Saturday, September 17, 2011

Tazkirah Pagi Sabtu::Iri Hati


Selamat pagi Malaysia..

Iri hati adalah satu sifat dimana kita rasa tidak senang dengan kelebihan yang orang lain dapat, rezeki yang mereka ada, kemewahan, kedudukan yang tinggi, cantik/kacak dan sebagainya. Kadang2 kita tidak terlepas daripada dipengaruhi perasaan ini termasuklah aku.


Iri hati yang dibolehkan dalam ajaran islam :

  • Iri hati sebab kawan kita lebih cemerlang dalam pelajaran dan membuatkan kita bersungguh2 untuk menjadi pintar dan cemerlang agar ilmu yang baik dapat disebarkan kemudian hari.
  • Kita perlu rasa iri hati dengan diri sendiri untuk membelanjakan harta dijalan kebenaran contoh bersedekah
Pernah tak kita perasan atau sedar contohnya dipejabat kawan beli HP baru atau beli jam tangan yang berjenama kita rasa iri hati kerana kita berkemampuan untuk beli, sedangkan HP atau jam tangan yang ada masih lagi baru atau baik.

Sekadar Gambar Hiasan
Begitu juga dengan kedudukan, rakan sekerja iri hati dengan rakan yang lain kerana dinaikkan pangkat. Kita rasa iri hati dan berasa rakan itu tidak layak untuk memegang jawatan itu. Kerana perasaan iri hati itu kita bercerita tentang keburukannya kepada rakan yang lain.

Sekadar Gambar Hiasan
Mampu membeli barang makeup yang berjenama mahal contoh MAC itu jerlah jenama yang aku tahu. Kalau kita rasa iri hati saper yang nak cakapkan. Jadi ada yang berkata2 dalam hati "ala pakai je lah jenama apa pun kalo dah tak cantik tu tetap tak cantik"

Sekadar Gambar Hiasan
Ala best nyer dah beli rumah kat mana ek??baru setahun kawin dah mampu untuk beli rumah. Kau boleh ler husben keje gaji besar..beria2 nak tahu beli rumah jenis apa, besar ke kecik,  ada buat renovation ke tidak. Tapi ada 2 jenis perangai manusia, ada yang tanya kerana untuk dapatkan info mungkin untuk rumah baru mereka akan datang, tapi ada satu jenis lagi nie tanya sebab nak tahu adakah rumah tu lebih hebat dari rumah dia.

Namun apa yang penting apabila kita tersedar akan hakikat ini maka kita harus bersyukur dengan apa ada. Hidup lah dengan bahagia tanpa perasaan iri hati insyaAllah kita akan tenang dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Tuhan itu maha adil dia tidak akan menyempitkan hidup dan memberi dugaan lebih daripada kemampuan kita untuk menanggung.


~Selamat Membaca dan Selamat Beramal~

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)