Tuesday, August 30, 2011

Maafkan Aku



Tak sempat nak updated blog beberapa hari nie..sebenarya banyak cerita ..tapi seminggu nie sibuk dengan persiapan raya.

4 hari nie pulak berulang alik dari rumah mentua ke rumah ibunda  untuk menyiapkan persiapan raya. Setel uma mentua..lari kerumah ibunda..tangan, kaki dan badan nie rasa sakit dan lemah tak beramya..tapi selagi tak raya..selagi tu macam-macam benda yang aku nak buat. Penat tapi berpuas hati..rayakan setahun sekali.

Siap berkemas rumah ibunda tengahari tadi terus balik ke rumah mentua pulak nak tolong masak. Siap dah persiapan raya kami akhirnya.

Dikesempatan ini aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan dan selamat hari raya mohon maaf zahir dan batin.

Bergembiralah disamping keluarga dan sanak saudara~~


p/s : updated pasal baju raya pertama kami. Nasib nyonya tua tu sempat siapkan ahad yang lepas. Kalo tak uuuwaaaa keciwa aku.

Thursday, August 25, 2011

Ada Harapan ker Baju Raya Akan Siap??


Hari nie saja ambil cuti satu hari untuk kemas rumah mentua..Huh penat gila~~ aku pulun abis ari nie sebab sabtu nak balik rumah mak aku pulak. Mesin basuh pulak rosak..nasib la kain langsir bilik aku jer belum basuh..sakit jugak tangan dan kaki memijak dan memerah langsir tadi. Siap akhirnya~~


Satu hari aku buat keje tak henti2 dari jam 11.00 pagi sampai 4.30 petang..pergi dobi dulu hantar sebakul baju, mesin basuh sabtu baru dapat, tak kan aku nak simpan 3 hari punya baju pulak kan. Settelkan baju raya untuk dry clean..tak boleh nak basuh sendiri sebab banyak labuci dan manik rosak pulak baju aku. Lepas tu pergi bank untuk deposit cash kereta..ramai giler orang sampai parking tak ada, lepas tu pergi pasaraya sekejap beli pencuci lantai dan febrezz. 

Hehe dah lari topic pulak, lepas pergi pasaraya aku terus singgah kedai jahit baju. Nak tanya khabar baju raya aku dah siap ker belum...Dah sebulan aku hantar~ Senyap jer nyonya tua nie tak call2 entah dia lupa atau buat2 lupa. Sentap aku sekejap dia cakap baju en suami belum terusik lagi, baju aku pulak baru kain jer siap, aduh haiiiii nyonya lagi 4 hari jer lagi nak raya boleh ker dia siapkan~~

Apa alternatif aku kalau baju tak sempat disiapkan??? aku tak kesah sangat sebab ada 2 pasang lagi baju raya yang dah siap dibeli..sian en suami baju melayu saiz susah nak cari..kalo tak siap raya tetap raya..tapi hilang sikit lah mud raya kalau tak siap. Kalau siap tapi siap macam tak sudah tak guna jugak uuuuuuwwwwaaaa~~


Wednesday, August 24, 2011

Updated Laa Blog Sayang!!



En Suami sekarang suka guna ayat nie..nyampah tau!!


Masa bila :-
  • Masa aku sedang merengek2 keboringan  menjelang malam
  • Saat aku mula nak mengganggu en suami buat kerja
  • Ketika en suami mengadap komputer hampir 12 jam tanpa henti.. (walaupun dah itu memang keje dia)
  • Ketika en suami start nak main game bola dalam facebook supaya tak menganggu dia
  • Saat aku bermalas-malasan diatas katil sambil termenung
  • Suruh aku buat duit dengan berblogging macam cik epal dan abg ben (dasyat)
Aku pulak updated blog bila :-
  • Rajin (selalunya malas) - suka ati aku ler aku punya blog nak updated       ke tak nak
  • Dah memang tak ada apa lagi kije nak buat, golek2 atas katil sambil layan FB dan blog
  • Bila idea datang mencurah2 dan akan memuntahkan segala yang ada (termasuklah cerita dah basi)
  • Bila ada cerita yang aku rasa nak tulis dan meluahkan perasaan (syok sendiri)
Tapi kalo dah macam chipsmore kejap ada kejap tak ada jangan perasan lah nak jana pendapatan hikhik~~yang penting aku syok sendiri..

p/s : Belum serius lagi nak berblogging dengan menjana pendapatan,Tapi manalah tahu kan tetibe en nuffnang hantar cheque riban2 ngehngeh~~

Monday, August 22, 2011

Raya Rumah Mentua Dulu Atau Rumah Mak?



