanya aku biasa jer macam yong tau foo kat pasar malam rasa die hehe..maklum ler tekak selera orang kampung.


Tak kena selera habis jugak aku bedal..sayang tu dah la mahal ngehngeh~



Aku order air fresh lemon tea..pun tak kena dengan selera aku..sebab aku selalu order tembikai laici air febret aku. Kat sini tak ada pulak. Kesimpulannya memang tak kenalah dengan tekak aku makanan untuk diner hari ini. Tapi kena pulak dengan tekak suami. Lepas abis makan pergi solat dan tengok wayang Real Steel~~


Citer dia memang best layan aku 2 jam kat situ. Tengok yang 2D gambar terang, jelas dan cantik..puas hati =)


Monday, October 17, 2011

Hati berdebar-debar..mungkinkah atau tidak



Debaran semakin terasa mungkin atau tidak..
Yang pasti mampukah aku menerima kenyataan ini..
Aku berserah kepadamu Ya Allah,
Kerana aku yakin kesabaran sentiasa membuahkan hasil..


Semoga apa yang aku rasa akan menjadi kenyataan,
Semoga apa yang kami lalui selepas ini adalah satu amanah dan tanggungjawab,
Semoga apa  yang berlaku selepas ini adalah keredaan dari MU..
InsyaAllah kami menerimanya dengan redha..


Aminrabalalamin..

Thursday, October 13, 2011

Nak Hadiah??Jom jadi orang pertama yang komen!!



Selamat Malam semua..

Ulang alik -  ulang alik ke dapur mesti aku terpandang hadiah kawin kami dari kawan2 dan sedara - mara setahun yang lepas. Cantik jer tersusun kat atas almari dapur.  Datang pulak idea nak buat n3 pasal hadiah kawin yang kami tak guna sampai sekarang huhuhu..


Ni aku dah siap susun baeekk jer atas almari. Barang-barang aku biarkan jer dalam kotak supaya tak berabuk. Sebelum aku susun kat atas almari tu, bersepah jer aku letak kat lantai macam nie~~



Aku letak kat tepi pintu bilik aku. Nampak bersepah..lagipun benda nie tak guna jadi baik letak atas tempat yang tinggi cikit dan selamat.


Lupa nak bagi tahu ni hadiah belah en suami..belah aku pun cantik gak aku susun macam nie kat rumah mak aku. Ni sebahagian jer.. selebihnya kami dah sedekah pada sedara mara yang tak bagi hadiah kawin tapi bagi barang dapur. Kang orang cakap buruk siku plak kami bagi balik hadiah orang dah bagi hehe. 


Elektrik  Oven bilalah aku boleh panggang ayam guna oven nie.. Bukan tak nak bagi mak dan mentua aku hadiah barang kawin nie.. Dieorang pun tak nak..sebab kebanyakannya semua mereka dah ada. Dieorang tak heran sebab mungkin lebih canggih dari hadiah yang aku dapat nie. Banyak jugak barang elektrik yang kami dapat. Sayangnya sampai sekarang kami tak guna sebab lepas kawin terus tinggal dengan mentua. Perancangan untuk beli rumah memang dah ada. Tapi kalau beli pun belum tentu en suami nak pindah uuuuuwwwwaaaaa~~


Ni pulak hadiah kawin dirumah aku. Gambar yang aku dah siap susun atas almari tu tak ada pulak aku snap. Lain kali lah aku masukkan.


Hadiah aku pun separuhnya aku bagi pada kakak-kakak aku yang dah bertungkus lumus untuk majlis aku dulu. Paling banyak aku dapat periuk nasi elektrik 5 Biji. 3 Biji aku dah sedekah..ada lagi 2 biji aku simpan. Mana tahu angan2 nak pindah rumah boleh jugak guna hehehe~~

Tak tahulah nak simpan sampai bila hadiah-hadiah nie, mungkin setahun dua lagi errrrrr..harap semuanya boleh guna nanti. Kalau tak aku jual jer 2nd. Tapi sayang semua nie kenangan dari kawan2 dan sedara-mara.

p/s:korang ada idea ker apa nak buat hadiah nie semua. Mesti suruh bagi korang kan..tapi orang pertama yang baca  n3 nie dan komen, aku bagi hadiah  yang aku akan pilih sendiri then courier pada korang. Cepat Komen beb!!!


