Sunday, September 25, 2011

Aku Tinggalkan Suami


uuuuuwwaaaa minggu depan start 26 - 30 aku tinggalkan en suami sekejap demi melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Seminggu bagi aku lama tu..maklum ler 2 hari pergi berkursus pun en suami asik call dan SMS jer~

Berkursus di INSTUN Perak. Jauh kalau rindu tak boleh la nak jumpa walaupun sekejap. Melaka - Perak huuu jauhhhh beb. Mesti korang meluatkan. Suami orang lain tinggalkan isteri sampai ada yang berbulan2 tak updated pun status kat sini ngehngeh. Aku baru seminggu dah nak over hahahaha. Aku peduli apa~

Jadi minggu depan aku bercuti dari berblogging dan  updated status di FB.

So kawan-kawan en suami abang akan rasa semula apa itu 'MERINDUI' macam zaman kita bercinta jarak jauh dulu. Dah lama sangat kan kita tak berjauhan macam nie = )




Tuesday, September 20, 2011

Sayangnye Awak Pada Saya ~sob..sob..~



Kalau saya ngajuk awak pujuk
Kalau saya nangis awak pujuk
Kalau saya marah awak pujuk
Kalau saya tengking awak pujuk
Kalau saya lawan awak pujuk


Tapi ,


Bila awak ngajuk saya biarkan
Bila awak nangis saya cakap dah la tu hilang macho
Bila awak marah saya marah balik
Bila awak tengking saya pekakkan telinga
Bila awak "cuba" lawan saya cakap hantar balik rumah mak..


Awak,


Awak memang ditakdirkan untuk hidup bersama saya
Saya percaya awak akan membahagiakan saya dunia & akhirat
Dan saya akan hargai awak selagi awak dan saya masih bernafas
Saya akan cuba memperbaiki kekurangan yang ada dan menerima awak seadanya dalam hidup saya


T.E.R.I.M.A  K.A.S.I.H  A.W.A.K






Saturday, September 17, 2011

Tazkirah Pagi Sabtu::Iri Hati


Selamat pagi Malaysia..

Iri hati adalah satu sifat dimana kita rasa tidak senang dengan kelebihan yang orang lain dapat, rezeki yang mereka ada, kemewahan, kedudukan yang tinggi, cantik/kacak dan sebagainya. Kadang2 kita tidak terlepas daripada dipengaruhi perasaan ini termasuklah aku.


Iri hati yang dibolehkan dalam ajaran islam :

  • Iri hati sebab kawan kita lebih cemerlang dalam pelajaran dan membuatkan kita bersungguh2 untuk menjadi pintar dan cemerlang agar ilmu yang baik dapat disebarkan kemudian hari.
  • Kita perlu rasa iri hati dengan diri sendiri untuk membelanjakan harta dijalan kebenaran contoh bersedekah
Pernah tak kita perasan atau sedar contohnya dipejabat kawan beli HP baru atau beli jam tangan yang berjenama kita rasa iri hati kerana kita berkemampuan untuk beli, sedangkan HP atau jam tangan yang ada masih lagi baru atau baik.

Sekadar Gambar Hiasan
Begitu juga dengan kedudukan, rakan sekerja iri hati dengan rakan yang lain kerana dinaikkan pangkat. Kita rasa iri hati dan berasa rakan itu tidak layak untuk memegang jawatan itu. Kerana perasaan iri hati itu kita bercerita tentang keburukannya kepada rakan yang lain.

Sekadar Gambar Hiasan
Mampu membeli barang makeup yang berjenama mahal contoh MAC itu jerlah jenama yang aku tahu. Kalau kita rasa iri hati saper yang nak cakapkan. Jadi ada yang berkata2 dalam hati "ala pakai je lah jenama apa pun kalo dah tak cantik tu tetap tak cantik"

Sekadar Gambar Hiasan
Ala best nyer dah beli rumah kat mana ek??baru setahun kawin dah mampu untuk beli rumah. Kau boleh ler husben keje gaji besar..beria2 nak tahu beli rumah jenis apa, besar ke kecik,  ada buat renovation ke tidak. Tapi ada 2 jenis perangai manusia, ada yang tanya kerana untuk dapatkan info mungkin untuk rumah baru mereka akan datang, tapi ada satu jenis lagi nie tanya sebab nak tahu adakah rumah tu lebih hebat dari rumah dia.