Selamat malam..
Dah 4 hari tak bukak FB dan 3 hari tak updet blog~~
Malam nie berkesempatan sekejap jenguk kawan2..
Kawan2 FB semua tengah sibuk updet status masing2 tentang persiapan raya, tahun pertama raya bersama suami, sambut bersama anak2, beraya dirumah baru..seronoknya masing2.


Aku pulak..tahun ke dua beraya sebagai seorang isteri..
Orang baru ???? belum ada rezeki lagi ~~
malas nak cite panjang lebar jap lagi air mata aku mesti meleleh~~


Tahun lepas raya pertama sambut bersama mentua. Raya tahun nie pulak aku awal2 dah bagi tahu en suami turn rumah aku sambut raya pertama.. Jangan nak bagi alasan apa2 lagi. Aku tak nak dengar!!!!!!walaupun satu negeri nak sambut raya pertama pun bermasalah..pelik kan!! tak payah nak pelik memang ada yang berlaku..


Hari ini 22.8.2011 en suami tanya lagi tahun nie raya pertama rumah abang dulu ehh.
Ya Allah hati sekeras batu dan degil macam aku nie boleh cair dengan pujukan suami.
Sebenarnya bukan sebab pujukan suami aku cair, tapi bila tengok mak dan ayah mentua rasa sedih dan sebak pulak nak biarkan mereka raya tanpa anak kesayangan mereka, suami  anak tunggal jadi aku mengalah~~


Tak perlah bukan tak balik langsung rumah mak aku..aku tahu mak faham situasi aku. Apabila aku telah memilih untuk menerima dan hidup bersama suamiku, maka aku harus belajar menerima keluarga mentua sepenuh hatiku. Inilah yang aku cuba lakukan. Bukan senang tinggal bersama mentua..memahami, menjaga hati dan perasaan dan menerima cara hidup mereka.


Pengorbanan sebagai seorang isteri~~
Demimu..suamiku tercinta~~
Yang penting kita bahagia~~





Thursday, August 18, 2011

Rezeki Di Bulan Ramadhan


Alhamdullilah syukur kupanjatkan kepada ilahi..

Gaji dan bonus dah dapat, ditambah pulak dengan rezeki yang tak diduga..Alhamdulillah berkat doa dibulan Ramadhan..Rezeki yang ada dikongsi bersama keluarga tercinta. 

Bukan riak atau cuba menunjuk-nunjuk..tapi luahan hati yang tak terkata, rasa nak melompat-lompat pulak keriangan. Malam nie tak ada apa-apa cerita yang menarik nak dituliskan..cuma nak kongsi perasaan gembira bersama kawan-kawan. Alhamdullilah~~


Pendek jer entry malam nie. 

~~Selamat Malam Semua~~

Wednesday, August 17, 2011

Lelaki Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik 4 golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka iaitu:-

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang yang beriman tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ..tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran umpatan, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.




** Begitu hebatnya wanita, daya tarikannya bukan sahaja di dunia tapi diakhirat kelak. Kawan-kawan mari kita sama-sama saling ingat mengingati untuk menjaga diri dan menyelamatkan golongan ini.

** Wahai kaum lelaki begitu besar tanggungjawab yang diamanahkan untuk kamu didunia ini. Laksanakanlah amanah itu dengan penuh ketaatan.