Rahsia Mata Wanita

 
Selamat pagi u olllls,

Jom tengok cermin sekejap, belek-belek kejap mata korang jenis saiz yang macam mana. Lepas tu cuba tengok kat bawah nie maksud yang tersirat dan tersurat. Ianya sekadar firasat atau tilikan untuk wanita dan mungkin kebetulan semata-semata.





SAIZ MATA KECIL
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
SAIZ MATA SEDERHANA
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
SAIZ MATA LEBAR
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
MATA SELALU BERKEDIP
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
MATA JARANG BERKEDIP
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
MATA CENGKUNG
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
MATA REDUP
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
MATANYA SEOLAH TERSEMBUL KELUAR
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Wednesday, October 12, 2011

Tazkirah Pagi ::Pemimpin Jangan Mementingkan Diri Sendiri

  Selamat pagi semua,

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”
   
  • Setiap tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada seseorang hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya.
  • Apabila terdapat dikalangan pemimpin yang menyeleweng daripada garis kebenaran, sebagai rakyat mreka hendaklah berusaha menegur supaya pemimpin tersebut kembali ke pangkal jalan disamping memohon doa kepada Allah S.W.T.
  • Adalah tidak wajar bagi rakyat atau orang bawahan terus menunjukkan sikap penentangan tanpa mengemukakan sebarang pandangan, teguran dan fikiran yang berfaedah terlebih dahulu.
  • Semua pihak hendaklah sentiasa berusaha supaya jurang pemisah antara pemerintah dan rakyat sentiasa harmoni, tidak berlaku sebarang keretakan dan kekurangan.
 
 
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, October 11, 2011

Kuat makan pun kena perli jugak ker?





Heran aku lain la kalau badan aku nie gemuk macam gajah..sian gajah pulak aku bagi contoh.. Suka hati akulahkan nak makan banyak mana. Dan suka ati aku jugaklah kalau aku nak makan tanpa henti. Tak mintak pun duit kau kan. So tak payah la sibuk-sibuk nak perli dan cakap banyak kali yang aku nie kuat makan. Dah nak puluh kali aku dengar.

Salah ker kalau nafsu makan aku tetibe membuak-buak. Sebenarnya aku pun perasan yang aku kuat makan sejak 2 minggu kebelakangan nie. Sampai jer kat office baru jam 8.00 pagi aku dah turun pergi cafe cari makan. Makan benda berat lak tu..

Lepas tu jam 11.00 pagi lapar lagi..makan benda-benda ringan pulak, Tak lama lepas tu jam 1.00 tengahari turun lagi cafe pergi tapau nasi. Petang pulak sebelum balik minum petang dengan kuih muih. Sampai rumah jam 6.30 petang terus cari nasi lagi kalau boleh tahan , tahan la sampai jam 8.00 malam baru makan. Sebelum tidur pulak mesti nak kunyah2 dapat roti ker buah ker jadilah. Kadang2 siap suruh en suami tapau kat luar.

Yang peliknya berat badan susah nak naik, kalau naik pun 1, 2 kilo jer. Memang patutlah kan ada orang perli memerli aku. Tak per aku anggap jer orang tu jelous sebab aku tak perlu nak tahan-tahan makan dan maintain je ngehngeh.

Tak kesah la apa orang nak cakap. Apa yang penting aku bahagia.. Suami pulak senyum dan suka jer tengok aku kuat makan. Tapi cuma kena ingat berhenti makan sebelum kekenyangan!!!

p/s : suami cakap bazir beli benda untuk makan tak per..jangan benda yang bukan2.

Tahniah ayahanda!!!



