Saturday, August 6, 2011

Bunga Buat Ibunda-Ibundaku Tersayang

Cerita Semalam - 5 Ogos 2011 (Jumaat)
(suka sangat buat cerita basi bukan apa tak sempat nak updet malam tadi sampai uma mak dah jam 11.00pm letih terus tido)

Hari jumaat memang hari untuk kaum2 wanita bershoppingkan..maklumler rehat dari jam 12.15pm hingga 2.45pm lama tu dik non..tapi bukan semualah yang rehat macam tu punya lama..hehe Kalo rehat macam nie punya lama bulan puasa selalu aku manfaatkan untuk tidur~~ tapi sebab exited nak balik malam tadi uma  mak jadi aku keluar la sekejap dgn kawan2 pergi Romantika cari bunga hiasan untuk raya.



~ Romantika Decor di Mitc Kota fesyen Melaka ~
Boleh naik hantu kalo pergi sini cantik2 geram, harga pun boleh tahan, rambang mata aku dibuatnya beb


Bunga- bunga nie belum siap dipotong just testing jer dalam pasu dulu ..keje aku tolong cerai2kan bunga tu (sakit tangan aku kerat pakai gunting) n member aku ana dialah yang menggubah bunga. Baiknya kamu thanks nanti lepas puasa aku belanja makan MD yer hihihi



Letakkan gabus span dulu dalam pasu potong ikut kesesuaian janji tak bergerak senang nak cucuk bunga..kalo pasu terbalik pun bunga tak terkeluar sebab gabus span tadi padat. Penting tuk keselamatan (sebab askar ramai - anak2 buah aku yang comel)


Aku tukang sebok2..nanti mak aku cakap tak ada pulak dari air tangan aku ngehngeh.. 


Taraaaa siap satu..bunga merah ada lebih jadi aku buat dua pasu.Satu pasu lagi minggu depan pulak .Satu untuk mak aku satu lagi untuk mak mentua. Senang sama warna dan design hehe~~
2 buah pasu rm20 dan bunga rm 10


Aku sangat suka pilihan bunga  gabungan warna pink dan seakan putih krim..nampak lembut n sweet jer..



Dah siap n Cantik!!!!! Kalo beli dah siap gubah mahal.. 
Beli pasu baru RM12 dan bunga RM7.50


Putih bersih..bunga ni paling senang nak gubah. 
Pasu rm5 dan bunga rm6 murahkan~~


Minggu pertama puasa bunga hiasan untuk raya tahun nie dah siap gubah.

1 comment:

abah khalisha said...

cantik bunga ni..simple but nice

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)