Monday, August 15, 2011

Warna Kereta Lambang Peribadi Pemilik



Kereta mewah dan mahal saper tak nak kan..
kalo bagi free gilosss tapak tangan aku tadahkan ngehngeh~~
kereta mewah menjadi impian dan igauan setiap orang..tapi tak semua yang mampu memilikinya termasuklah aku uuuwwwaaa. Bersyukurlah dengan apa yang ada~~

 Korang teringin tak nak pandu kereta macam nie:=


Lamborgini Gallardo


Nissan Skyline GTR

Nissan Fairlady Z



Q7 Audi
(En Suami idamkan kereta nie :D)

Cukuplah tu sebagai pencuci mata. 
Setiap orang ada citarasa tersendiri dalam pemilihan warna kereta ada yang suka terang , ada yang suka warna kereta nampak mewah, ada juga yang suka warna lembut dan ada juga yang suka warna asal. Jom kita tengok pilihan warna kereta anda yang menggambarkan peribadi diri anda



Warna perak/silver 

Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak mahal dan baru. Pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan segera, lebih elok diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat! 


Warna hitam 

Ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personaliti pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. Mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi... kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai! Jangan sampai diperguna pulak!!! 


Warna merah 

Tampak gagah sekali ketika berada di atas jalan raya. Mereka yang memilih warna merah untuk kenderaan mereka dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan mereka. Kadangkala mereka lebih gemar bertindak menurut kata hati dan naluri saja. Biarpun begitu, oleh kerana mereka ini sangat percayakan naluri sendiri, kebanyakan keputusan yang diambil itu tepat sekali seperti yang diduga. Selain itu, mereka juga punya kelebihan untuk meneka dan "membaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga mereka ini sering menjadi tempat teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami biarpun kadangkala angin "satu badan" melanda! 


Warna biru 

Warna ini juga dikaitkan dengan sikap romantis tapi selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Kelebihan mereka, dalam kesesakan lalu lintas dan traffic jam, mereka tetap maintain cool dan susah nak "naik darah" seperti kebanyakan pemandu lain. Ah! Biasalah kan... . kalau marah-marahpun, keadaan itu tak kan berubah juga! Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Selain itu, mereka juga suka buat lawak! Tak kering gusi dibuatnya! 


Warna hijau 

Warna hijau juga sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu mereka juga dikatakan seorang yang pemurah dan tak lokek dalam soal duit serta baik hati. Jadi, tak hairanlah pemilik kenderaan hijau ini sanggup berkorban masa dan wang ringgit mereka demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain agar hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor membuatkan mereka popular di kalangan teman-teman. Cuma kadangkala sikap mereka ini sukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya.



Warna kuning 

Pemilihan warna ini tampak menonjol sekali. Mungkin sesuai dengan si pemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang mula hulurkan persahabatan dulu. Alah.. apa salahnya sesekali mereka pula yang mulakan ek? Tak rugi apa pun... 



Warna putih 

Dari awal lagi memang mereka tertarik dengan warna putih biarpun ramai orang yang tak begitu gemarkan warna itu. Bukan apa, mudah sangat nampak kesan kotornya! Apa personaliti mereka ini pula? Pemilik kenderaan itu dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenteram. Mereka juga cepat berpuas hati dengan kehidupan mereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Biarpun kenderaan mereka warna putih tapi tetap kelihatan bersih berkilat tau! Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan mereka pula, kadangkala mereka ni suka sangat bersikap acuh tak acuh dan memandang remeh pada sesuatu perkara! 

MOTIVASI**Senyum Tambah Kenyakinan Diri

Apapun terjadi, cubalah senyum dalam setiap situasi yang kita hadapi. Senyumkan percuma..Walaupun kita tidak dapat melihat dengan mata kasar, tapi ia mampu meningkatkan kenyakinan diri. 


1. Senyum membuat kita lebih menarik.
Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarikan tersendiri. Bayangkan wajah kita berkerut ada tak orang nak dekat??

2. Senyum mengubah mood 
Ketika kita merasa “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik, tak banyak sedikit pun jadilah.

3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum.
Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih harmoni, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya, dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka kita akan disukai oleh ramai orang.

4. Senyum dapat Mengurangi stress. 
Jika kita sedang stresss cubalah untuk tersenyum, kerana stress akan berkurang dan kita akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda.
Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika kita tersenyum, fungsi imun meningkatkan kemungkinan kita menjadi lebih rileks.


