Wednesday, September 14, 2011

Rasa Bangga Sangat!!!

Fuhhhhhh penat tak terkira tapi bangga sangat bila dapat jalan sambil berkawad atas jalan raya lepas tu semua orang memandang kearah aku kami.

Baru raptai...hehehe belum hari jadi yang sebenar..

Kes aku tak sempat nak updated blog dan bukak FB sebab aku sibuk dengan latihan berkawad untuk hari kemerdekaan yang akan berlangsung di seluruh negeri pada 16 September nie. Maklum ler dah penat balik keje terus tido..


Seawal jam 6.30 pagi kami dikehendaki berkumpul ..tapi aku sampai jam 7.00 pagi sebab 6.30 pagi baru nak gerak dari rumah. Semangat dengan T-Shirt berwarna merah..


Ni bukan dari kumpulan kami ok..nie sekumpulan murid sekolah " pandu puteri". Comel sangat bila budak2 sekolah rendah nie bagi hukuman suruh hentak kaki. Teringat pulak masa aku sekolah rendah. Aku rasa bangga sangat bila budak2 sekolah nie turut serta. Yelah bayangkan aku yang dewasa nie pun penat dan tangan rasa krem sebab kena hayun. Bukan dekat jauh jugak kena berjalan. Tapi budak2 nie suka jer semua siap jerit2 lagi.

p/s : Tak sabar nak tunggu 16.9.2011..sebab baju kami boleh tahan segaknya ngehngeh

No comments:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)