Namun apa yang penting apabila kita tersedar akan hakikat ini maka kita harus bersyukur dengan apa ada. Hidup lah dengan bahagia tanpa perasaan iri hati insyaAllah kita akan tenang dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan. Tuhan itu maha adil dia tidak akan menyempitkan hidup dan memberi dugaan lebih daripada kemampuan kita untuk menanggung.


~Selamat Membaca dan Selamat Beramal~

Friday, September 16, 2011

Segak Bergaya peeeeeewwiitttt


Sambutan hari kemerdekaan peringkat Negeri Melaka
Lokasi : Dataran Pahlawan, Melaka

Seawal jam 5.00 pagi aku dah bangun untuk bersiap-siap. Maklum ler jem kena gerak awal. Kena sampai dilokasi jam 6.30pagi. Jadi Mr Driver pun kena bangun awal untuk hantar aku.


Tengah pin kan mafla oleh Puan Mas


Sibuk menghias dan mencantikkan diri hehehehe



Sampai dataran ramai puji baju kami cantik dah macam meet uncle hussin, ada yang cakap macam mafia, ada jugak yang cakap dah macam jim carry dan paling teruk ada yang cakap macam ahli silap mata huhuhu


Tak kesah apa orang nak cakap yang penting kami dah macam artis sekejap..jadi tumpuan abg cameraman (yeke ngehngeh perasaan jer)


Kedudukan aku disebelah kiri sekali
Sebab kedudukan yang disusun yang tinggi lampai dihadapan dan dibelakang dan yang ketot termasuklah aku ditengah2.


Sian aku sarung tangan tu free saiz, jari aku pulak runcing tidak berisi. Jadi macam itulah gupernya bila pakai berkedut-kedut.


Kumpulan kami di no 11  diantara barisan yang paling awal. Kontigen perbarisan semuanya ada 145 kumpulan. Jadi kami sampai pun awal digarisan penamat. Apa lagi makan lah perut dah lapar. Kaki pulak dah melecet pedih..Tengok aku sampai jer terus bukak kasut..tak kira ramai orang ke tak sakit wooooo


Sambil makan kami menyaksikan perbarisan dari kumpulan lain yang belum habis kami sempatngumpat2 baju seragam orang lain hehehe
( tak ada ler keje lain)


Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang, siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi~~lalalala ah sambung nyanyi~~


Pertunjukan kederaan..aku snap dari jauh jer sebab sepanjang jalan tu ramai orang, bagi lah peluang orang awam pulak = )


Ok sampi disini saja cerita tentang sambutan hari kemerdekaan yang berlangsung pagi tadi (16 September 2011). InsyaAllah kalau ada umur yang panjang kita  jumpa lagi tahun depan. 

Salam Kemerdekaan yang ke-54 dan Salam 1 Malaysia

1 Malaysia:Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera


Salam Kemerdekaan Yang ke -54 dan Salam 1 Malaysia Buat Semua Rakyat Malaysia



Alhamdullilah kita bernafas diatas negara yang aman dan damai tanpa ada persengketaan, penderitaan dan peperangan. Semoga kemakmuran negara yang dikecapi ini akan kekal hingga ke generasi yang seterusnya.
Walaupun kita telah lahir selepas kemerdekaan kita patut rasa bangga dengan perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pejuang-pejuang kemerdekaan untuk memerdekakan tanah air kita tercinta.

Erti Kemerdekaan (Arkib Negara):

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. 