6. Senyum menurunkan tekanan darah anda.
Ketika kita tersenyum,maka tekanan darah kita akan menurun. Sebab tu sebelum masuk klinik cubalah untuk tersenyum bagi menurunkan tekanan darah.

7. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda.

Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat kita kelihatan lebih muda. Jadi berikan senyuman sepanjang hari.

8. Senyum membuat kita nampak sukses.
Orang yang tersenyum lebih percaya pada diri dalam menjalani kehidupannya. Cubalah tersenyum saat anda melakukan sesuatu pekerjaan. Pekerjaan yang dilakukan akan menjadi lebih mudah dan yakin.

Pendapat Wanita


Dalam satu kaji selidik yang dilakukan terhadap lebih daripada 45 ribu wanita, didapati bahawa:-

  • 60% benci atau tidak suka dengan penampilan mereka
  • 35% berasa cukup berpuas hati dengan penampilan mereka
  • 4% sahaja sangat berpuas hati. 
* Maknanya kebanyakan wanita masih lagi tercari-cari apakah fesyen yang sesuai dengan diri mereka. Atau sebenarnya kita takut dengan fesyen dan berasa tidak yakin apa yang ditampilkan.
  • Lebih 25% berasa bentuk tubuh mengganggu ketika membeli pakaian baru
* Ini adalah benar kerana sedar atau tidak pakaian yang kita suka kadang2 tidak sesuai dibahagian yang tertentu. Contoh ketat dibahagian punggung atau payudara dan tubuh terlalu rendah atau tinggi.
  • 34% tidak selesa sewaktu berada di majlis
  • 23% berasa tertekan ketika tengah berenang atau berjemur di pantai
* Bahagian tubuh yang paling dibenci ialah perut, diikuti pinggul dan paha kemudian payudara dan punggung

Sunday, August 14, 2011

TIPS**Suami Makin Sayang Pada Isteri


Nak tahu cara memikat hati en suami supaya suami makin sayang pada kita. Jom baca ada 12 cara:=


1. Isteri kena bangun awal daripada suami
2. Siapkan minuman pagi feveret suami
3. Bila suami pergi kerja, hantar sampai ke depan pintu, kalo isteri pergi kerja dahulu jangan lupa salam suami dan bagitahu untuk keluar dulu
4. Bila suami pulang kerja, keadaan rumah jangan macam kapal tokang pecah. Sambut suami dengan senyuman sampai ketelinga kalo boleh
5. Jangan lupa, sediakan makanan kesukaan suami. Tapi jangan pulak hari-hari masak benda yang sama 
6. Sederhana dalam berpenampilan. Kebanyakan laki-laki tidak suka pada perempuan yang berpenampilan mekap tebal dan lebih terpesona kecantikan asli.
7. Jika ada masalah, berusahalah untuk tetap sabar dan menahan diri untuk tidak menyakiti hati suami.
8. Mendampingi suami dalam suka dan duka.
9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.
10. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.
11. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.
12. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. 

Kemalasan Tahap Melampau


Pejam celik dah hari ke 14 umat islam berpuasa..alhamdullilah~~

4 hari x updet blog aku nie..sebabnya P.E.N.Y.A.K.I.T M.A.L.A.S datang melanda. Bila masanya aku updet blog hanya pada waktu malam ketika dirumah saja. Bulan puasa ni pulak masa terlalu padat dengan pelbagai aktiviti memang tak sempatlah aku nak ngadap laptop. Facebook pun dah jarang on9, blog pun bukak kat ofice boleh tengok jer, updet  mmg x boleh sibuk..kang orang cakap aku buat keje lain plak..dah x berkat duit gaji aku. Jadi masa yang sesuai waktu malam selepas jam 10 malam. Itupun dah letih bila duduk atas tilam empuk mata mesti nak tido huhhhhu~~

Bulan puasa nie aku rasa semua orang akan kurang tidur, yelah bangun seawal jam 4.30 pagi itu untuk aku, ada jugak yang bangun lebih awal jam 4 pagi untuk siapkan juadah sahur, lepas tu siap2 kemas rumah untuk ke office, balik keje jam 5 petang sampai rumah jam 6 petang terus kedapur memasak. Dah seminggu ni aku malas sangat nak kedapur, balik keje terus tertidor..sian mak mentua aku masak sorang2, tapi itulah tahap tenaga yang aku ada, memang tak larat..bukan alasan berpuasa..semua orang berpuasa, tapi kemalasan aku memang tak boleh dibendung. 