Abah tahniah!!!!!
Di usia hampir melalui senja jasamu dihargai dan dipandang jua..
Aku bangga menjadi anakmu..
Abah seorang yang berjiwa kental,
Jiwamu tertanam sifat-sifat cintakan negara,
Jasa dan baktimu pada negara amat tinggi,
Walaupun jasa dicurahkan pada kampung tercinta, tapi semangat juang abah buat aku bangga.

Baru aku sedar kenapa dirumah aku penuh dengan dengan frame gambar tergantung, bukan gambar keluarga tetapi gambar yang Dipertua Agong serta Isteri, Perdana Menteri, Yang Dipertua Negeri Melaka serta isteri dan Ketua Menteri Melaka. Aku tak rasa rumah korang ada ke tidak tergantung gambar pemimpin berserta frame yang cantik. Tapi kenyataannya rumah aku ada..(bila balik rumah mak abah nanti aku ambik gambar sebagai bukti dan upload kat sini)

Depan rumah aku pulak ada 4 bendera yang dipasang pada buluh dan diikat pada setiap tembok pagar..Bendera Malaysia,Bendera Melaka, Bendera UMNO biru dan Bendera Lambang Keris UMNO.
Dah memang sah-sah orang kampung, sedara mara tahu kami keluarga UMNO. 

Tak cukup itu jer sepanjang tembok pagar digantung bendera kecil 14 buah negeri..banyak wei bukan sikit..mula2 dulu mak aku bising rumah dah macam muzium aku pulak segan dengan kawan2 yang datang rumah perli aku sampai tak hengat!!! tapi aku dan keluarga jer yang memahami abah. Nasib baik belum sampai tahap kena nyanyi setiap pagi lagu negaraku hehe~~

Ahad - 8 & 9.10.2011 penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri melaka sempena ulangtahun TYT Gabenor Melaka Tun Khalil Yaakop Majlis istiadat. Abah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian, tak besar tapi cukup bermakna untuk abah.


Ayahanda dan Bondaku Tercinta




Majlis Selesai YAB  Ketua Menteri dan TYT Gabenor Melaka Berangkat Pulang. Dari jauh jer la aku boleh snap. Ramai wooo wartawan kat situ.

 



Mewah kereta..tengok jerla bak kata en suami =)


Balik dari majlis terus pergi cari kedai ambik gambar untuk abah dan mak. Hari ahad banyak kedai yang tutup. Pusing2 ada rezeki abah kedai dah tutup tapi pintu tak tutup lagi. Kami pun terus jer masuk. Tokeh kata ok. Sebenarnya gambar dalam majlis memang dah ada. Saja buat satu lagi gambar besar saiz 11R untuk mak dan abah.

Thursday, October 6, 2011

Pembersih Intim Wanita Penting!!



Tetibe pulak malam nie nak buat n3 pasal pencuci intim untuk wanita..gara2 malam tadi aku suruh en suami tolong belikan  feminine wash di farmasi. Sebab aku terlupa nak beli petang tadi sudah kehabisan. Perempuan maintenance bulanan memang tinggi. Dari akar rambut sehingga hujung jari kaki semua benda kena beli. Alat solek ofcouselah memang tak boleh dipisahkan dengan wanita.

Feminine wash ada yang tak pernah beli pun jadi cuci macam tu jer. Bila masa period pulak macam mana ek pun cuci macam tu jugak ker ermmmm~~ Kebersihan bahagian sulit sangat penting kerana faraj yang sentiasa lembab dan dilindungi oleh lapisan pakaian menjadikannya tempat paling sesuai untuk pembiakan bakteria dan mikro-organisma. Walaupun badan wanita mempunyai sistem pertahanan semulajadi, namun perlindungan semulajadi ini boleh terjejas akibat beberapa faktor seperti kesan peluh dan haba, kumuhan najis dan air kencing, darah haid, kehamilan, lepas bersalin dan kegiatan seksual. Ia akan menyebabkan pelbagai masalah seperti berbau, gatal, radang dan juga keputihan berlebihan. Sebab itu, bahagian sulit wanita perlukan produk penjagaan intim yang sangat lembut dengan imbangan pH yang menyamai pH semulajadinya.