Negara telah lama mencapai kemerdekaan, tapi pernahkah kita terfikir apakah pengorbanan dan tanggungjawab kita selama ini untuk mengekalkan kemerdekaan ini. Sambutan kemerdekaan tidak semata-mata hanya mengibarkan Bendera Jalur Gemilang ataupun kemeriahan sambutannya, malah ia menuntut pengorbanan yang lebih besar iaitu untuk kita sama-sama  merencanakan hasrat Malaysia dalam melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berintegriti, kukuhkan perpaduan sesama kita dan menjaga maruah negara. Bebaskan diri kita dengan menjauhi anasir-anasir yang tidak baik serta boleh menggugat kehidupan dan kesejahteraan kita. 

Bendera Malayisa adalah maruah negara, Maruah itu turut tercalar apabila ada segelintir pihak yang cuba menjatuhkan maruah negara dengan melakukan sedemikian rupa :



Bendera Malaysia Dibakar


Bendera Malaysia Dipijak dan Diconteng


Berkemban dengan Bendera Malaysia


Platik Minuman dilakar Bendera Malaysia


Tepuk dada tanyalah diri sendiri?

Maruah Negara harus dijaga dan disanjung tinggi. Maruah negara tercalar maka kita sebagai rakyatnya juga akan turut tercalar.

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

Wednesday, September 14, 2011

Rasa Bangga Sangat!!!

Fuhhhhhh penat tak terkira tapi bangga sangat bila dapat jalan sambil berkawad atas jalan raya lepas tu semua orang memandang kearah aku kami.

Baru raptai...hehehe belum hari jadi yang sebenar..

Kes aku tak sempat nak updated blog dan bukak FB sebab aku sibuk dengan latihan berkawad untuk hari kemerdekaan yang akan berlangsung di seluruh negeri pada 16 September nie. Maklum ler dah penat balik keje terus tido..


Seawal jam 6.30 pagi kami dikehendaki berkumpul ..tapi aku sampai jam 7.00 pagi sebab 6.30 pagi baru nak gerak dari rumah. Semangat dengan T-Shirt berwarna merah..


Ni bukan dari kumpulan kami ok..nie sekumpulan murid sekolah " pandu puteri". Comel sangat bila budak2 sekolah rendah nie bagi hukuman suruh hentak kaki. Teringat pulak masa aku sekolah rendah. Aku rasa bangga sangat bila budak2 sekolah nie turut serta. Yelah bayangkan aku yang dewasa nie pun penat dan tangan rasa krem sebab kena hayun. Bukan dekat jauh jugak kena berjalan. Tapi budak2 nie suka jer semua siap jerit2 lagi.

p/s : Tak sabar nak tunggu 16.9.2011..sebab baju kami boleh tahan segaknya ngehngeh

Miss U Like Crazy My Blog N FB



Assalammualaikum dan selamat malam semua..

Lama seeeiihhh aku bercuti dari updated blog...fuuuuuhhhh dah bersawang blog kena cuci balik nie~~
FB ada jugakla aku bukak sekali sekala tapi tu pun tengok jerrr tak updated pun status hihihhi~~
Masih dalam mud raya la katakan.

Minggu yang lepas2 aku sibuk menghadiri rumah terbuka sedara mara dan kawan2..lepas tu seminggu lagi sibuk pulak tranning kawad untuk perbarisan..BERKAWAD?? Boleh ker aku berkawad~~ jangan tak caya aku menjalani latihan berkawad selama seminggu selepas raya hari tu.

Habis dah lemak2 daging dan ayam aku dah buang~~
Tak sempat aku nak cerita pasal raya~kalo updated skang pun dah basi..tapi aku kan suka buat cerita basi hehehe~~ Lagipun gambar raya tak banyak ambil..tak sempat pun~~ ada ler dalam 2, 3 keping ngehngeh

Aku bercuti dari updated blog dan FB..Lappy pun cuti jugak..malam nie jejariku yang runcing nie gatal dah nak menaip.

Penjelajahan aku bermula semula~~nak jengok lah sekejap blog kawan2 ,adik2, kakak2 dan ibu2 yang aku termiss baca 2 minggu nie.




“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)