Monday, August 22, 2011

Raya Rumah Mentua Dulu Atau Rumah Mak?



Selamat malam..
Dah 4 hari tak bukak FB dan 3 hari tak updet blog~~
Malam nie berkesempatan sekejap jenguk kawan2..
Kawan2 FB semua tengah sibuk updet status masing2 tentang persiapan raya, tahun pertama raya bersama suami, sambut bersama anak2, beraya dirumah baru..seronoknya masing2.


Aku pulak..tahun ke dua beraya sebagai seorang isteri..
Orang baru ???? belum ada rezeki lagi ~~
malas nak cite panjang lebar jap lagi air mata aku mesti meleleh~~


Tahun lepas raya pertama sambut bersama mentua. Raya tahun nie pulak aku awal2 dah bagi tahu en suami turn rumah aku sambut raya pertama.. Jangan nak bagi alasan apa2 lagi. Aku tak nak dengar!!!!!!walaupun satu negeri nak sambut raya pertama pun bermasalah..pelik kan!! tak payah nak pelik memang ada yang berlaku..


Hari ini 22.8.2011 en suami tanya lagi tahun nie raya pertama rumah abang dulu ehh.
Ya Allah hati sekeras batu dan degil macam aku nie boleh cair dengan pujukan suami.
Sebenarnya bukan sebab pujukan suami aku cair, tapi bila tengok mak dan ayah mentua rasa sedih dan sebak pulak nak biarkan mereka raya tanpa anak kesayangan mereka, suami  anak tunggal jadi aku mengalah~~


Tak perlah bukan tak balik langsung rumah mak aku..aku tahu mak faham situasi aku. Apabila aku telah memilih untuk menerima dan hidup bersama suamiku, maka aku harus belajar menerima keluarga mentua sepenuh hatiku. Inilah yang aku cuba lakukan. Bukan senang tinggal bersama mentua..memahami, menjaga hati dan perasaan dan menerima cara hidup mereka.


Pengorbanan sebagai seorang isteri~~
Demimu..suamiku tercinta~~
Yang penting kita bahagia~~





2 comments:

*Mawar Nafastari* said...

takpela.. satu negeri kan.. raya mana2 pun sama, asal tetap beraya bersama si dia... :)

raya saya tahun ni tak menarik pun.. takde langsung semangat nak raya sbb si dia saya tiada di sisi.. huhuhu.. tp sebab anak2 masih ada, saya masih mampu tersenyum untuk hari raya..

:)

Ros Diana said...

sabarlah baya..anak2 ada disisi kena kuatkan semangat. Buatlah yang terbaik kalo bukan untuk diri sendiri buatlah untuk anak2.

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)