Produk apa yang kawan-kawan guna yer..mahal atau murah tak penting janji kita selesa dan rasa kesannya apabila guna. Macam aku guna produk nie :-


Harga pun murah  RM14.90 dan isi kandungan 400ml boleh guna lama

Sekarang macam2 produk ada dipasaran aku pun dah cuba macam2  jenama. Rasa selesa beli lagi , kalau rasa tak selesa itulah terakhir. Tapi sekarang jenama yang aku guna ni selesa dan rasa segar sangat. So kawan2 pilihlah apa-apa pun jenama yang korang rasa mampu untuk beli. Jom layan pencuci intim yang ada jual dipasaran :-



Manjakani - RM28.00


Pencuci Wanita Ibu Halimah - RM18.00

Sirih Emas - RM19.00


Shhmira harga google lah sendiri yer


Srasee Intimate Wash - RM25.00

Cukuplah tu kawan2 boleh cari sendiri kat google berlambak siap ada harga dan kelebihannya sekali.

Wednesday, October 5, 2011

Just Wait n See


Genap setahun usia perkahwinan kami,  aku dan en suami terus pergi klinik pakar untuk buat checkup bulan lepas. Sebelum nie bukan tak nak pergi..sebab ramai kawan2 cakap doktor tak kan layan sebab terlalu awal. So bila genap jer setahun kami dah rasa makin tertekan dan risau. Dan lebih tertekan bila kawan2 semua dah ada first baby. Step pertama kami, apa yang doktor buat dan sarankan untuk kami masa checkup hari tu.

1) Doc buat ujian imbasan pada aku

  • sebab aku cakap tiap2 bulan senggugut teruk kadang2 sampai ambik injection untuk redakan kesakitan. Hasil daripada ujian imbasan tersebut doc kata ok tak ada masalah, dan perlukan rawatan yang selanjutnya ~alhamdullilah~

2) Doc bagi kaunseling pada kami

  • Doc terangkan tentang kitaran haid dan hari dalam keadaan subur. Aku disarankan untuk bersama suami dalam keadaan aku subur selama 5 hari , selang2 atau setiap hari itu adalah lebih baik. Seminggu sekali untuk bersama suami nasihat doc adalah tidak normal Sekurang2nya 3 kali seminggu.
  • Doc bagi ubat subur kena makan pada hari kedua period selama 5 hari berturut-turut. 

Doc bagi aku simpanan untuk 3 bulan (Clomid) tapi sekiranya bulan pertama sudah ada tanda2 pregnant, maka perlu stop untuk makan ubat nie. Buat masa nie aku belum ada lagi tanda2 pregnant..=(


Ubat Arcoxia kena makan sehari sebelum period. Aku makan bulan lepas sebelum period dan langsung aku tak mengalami kesakitan senggugut cuma rasa senak2 dibahagian ari-ari kita. Kalau ada kawan2 yang mengalami senggugut amat teruk bolehlah dapatkan ubat nie. Alhamdullilah kesannya aku dah rasa. Dah macam2 ubat aku telan selama nie kesannya amat lambat dan kena makan berkali2. Ubat nie sekali jer.
  • Doc nasihatkan supaya En Suami berhenti dari merokok. Sampai sekarang belum berhenti lagi tapi dah berkurangan~~bagus sayang permulaan yang baik. Walaupun manja tahu rokok dan abg tak dapat dipisahkan. Abg kena kuat demi untuk kesihatan.
  • Suami anak tunggal jadi salah satu sebab juga adalah faktor keturunan.Tapi hanya 20% sahaja kesahihannya. 
Kami dah buat apa yang disarankan oleh doc, makan ubat mengikut jadual yang betul. Rezeki hanya DIA yang tentukan. Doakan ada rezeki untuk kami. 

p/s: Checkup seterusnya January 2012.
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)