Ciri-ciri tahap kemalasan aku melampau bila aku tengok :-

  • Baju kotor dah penuh satu bakul 2 hari tak cuci
  • Baju bersih dah menimbun satu bakul entah berapa hari tak lipat
  • Bakul sampah dalam bilik tak dibuangkan sampahnya
  • Atas meja solek penuh dengan barang makeup yang tak disimpan semula
  • Bilik pulak dah 3 hari tak disapu dan dibersihkan, rambut yang berguguran diatas lantai dipandang begitu saja
  • En Suami bising seluar kocek bocor dah 4 hari tak jahit terletak je atas iron board
  • Ampaian sejadah dan telekung penuh dengan baju2 lain mcm seluar dan kain batik bercampur aduk
  • Wayar laptop dan cas hp tidak disimpan semula selepas digunakan tergantung macam tu jer
  • dan cawan berisi air masak 3 hari punya tak diangkat uuwwwwwaaaaaa
Ini semua baru dalam bilik.. nasiblah kat ruang tamu, dapur, toilet mak mentua aku yang bersihkan. Hari jumaat lepas mak mentua aku tegur tanya aku tak sihat ke???? memang jelas dan nyata perubahan mendadak aku sampai mentua pun perasan.

Semalam cuti tapi aku kena pergi office siapkan paper untuk isnin punya meeting dan balik dah jam 4.30 petang. En Suami ajak keluar berbuka diluar..dia kata faham dah seminggu nie manja macam tak sihat je. Lega hati aku..bukan alasan ok aku tak nak memasak. Tapi keletihan yang amat sangat. Jadi hari ini aku dah settlekan semua kerja-kerja diatas, satu petanda yang baik.

Tuesday, August 9, 2011

Polish Pasu-Pasu Lama


Dulu aku yang buat keje-keje ni semua..cepatnya masa berlalukan..aku dah pencen buat benda-benda alah nie, dan ditake over pulak adik lelaki bongsu aku.

Pasu-pasu lama yang dah berlumut kat rumah tu jangan dibuang selagi boleh digunakan. Macam kat rumah mak aku, kami akan polish balik pasu-pasu lama nie supaya nampak cantik dan berseri2 hehe~~

Selalunya time nak rayalah baru polish pasu-pasu nie..sebab warna cat nie cepat luntur setahun je nak kena sapu balik..cat murah biasalah~~kalo mahal mungkin tahan 5 tahun agaknya. Warna pasu pilihan tahun nie "OREN" mak aku yang nak warna nie.


Jam 4.30 petang sambil belenging kepanasan..aku dok pandang dan pemerhati jer adik aku buat sambil snap 2, 3 keping gambar ngehngeh


Baru nampak berseri~~
Tahun lepas warna oren jugak tapi oren lembut..
Tahun nie mak aku pilih oren garang~~


Bahagian dalam dah siap,bahagian luar tembok pagar rumah pulak
cuba tengok warna asal pasu tahun lepas oren dah jadi pudar..nampak tak berserikan.. Gambar nie anak buah aku yang ambik, segan pulak aku nak terhegeh - hegeh sampai kat luar tembok tu..tak ada maknanya.


Ok dah siap!!!! huiiiii oren menyala ko..mak aku cakap bia dari jauh dah nampak rumah..nak nampak rumah ker nampak pasu?? conpius aku..
sepanjang tembok tu kami letak pokok bunga kelapa(orang kampung panggil..nama saintifik tak tahu pulak cari la sendiri hikhik) 

Dah siap polish pasu raya kami tahun nie..
Tunggu yang seterusnya pulak yer..
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik,sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan” (Surah Ali-Imran Ayat 38)

''Wahai Tuhan Kami, jangan kau biarkan daku seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat dan kaulah jua sebaik-baik mewarisi. "
(Surah Al-Anbiya Ayat 89)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami insan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan Ayat 74)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Surah Maryam ayat 4-5)